Masakan - Ayam

Share

Malam tadi kami dinner blackpaper chicken chop, di bawah ni ros sertakan resepi yang selalu ros guna, ringkas je caranya, rasa pun boleh tahan, kalau ayam tu tak nak goreng pun takpe, boleh juga di bakar atau grill di dalam oven, tapi kalau guna cara bakar atau grill tidak perlu salut dengan tepung gandum, telur dan serbuk roti, lepas perap boleh bakar seperti biasa. Sesekali tukar menu Western pun sedap juga kan. : )

Bahan-bahanya
2 keping dada ayam atau bahagian peha boneless
1 sudu kecil kicap pekat atau kicap manis*
2 sudu kecil serbuk lada hitam*
2 inci halia*
1/2 biji bawang besar ( saiz sederhana)*
2 ulas bwg putih*
1/2 kiub pati ayam maggi*
Untuk salutan ( sedikit tepung gandum, 1 biji telur yang telah dikocak dan 1 cawan serbuk roti)

Kisar semua bahan yang bertanda * dengan 1/2 cawan air hingga hancur, kemudian cucuk ayam tadi dengan garpu, gaul ayam dengan bahan kisar dan perap 2 atau 3 jam di dalam bekas bertutup, simpan dalam peti ais, setelah diperap, ambil ayam tadi dan lumur sedikit dengan tepung gandum, next salut telur dan akhir sekali salut pula dengan serbuk roti, goreng hingga garing.


Untuk Sos lada hitam

Ambil lebihan bahan perapan tadi dan masukkan dalam periuk kemudian campur dengan 1/2 cawan air dan masak hingga mendidih, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah, dan masukkan bancuhan tepung katakuriko ( tepung kentang) boleh juga di ganti dengan tepung jagung, untuk pekatkannya..Kalau ade minyak bijan masukkan 1 sudu kecil, sos lada hitam akan lebih sedap dan wangi, sos lada hitam ni juga boleh di curahkan pada kentang putar dan pada ayam yang telah siap digoreng tadi.

kentang putar
4 biji kentang saiz sederhana
1 sudu besar marjerin atau butter
1/3 cawan susu segar
lada sulah

Caranya
Setelah kentang di rebus dan empuk, toskan dan lecek terus sementara kentang masih panas, kemudian masukkan kembali dalam periuk dan curahkan susu dan marjerin, kacau sebati, akhir sekali masukkan lada sulah dan kacau hingga semuanya mesra dan agak pekat, angkat dan ketepikan.

Coselaw
1/4 biji Kobis saiz kecil
1/2 batang Corrot
1/2 biji Bawang besar
3 sudu besar Mayonis
sedikit garam dan gula

Kobis,lobak merah, bawang besar di cincang halus, masukkan mayonis, gula serta garam, kacau sebati dan sejukkan di dalam peti ais.

Cara penyediaan

- Susun ayam di dalam pinggan, sudukan kentang putar, coselaw dan atur salad serta tomato, kemudian curahkan sos lada hitam di atas kentang putar dan ayam, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak lebihkan masa perapan tu pun boleh, lagi sedap lah jadinya ayam tu nanti, api yang digunakan untuk menggoreng ayam tu jangan kuat sangat ya, guna api sederhana, kalau nak tambah dengan kentang goreng pun boleh.

Share

 

Comments  

 
+1 #27 nhafidzsr 2013-03-19 05:28
Kat jepun mayonnaise brand ape yg halal, Tepung ke tang boleh bli katne? Tq
Quote
 
 
0 #26 syaz-one 2013-01-10 13:17
Sedapnyerrr.......l
Quote
 
 
0 #25 syaz-one 2013-01-10 13:16
Sedapnyerrrr ............
Quote
 
 
-1 #24 adammuqris 2012-10-31 18:01
sedap juga chicken chop kau ros tapi aku ada + sikit bahan lain
Quote
 
 
0 #23 Nur Amalina Binti Ismail 2012-10-14 21:16
Quote:
Quoting anok sedare:
adeh meleh ayaq lioq... tapikan saya lebih suka makan black pepper stick hehe..

p/s balik mesia boleh laa buat BBQ kat umah tokyang.. maksu jadik cheffnya ahakss..

buleh buleh, nnt balik ganu, maksu masakkanye, insyaAll ah

kan bes..... hi hi hi ....
Quote
 
 
0 #22 Nur Amalina Binti Ismail 2012-10-14 21:14
bes lah dah dapat thu mcan mne nk buat kentang putar ......
lepas nie bleh lah buat sendiri 2 kan bes ....
x payah nk beli lgi ....
hi hi hi hi .....
Quote
 
 
0 #21 Nur Amalina Binti Ismail 2012-10-14 21:09
lepas nie bleh la buat kentang putar sendiri .......
kan bes blh makn banyak 2 .......
pas tu suke hti nk mkn bile 2 mse kan buat banyak .......
hi hi hi hi hi hi ......
Quote
 
 
+1 #20 putri 2012-07-30 11:39
mohon share ;)
Quote
 
 
+5 #19 2011-08-06 11:57
nyam2.. npk sedap.. ni :)
mlm ni nak buka puasa masak ni la...
;)
TQ to: jintanmanis.com
Quote
 
 
+3 #18 2011-04-14 16:20
Salam....kat mane nak beli serbuk roti tu yer
Utk sos nye nak kena campur dgn sos lada hitam ke..
Quote
 
 
+3 #17 2011-02-26 20:18
:-x :-x :-x :-x :-x :-x ;-) :-) :sad: :D :D :D sdp juge ye :D 8)
Quote
 
 
+1 #16 2010-11-30 12:58
Quoting umy_ina:
dah wat.memang sedap.laju je anak ngan uminye makan.sekejap licin.hasben xminat sangat makanan orang putih ni.

sedap kan, ros pun lama tak buat chicken chop, teras nak buat lah pulak nyum2
Quote
 
 
+4 #15 2010-11-30 10:48
dah wat.memang sedap.laju je anak ngan uminye makan.sekejap licin.hasben xminat sangat makanan orang putih ni.
Quote
 
 
+1 #14 2010-11-28 17:59
Quoting umy_ina:
salam,akak dah lama idamkan resepi ni barulah jumpa idaman kalbu,tq bebyk anak punyalah suka tapi uminya xde masa lagi nak buat sibuk memanjang.

takep kak, simpan je resepi ni dulu, nnt nnt leh try ya ros pun lama tak buat ni
Quote
 
 
+1 #13 2010-11-28 17:58
Quoting 4KZigZag:
wow ... nampak cam senang nak buat resepi nih. Nak trylah masak untuk isteri tercinta.

slmt memasak utk isteri ya, bertuah wife..dpt hubby cam ni, rajen tolong isteri masak
Quote
 
 
+1 #12 2010-11-27 11:00
salam,akak dah lama idamkan resepi ni barulah jumpa idaman kalbu,tq bebyk anak punyalah suka tapi uminya xde masa lagi nak buat sibuk memanjang.
Quote
 
 
+2 #11 2010-09-03 10:00
wow ... nampak cam senang nak buat resepi nih. Nak trylah masak untuk isteri tercinta.
Quote
 
 
+1 #10 2010-04-15 21:16
Quoting tiha:
whoaa..sedap ni..teringin nak try baut tp tk penah sempat. :-*

nnt klu free byk masa, leh try tiha, kejap je buat tu, nak perap je guna masa sikit heheee
Quote
 
 
+1 #9 2010-04-15 21:16
Quoting nurindah:
salam ros,
aish..bestnya menu western. teringinnya..! :lol:

sesekali kak, aa teringin??? mengidam ke kak nur???
Quote
 
 
+1 #8 2010-04-14 22:27
whoaa..sedap ni..teringin nak try baut tp tk penah sempat.
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh