Joomla TemplatesWeb HostingFree Money

Kuih Cara Berlauk

Masakan - Kuih Muih

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, semalam petang lebih kurang pukul 3 ros buat kuih cara berlauk ni, saje nak merasmikan acuan yang ros beli hari tu, kebetulan semua bahan dah ade, walaupun berpanas kat dapur tu, ros gagahkan jua, nak makan punye pasal kan, dah siap semua dok serbu, walaupun terpedas sikit....yang utk anak-anak ros letak kan gula, laju je diaorang sapu, oklah resepi boleh rujuk kat bawah ni ye...ade masa nanti bila weekend tu boleh masak utk anak-anak dan seisi keluarga.

Kuih Cara Berlauk
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

3 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan santan 2 1/2 cawan air
1 sudu besar minyak masak

Untuk inti kuih cara

300gram udang yang telah dibuang kulit ( boleh ganti dengan ayam atau daging cincang)
2 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar

Untuk topping atas kuih cara

daun sup dan daun bawang ( dihiris nipis)
sedikit cili merah ( dicincang halus)

( kalau nak letak sos cili sikit pun boleh, supaya nampak lagi merah intinye tu)

Cara-caranya
1. Dengan menggunakan blender atau whisker tangan, kisar tepung gandum, gula, 1 sudu minyak masak, santan, garam, telur sehingga semuanya sebati, kemudian tuangkan ke dalam bekas adunan, kalau adunan nampak pekat, boleh tambahkan lagi 1/2 cawan air. Tutup bekas adunan dan perap selama 30 minit atau lebih. step ini penting supaya adunan lebih mesra dan sebati.

2. Buat Inti Kuih Cara, isi udang, bawang besar dan bawang putih di cincang halus, panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis cili kisar dan bawang putih, biarkan agak garing baru masukkan udang, dan bawang besar serta  sedikit sos cili, kacau sebati, sesuaikan rasa masukkan sedikit garam dan gula, biarkan inti agak kering , angkat dan sejukkan seketika.

3. Setelah adunan diperap 30 minit, panaskan acuan kuih cara, gliss acuan dengan minyak masak, setelah agak panas tuangkan adunan kuih cara 3/4 acuan, kemudian masukkan 1 sudu kecil inti dan taburkan pula dengan hirisan daun bawang dan cili merah.

* kalau nak senang, masukkan adunan di dalam jug air, supaya senang dituangkan di dalam acuan nanti, mudah untuk dikawal sebab jug air kan ade muncung nye tu. : )

4. Tutup acuan kuih cara dengan penutup periuk dan biarkan seketika, masak sehingga permukaan bawah kuih cara perang dan permukaan atasnya masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.

bawah dia tu kasi garing sikit, baru sedap..: )

sedap dimakan panas-panas

Nota: Kalau nak pedas boleh tambahkan hirisan cilipadi yang dimayang halus, toppingkan je, kuih ni sangat sesuai dijadikan menu minum petang bersama secawan teh o panas.

 

Susu Soya Pandan Suam

Masakan - Minuman

Assalammualaikum dan selamat tengahari semua, pagi tadi lepas buat kerje rumah ros buat air susu soya pandan, saje nak cuba letak daun pandan dalam air soya tu, dan susu soya ni tanpa pewarna tambahan, dan boleh juga di katakan casein free dan gluten free, sesuai untuk kanak-akan atau individu yang sedang dalam GFCF diet, buat sendiri baru terjamin kan, kalau nak lagi berkhasiat guna kacang soya organik. Resepi same je dengan susu soya homemade yang ros dah pernah letak sebelum ni, cuma tambahkan 8 helai daun pandan yang dikisar bersama air soya. Selamat Mencuba.

Homemade Susu Soya Pandan Suam
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
350gram kacang soya
1.5 litre air
3/4 cawan gula
8 helai daun pandan yang disimpul
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

1. Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya, bila ke-esokkkannye kita boleh lihat, kacang soya telah kembang dan saiznya menjadi  2 kali ganda.

2. Basuh dan toskan air yang berlebihan. Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus, gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tu, kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar.

3. Daun pandan digunting nipis dan masukkan di dalam blender bersama 3 cawan air soya, blender halus dan perahkan jus pandan tadi di dalam periuk yang berisi susu soya, didihkan dengan api perlahan, setelah agak mendidih baru masukkan garam dan gula.

4. Pastikan susu soya sentiasa dikacau, setelah gula larut, tutup api dan biarkan suam, jika mahu masukkan dua tiga ketul ais pun boleh dan hidangkan segera.

5. Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais dan air soya pandan ini boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup. Selamat Mencuba.

tanpa bahan pengawet dan pewarna tambahan

Nota: Harum wangi je air soya ni, rasanya kalau minum sejuk-sejuk lagi best ni, cuaca pun agak panas kan sekarang ni..: )

 

Ikan Putih Rebus Tempoyak

Masakan - Ikan

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, lamanya rasa tak buat entry masak-masak, ros minta maaf ya, ros agak sibuk sekarang ni, menyelesaikan macam-macam bende sebelum memulakan rutin baru pada bulan Februari nanti, InsyaAllah rosa kan kongsikan ceritanya kemudian, berbalik pada menu di atas ni, ros duduk di Gemas, maknanya memang jauh lah dari laut, jadinya di sini, kami dah biasa makan ikan sungai, menu feveret kami,  ikan putih rebus tempoyak, aroma nye cukup menyelerakan, dari jauh dah terbau, cara memasak pun sihat, takde penggunaan minyak dan santan lansung. resepi boleh rujuk di bawah ni ye

Ikan Putih Rebus Tempoyak
Sumber Resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

4 ekor ikan putih saiz sederhana
1 batang serai
2 inci kunyit hidup atau 1 sudu kecil kunyit serbuk
6 biji cili padi
3 sudu besar tempoyak
1 keping asam gelugor
sedikit air
sedikit garam

cara-caranya

1. Bersihkan ikan putih dan rendam kan ikan putih itu dengan perahan air limau nipis atau kasturi, boleh juga gunakan air asam jawa, setelah 10 minit, basuh dan tapiskan air yang berlebihan.

2. Tumbuk lumat cili padi dan kunyit hidup, titik serai, masukkan semua bahan di dalam periuk dan masukkan 2 cawan air berserta tempoyak, kacau sebati, akhir sekali masukkan ikan putih, rebus hingga mendidih dan kuah akan menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam.

3. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih, selamat mencuba.

kuahnya pekat dan warna kuning semula jadi

baik-baik makan ya, ikan putih ni banyak tulang : )

Nota:Kalau nak ganti ikan putih ni dengan ikan lampan atau jenis ikan sungai lain pun boleh, yang penting kuah dan aroma tempoyak tu, pasti menggamit selera.

 
Search
Akses sejak 1/1/2010
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini509
mod_vvisit_counterSemalam6760
mod_vvisit_counterMinggu ini33079
mod_vvisit_counterMinggu lepas36328
mod_vvisit_counterBulan ini135903
mod_vvisit_counterBulan lepas130361
mod_vvisit_counterJumlah2599236
Tetamu JM dari..
Jamu mata seketika..