Masakan - Ayam

Share

Ros selalu buat rendang ayam lada kering ni, satu lauk ni pun dah cukup, makan dengan nasi panas ataupun ketupat memang sedaplah ditambah lagi dengan aroma daun kunyit pasti membangkitkan selera. : )

Bahan-bahannya

1/2 ekor ayam ( potong jgn terlalu kecil)

2 batang serai ( satu diblender dan satu lagi potong dua )

1/2 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

8 tangkai lada kering ( nak pedas leh tambah cili padi)

2 inci halia

1 sudu kecil jintan manis dan 1 sudu kecil jintan putih

1 cawan santan pekat

2 sudu besar kerisik

1 batang kulit kayu manis dan 2 kuntum bunga lawang

satu helai daun kunyit ( diracik halus)

Caranya

1. Mula-mula blender cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai, jintan manis dan jintan putih.

2.Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis kayu manis dan bunga lawang, setelah naik bau baru masukkan kerisik dan bahan kisar tadi, setelah garing masukkan serai yang dibelah dua.

3.Kemudian masukkan ayam dan santan, sesuaikan rasa ( masuk garam), biar mendidih dan kacau sekali sekala, bila kuah pecah minyak dan pekat baru masukkan daun kunyit yang telah dihiris. Siap untuk dihidang, sedap dimakan bersama nasi putih atau pun ketupat. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak gantikan ayam dengan daging pun boleh, tapi masa memasak kena lebihkan lah, biar daging tu empuk, santan pun kena lebihkan.

Share

 

Comments  

 
+1 #5 2011-08-25 12:19
kalau tak de daun kunyit.. ade daun apa lagi yang boleh diganti?
Quote
 
 
0 #4 2010-05-08 09:35
Quoting Ijan:
Salam Ros.. bestnye rendang. Memang cukup satu lauk je kalau gini... macam terasa rasa je nak makan.huhu

ros suke makan rendang kak, mcm2 versi dah try, semua jenis rendnag ros suke he ehhe, jom kak, makan same2
Quote
 
 
0 #3 2010-05-07 22:10
Salam Ros.. bestnye rendang. Memang cukup satu lauk je kalau gini... macam terasa rasa je nak makan.huhu
Quote
 
 
0 #2 2010-05-07 14:21
Quoting tiha:
sedap ni...tiha pn penah makan satu lauk camni je berselera..

kan, satu lauk pun dah cukup kan, ros pun makan ni je, sure bertambah nasi punye heheee
Quote
 
 
0 #1 2010-05-07 13:53
sedap ni...tiha pn penah makan satu lauk camni je berselera..
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh