Ayam Tandori
| Masakan - Ayam |
| Share |

Ini adalah cara dan resepi yang selalu ros buat bila masak ayam tandori, senang dan mudah, ros belajar resepi ni dari kawan Indonesia masa ros duduk dekat Nagoya 4 tahun lalu..: ) resepi ada kat bawah ni ye .
Bahan-bahanye
1/2 ekor ayam dipotong 4
3 sudu besar plain yogurt
1 sudu besar serbuk paprika
1/2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar madu
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
sedikit pewarna merah ( tak guna pun takpe, cuma nak naikkan seri ayam tu nnt)
sedikit kunyit serbuk.
2 sudu kecil jus lemon
Caranya
1. Gaul semua bahan pada ayam dan masukkan di dalam bekas bertutup, selepas itu perap di dalam peti ais lebih kurang 3 jam atau lebih.
2. Kemudian bakar pada suhu 180-200 darjah selama 30 minit hingga 40 minit ataupun sehingga ayam menjadi perang. Angkat dah hidangkan. Selamat mencuba.

Nota: Amat sesuai digandingkan bersama nasi kuning (marjerin) ataupun di makan bersama roti naan serta sedap juga di makan begitu sahaja. : )
| Share |

















Comments
seronok dgr Asmin dah pan daimasak, dan suke kakros baca semua komen dari Asmin ni, semoga lebih rajin lagi ya, air tangan isteri, lagi berkat kan, kakros cuma sumbangkan resepi je
tq so much akak..
seme resipi akak yang saya try seme jadik dan sedap..husband saya pun ckp saya da mkn pandai masak..ahahah
sebenarnyer tiru resipi akak..
apapun tq akak!
nak ayam tandori buleh2..dua ketul cukup heehee?
tok3x...nak rasa ayam tandoori.
RSS feed for comments to this post.