Share

Ayam Bakar Black Pepper bermayonis

Bahan-bahannye
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil blackpaper
2 cm halia ( agak-agak je)
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah

Caranya
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.

2. masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)

 

 

Share

 

Comments  

 
0 #2 2010-01-13 14:36
Quoting Kak Ita:
salam ros. akak dah cuba ayam ni semalam untuk dinner tapi tanpa mayonis sbb mayonis dah abis. tapi still sedap...

thanks kak sudi mencuba resepi ros ni wlupun tak cukup bahan tu, heheheh takpe takpe nnt ade mayonis leh try letak pulak..rasa lagi lemak2 gitu hihihi
Quote
 
 
0 #1 2010-01-13 14:02
salam ros. akak dah cuba ayam ni semalam untuk dinner tapi tanpa mayonis sbb mayonis dah abis. tapi still sedap...
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh