Rendang Ayam Resepi II
| Masakan - Ayam |
| Share |

Raya, raya, raya...belum puasa lagi dah nak raya, menu ala-ala juadah di hari lebaran, bukannya apa, saja je ros buat, sebab stok ketupat segera saiz mini tu ade banyak, pemberian dari Kak Aini tempoh hari, lagipun ketupat segera ni feveret anak-anak, tapi menu anak-anak ros buatkan sup ayam je, ros gandingkan ketupat segera ni dengan rendang ayam daun kunyit, cuma kali ni ros tambah 1/2 biji bawang besar saiz kecil, dan kasi up sikit kuantiti santan tu, guna terus 1 tin santan 400ml, bila dah masak, cantik je pecah minyak nye, kolestrol belakang kira buleh? hihihi...nak buat pun kejap je, main lebur-lebur dan kacau, lepas tu dah boleh makan..antara rendang feveret kami sekeluarga. : )
Bahan-bahanye
3/4 ekor ayam ( dipotong sederhana lebih kurang 7 ke 8 bahagian)
1/2 buku lengkuas saiz kecil ( buleh digantikan dengan halia)
1/2 biji bawang besar
2 batang serai ( 1 batang dikisar, 1 batang lagi dititik)
7-10 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
1 tin santan segera ( 400ml)
sedikit kunyit serbuk ( kalau guna kunyit hidup lagi sedap)
garam
1 helai daun kunyit
( kalau nak masukkan kerisik pun boleh juga, ros tak letak sebab kuantiti santan tu dah memadai)
Cara-caranya
1. Kisar halus cili padi, 1 batang serai, bawang besar, kunyit hidup dan lengkuas dengan sedikit air, kemudian curah dalam kuali, biarkan seketika.
2.Selepas itu masukkan ayam dan 1 batang serai yang dititik, biarkan air ayam kering sedikit baru masukkan santan. Sesuaikan rasa, masukkan garam.
3. Masak sehinga ayam empuk danĀ kuah agak pekat serta pecah minyak, akhir sekali baru masukkan hirisan daun kunyit. Sedia untuk dihidangkan, amat sesuai dimakan bersama ketupat segera atau nasi panas. Selamat mencuba.

rendang ni kalau lagi kerap dipanaskan lagi sedap

Nota: Kalau nak berkuah pun boleh jugak, jangan masak rendang terlalu kering, bila dah pecah minyak tu boleh terus tutup api, kitakan macam-macam selera, ade yang suke rendang kering ade juga yang suke ade kuah sikit, baru sedap bila gaul dengan nasi kan. : )
| Share |

















Comments
sy ada.. nk tak? dia panggil sambal lodek>
maaf ya tak leh bantu, mmg takde resepi sambal durian tu
sori ye takde lah resepi sambal durian tu
kering sikit tulah rendang, heheeheh, letak kerisik kan, klu masak lemak tak letak heheeee
kalau kat tempat kami kaler macan niora pangil masak lemak... cuma ros punya kering ckit...tapi tgk sedap gak.....
ros pun suke, sedap sgt
try jgn tak try, sedap kan
mmg saya tak guna cili kering, saya guna cili padi...
ros selalu makan dgn rendang ayam ni je, tp ikutlah selera masing2, kuah kacang pun sedap gak kan
RSS feed for comments to this post.