
Assalammualaikum dan selamat pagi semua di hari jumaat yang mulia ini, dengan izinNya ros dah semakin sihat dah sekarang, tinggal selsema dan batuk je sikit lagi, demam dah kebah dah, bila dah sihat ni nak makan macam-macam lah, chicken chop bersos lada hitam, simple dan tak cukup bahan sebenarnya takde daun salad dan kentang goreng sebagai pelengkap hidangan, resepi ros dah pernah letak dulu dah, gambar pun main snap je , tak sempat nak edit medit...tayangan ulangan je, tak kisah lah kan, daripada takde ape-ape nak dikongsikan, baik ros letak je..heheehehehee : ) resepi boleh juga rujuk di bawah ni ye...sesekali masak ala western untuk dihidangkan pada keluarga ape salahnye kan, pasti ramai yang menggemarinya, selamat mencuba. : )
Blackpepper Chicken Chop ( Cara Ros) Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya 2 keping dada ayam atau bahagian peha boneless 1 sudu kecil kicap pekat atau kicap manis* 2 sudu kecil serbuk lada hitam* 2 inci halia* 1/2 biji bawang besar ( saiz sederhana)* 2 ulas bawang putih* 1/2 kiub pati ayam maggi* Untuk salutan ( sedikit tepung gandum, 1 biji telur yang telah dikocak dan 1 cawan serbuk roti)
Kisar semua bahan yang bertanda * dengan 1/2 cawan air hingga hancur, kemudian cucuk ayam tadi dengan garpu, gaul ayam dengan bahan kisar dan perap 2 atau 3 jam di dalam bekas bertutup, simpan dalam peti ais, setelah diperap, ambil ayam tadi dan lumur sedikit dengan tepung gandum, next salut telur dan akhir sekali salut pula dengan serbuk roti, goreng hingga garing.
Untuk Sos lada hitam
Ambil lebihan bahan perapan tadi dan masukkan dalam periuk kemudian campur dengan 1/2 cawan air dan masak hingga mendidih, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah, dan masukkan bancuhan tepung katakuriko ( tepung kentang) boleh juga di ganti dengan tepung jagung, untuk pekatkannya..Kalau ade minyak bijan masukkan 1 sudu kecil, sos lada hitam akan lebih sedap dan wangi, sos lada hitam ni juga boleh di curahkan pada kentang putar dan pada ayam yang telah siap digoreng tadi.

kentang putar 4 biji kentang saiz sederhana 1 sudu besar marjerin atau butter 1/3 cawan susu segar lada sulah
Caranya Setelah kentang di rebus dan empuk, toskan dan lecek terus sementara kentang masih panas, kemudian masukkan kembali dalam periuk dan curahkan susu dan marjerin, kacau sebati, akhir sekali masukkan lada sulah dan kacau hingga semuanya mesra dan agak pekat, angkat dan ketepikan.

Coselaw 1/4 biji Kobis saiz kecil 1/2 batang Carrot 1/2 biji Bawang besar 3 sudu besar Mayonis sedikit garam dan gula
Kobis,lobak merah, bawang besar di cincang halus, masukkan mayonis, gula serta garam, kacau sebati dan sejukkan di dalam peti ais.
Cara penyediaan
- Susun ayam di dalam pinggan, sudukan kentang putar, coselaw dan atur salad serta tomato, kemudian curahkan sos lada hitam di atas kentang putar dan ayam, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
|

Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari semua, selalunye kita gunakan ikan buat asam pedas kan, kali ni mari kita cuba gantikan dengan ayam pula, sedap jugak tau, ros sarankan guna bahagian ayam yang bertulang, sebab isi ayam bahagian yang ade tulang ni lebih manis dan sedap bila dimasak berkuah ni, resepi pun senang je, same je caranya masak asam pedas yang lain, tahap kepedasanye tu pun boleh dilaraskan, resepi asam pedas cara ros ni, boleh rujuk di bawah ni ye, sangat sesuai dijadikan menu makan tengahari bersama keluarga tersayang. : )
Asam Pedas Ayam Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahannya
1/2 ekor ayam ( saiz sederhana) dipotong kecil-kecil 2 sudu besar cili kering ( boleh tambah lagi dua tiga sudu cili kalau nak pedas) 1 batang serai ( dititik atau hanya dibelah dua) 2 inci lengkuas atau halia ( dipotong nipis) beberapa helai daun kesum@ daun limau purut ( carik-carikkan kasar) sedikit belacan ( tak nak letak pun takpe) 3 biji bawang merah atau ( 1/4 bi ji bawang besar saiz kecil) 2 ulas bawang putih 1/2 cawan air asam jawa 2 biji tomato ( 1 biji dipotong kecil, satu biji lagi dibelah 4) sedikit minyak untuk menumis 1 biji cili merah sedikit garam
Cara-caranya
1. Blender halus belacan, bawang besar dan bawang putih hingga hancur, kalau nak tumbuk lumat guna lesung batu lagi bagus.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis serai dan lengkuas hingga naik bau, kemudian baru masukkan cili kisar dan bahan yang telah diblender tadi, tumis hingga betul-betul garing. Selepas itu masukkan 1 biji tomato yang telah dipotong kecil, kacau sebati, kacau selalu dan biarkan tomato hancur.
3. Kemudian masukkan air asam jawa dan 1 cawan air, biarkan mendidih, selepas itu masukkan ayam dan daun kesum, setelah ayam empuk baru masukkan tomato yang telah dipotong 4 dan lada merah yang dibelah, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam. Setelah sayur layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

asam pedas ayam wangi dengan aroma daun kesum dan serai

kalau nak lagi berkuah boleh tambah 1/2 cawan air

Nota: Kalau dah masukkan daun kesum, jangan masukkan sekali daun limau purut, supaya kuah asam pedas ni sentiasa harum dengan aroma satu daun sahaja, iaitu daun kesum, jika tiada daun kesum baru boleh gunakan daun limau purut tu. Selamat Memasak ya.

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, semalam dengan rajen nya ros buat nugget ayam taufu, dah lama terperam breadcrumbs warna oren tu, ni baru lah ade vitamin R nak membuatnya, breadcrumbs ni ros order dari teman FB ros yang duduk di JB, Kak Salina, terima kasih ya kak tolong belikan, dapat juga buat nugget ayam macam kat kedai tu, selalunya ros guna breadcrumbs warna putih tu je, amacam bentuk love tu menggoda tak, ni requested dari anak dara ros , dia sibuk kata suruh buat bentuk hatto..ros ikutkan jelah, walaupun agak leceh membentuknya, tapi bila dah siap kawaii ( comel) jugak, resepi ade kat bawah ni ye.
Homemade Nugget Taufu Resepi II Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya ( kalau nak buat separuh adunan pun boleh) 400gram daging ayam kisar ( ros guna jenama ramli) 250gram taufu lembut 1/2 biji telur sedikit garam 200gram serbuk roti warna putih ( ros guna 6 keping roti biasa, toastkan dan kisar halus) lada sulah 2 sudu kecil baking powder ( ni taknak letak pun takpe)
*Untuk Coating* 2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu 180gram serbukroti warna oren
Cara-Caranya
1. taufu diletakkan dalam bekas brelubang ( tapis) dan biarkar sebentar lebih kurang 1/2 jam bagi mengeluarkan air yang terdapat daripada taufu lembut tu.
2. Kemudian masukkan semua bahan dalam bekas adunan kecuali bahan coating, kacau sebati, dan pastikan semuanya mesra, selepas itu bolehlah dibentukkan mengikut bentuk yang digemari. Jika adunan nugget ni terlalu lembut boleh tambahkan lagi serbuk roti warna putih tu ataupun sapukan sedikit minyak masak pada tapak tangan supaya mudah untuk membentukknya.
3. Akhir sekali coating nugget tadi, pecahkan telur di dalam bekas kecil dan pukul sikit menggunakan garpu, celupkan nugget dan salutkan dengan serbukroti berwarna oren, ulang langkah tadi sehingga semuanya selesai. kalau nak coating yang lebih tebal celupkan sekali lagi dalam adunan telur dan salutkan sekali lagi dengan serbuk roti warna oren tu.
4. Simpan di dalam plastik bersih dan sejuk bekukan, sebelum digoreng, selamat mencuba. Satu sajian nugget ayam yang berkhasiat untuk si manja anda, khasiat kalsium dan vitamin dari taufu lembut tu amat baik untuk kesihatan.

serbukroti warna oren yang ros gunakan

siap packing dah, dapat dalam 1.2kg nugget ayam taufu

nugget taufu yang belum digoreng

siap goreng dah, elok je kembungnye...

bentuk hatto (heart) khas buat kakak damia.
Nota: Bila dah buat nugget ayam sendiri ni, barulah terjamin kebersihannya, anak-anak pun teruja nak makan, air tangan sendiri kan lebih berkat buat anak-anak, lagipun tiada bahan pengawet atau bahan kimi yang merbahaya.

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, menu ulangan je ni, masak lemak cili padi lagi, tapi kali ni ros guna ayam kampung, ayam dara lagi, heheeheheheehe, ayam dara ni kiranya ayam betina muda lah, senang nak empuk, ayam kampung ni daging nye manis je, tapi kena basuh elok-elok sikit, kalau boleh basuh dengan limau ataupun tepung gandum, ros memang suke kalau masak lemak cili padi ayam kampung ni, berslera je kalau makan, resepi ade kat bawah ni ye.
Ayam Kampung Masak Lemak Cili Padi Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanye 1 ekor ayam kampung ( ros guna ayam dara yang dipotong beberapa bahagian) 2 biji kentang dipotong sederhana ( x nak letak pun takpe) 2 batang serai - dibelah dua ataupun dititik 6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah) 2cawan santan+1 cawan air 1 keping asam gelugor sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk sedikit garam
caranya 1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk bersama ayam kampung dan masukkan serai yang telah dititik tadi, masukkan juga sedikit air, untuk proses pengecutan ayam, kacau sebati dan biarkan sebentar.
2. Masak sehingga ayam betul-betul empuk, kemudian masukkan 2 cawan santan masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan kentang, setelah kentang agak empuk masukkan pula asam gelugor sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam. kacau selalu.
3. Masak sehinga kuah pecah minyak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.

Nota: kalau nak guna ayam daging tu pun boleh, tapi tak perlu proses kecutkan ayam, boleh terus masukkan dalam santan je, sebab ayam daging senang empuk.

Assalammualaikum Wbt dan selamat pagi semua, anak-anak ros ni sesekali diarong dok requested nak makan makanan jepun, nasib baik lah ros ade bawa hari tu, serbuk kari jepun dan kuali petak khas nak masak telur gulung@tamago yaki ni, tapi nasi nye guna beras malaysia je, nak cari beras jepung kat Malaysia ni punye lah susah, nasib baik diarong tak kisah sangat, makan je dengan penuh selera. Resepi dah pernah letak dah dulu, boleh rujuk link kat bawah ni ye, skills nak menggulung telur ni pun masih tak mahir lagi, janji ade rupa kan : )

Resepi
Tamago Yaki
Kare Rice ( Nasi Kari Jepun)

sedap dimakan panas-panas...sedap...rasa manis manis sikit

Nota: Berderai je nasi ni, tak melekit macam beras jepun, tapi takpelah, janji licin anak-anak makan. : )
|
|