Ayam Bakar Ladahitam Mayonis
| Masakan - Ayam |
| Share |

Menu gandingan dengan strawberry cheese cake sabtu lepas, ros buat ayam bakar mayonis ni, resepi dah pernah letak sebelum ni, ros buat setengah ekor ayam je (500gram) , bila dah siap makan tu rasa tak cukup pulak, sedap sangat, sebab lama tak makan kot, menu sampingan bagi ayam bakar ni, ros buat kentang putar dan salad sayuran je. hari ni dengan rajin nya ros copy balik dan paste kan resepi ayam bakar blackpaper mayonis semula, tu ade kat bawah tu, kalau dah takde idea nak masak ape hari niĀ boleh try resepi ringkas ni ya...: )
Bahan-bahannye ( sumber resepi ros@jintanmanis.com)
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 cm halia ( agak-agak je)
2 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah
Caranya
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, kicap manis madu dan serbuk lada hitam.
2. masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit atau satu jam, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.
( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)

kentang putar dgn sos lada hitam dan salad sayur-sayuran

sedia untuk dihidangkan

ayam bakar mayonis bahagian dada dan kepak
Nota: Kalau nak perah sedikit lemon atas ayam panggang ni pun boleh, ros suke resepi ayam bakar ni sebabnya senang nak buat, rasa pun sedap, lainkali kalau nak puas makan kena buat satu ekor lah, lagipunĀ satu ekor ayam tu pun 1kg je : )
| Share |


















Comments
tak cun takpe , janji sodap
hoho....jemput makannn
wah kak, nak gak ayam akak, kasi garing lah kak, baru sodap heheee
ok sila sila, nak copy n paste, wah tgk bakar ayam ye, sedapnyeee
oo nak resepi tu ek, nnt ros link kan, dah letak dah sebelum ni
salam kak, nnt dah siap bakar bagi ros rasa ya hihihi
ros pun suke resepi ni, sedap, maveles dan segalanye lah heheeee
da cuba resipi ni..
shedap shedap...
tp xde la cun cam akak punyer ni..
wah....cantik berkilat2 ayam bakar ros ni.
Nape ek akak punya basah2 gitu, sebab akak letak tuang kuah perap dia byk sgt ek? kali ni akak buat suhu 190c, bakar 40min dan guna chicken wing gak. tapi tak nak garing macam ros punya...kui kui...
Tengahari skit akak tayang...
Ros, nak ayam.. nak ayam.. Tak sabar nak cuba gak ayam tu.. nampak menyelerakan..
RSS feed for comments to this post.