Sate Ayam dan Kuah Kacang
| Masakan - Ayam |
| Share |

Bahan-bahanya ( nilah cara yang selalu ros buat kalau perap sate ayam atau daging)
3 keping dada ayam ( ros guna yang baticrom punye dada ayam dia besar-besar)
2 keping bahagian peha boneless
sedikit halia ( agak-agak je, sebesar ibu jari)
sedikit lengkuas ( sebesar ibu jari)
2 sudu besar jintan manis
sedikit gula melaka ( dipotong kecil)
3 sudu besar gula
sedikit garam
1/4 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 sudu besar madu
*Untuk Kuah Kacang*
2 paket kacang tanah ( ros beli yang kt supermarket tu, yang boleh dimakan terus)
1 batang serai
1/4 biji bawang besar
2 inci halia
1 biji bawang putih
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar cili kisar
1/2 cawan air asam jawa
garam dan gula
Bahan sampingan menu sate ayam
ketupat segera, timun dan hirisan bawang besar
( lidi sate tu kalau boleh rendam kejap dengan air, untuk mengelakkan daripada terbakar masa panggang atas dapur gas nanti).
Cara-caranya ( sate ayam)
1. Potong isi ayam, jangan terlalu kecil atau terlalu besar, agak-agak je, biar sesuai untuk di cucuk pada lidi sate nanti, Blender halus, bawang besar, halia , lengkuas, jintan manis, bawang putih hingga hancur.
2. Gaul sebati ayam dengan bahan kisar tadi, dan masukkan gula melaka, gula, madu dan garam. Perap di dalam peti ais lebih kurang 3 jam tau lebih, ros perap semalam, baru sedap.
3. Cucuk kan pada lidi sate, dan bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah selama 20 minit, jangan bakar dalam oven hingga sate menjadi perang, nanti sate akan kering, bila dah cukup 20 minit tu keluarkan dan panggang sebentar di atas dapur gas, untuk dapatkan pemukaan garing pada sate tu, baru nampak sedap bila nak makan nanti. ( hitam sikit pun takpe lagi sedap). Masa ni boleh renjis sate tu dengan sedikit minyak.
Buat Kuah Kacang
1. Blender kacang tanah hingga hancur, nak kasar sikit pun boleh, ketepikan, kemudian blender bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi bersama serai yang di belah dua ataupun serai yg telah dititik serta cili kisar, tumis hingga garing, selepas itu masukkan kacang tanah, kacau sebati. Kemudian, masukkan 1/2 cawan air asam jawa dan 1 cawan air, kacau selalu, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula, bila kuah agak pekat dan naik minyak baru tutup api. Sedia untuk dihidangkan bersama sate ayam, Selamat Mencuba.


- kuah Kacang- -bahan pelengkapnye, ketupat segera dan timun-


- dapat banyak juga semalam- - setelah siap di bakar-


- sedia untuk dihidangkan- - sebelum dingap, hihihi-
Nota: Masa nak bakar sate tu dalam oven renjiskan sate ayam dahulu dengan sedikit minyak, kemudian baru bakar, biar nampak cantik berminyak bila selesai dibakar nanti. Nilah menu lunch, dinner dan sarapan ros tadi, dapat banyak juga, puas makan. : )
| Share |




















Comments
ok love, nnt dah buat bgtau ya, nak tgk kuah kacang love Klang pulak hihhi
kak ummi, tunggu sihat dulu baru leh menyate balik ye kak, heheeh, nak 5 cucuk je, cukup ke? heeheheheh, mmg sedap makan camtu je kan kak, ros mmg feveret sate ni,
salam kak seri, tu ade resepi , ape kata klu akak free nnt akak cuba ye, kt sane sate tak sedap ye, nnt balik semenanjung makan ye kak, btw semenanjung kt mane kak?
salam kaknur, camne leh rentung longtong tu, ni leka sgt lah ni dpn pc ya, takpe buat lain ye kak, gi rendam periuk tu dulu...sori ye kak buat akak terliur je, tgk sate ayam tu heheeh, ros ni teringin sgt tu yang pulun buat tu..dpt byk , puas makan makyong
dah habis lah love semua tu, tinggal kuah kacang je ni, lebih tadi ros letak atas roti sosej, sedap jugak, inti sate ayam ni, lagi sedap roti tu..hihi, love, klu love nak buat, kuahkacang tak letak udang kering pun takpe tau, letak kiub pati ayam je, klu tak nak letak kiub pati ayam , love boleh ganti dgn ikan bilis sikit ye, good luck ye nnt klu buat kuah kacang ni, resepi ros ni simple je...tp sedap tau heheeee
heheehehe, kak fae, dtg sini dulu, baru tau ros jamu ape, klu tak sate pun, menu lain boleh kan heehehehe, ape yang ade kt rumah je heehehe, nak buat ade stok lagi tak kak? ke nak pulun bila balik mesia je nanti
sedap nya hidangan ros ni...aduh tadi
knur ada lontong ketupat tu tapi
srkg dah rentung dengan periuk2 sekali
hihi...knur lupa yg lontong tengah
direbus...sedap ngadap pc sampai lupa.
ros, tinggalkan knur sikit ya...sedap masakkan ros ni...telan airliur ni.
Nak tanya sikit, kuah kacang nih klu taknak letak udang kering boleh tak???
Dah abis ke sate tuh semua!
haaaa...ni nnt kalo kfae smpi osaka kena jamu nih...hehehe
RSS feed for comments to this post.