Sup Bebola Ayam
| Masakan - Ayam |
| Share |

Stok dada Ayam boneless sentiasa ade dalam peti ais tu, sebabnya senang nak buat bekal untuk abang pagi-pagi, kebetulan ade lebih sikit, jadinya ros dengan rajin nya buat lah bebola ayam, buat tambah-tambah dalam sup nanti, sup bebola ayam ni ros campur juga, kentang, carrot dan batang celery, anak-anak pun suke. Resepi ade kat bawah ni ye. : )
* Bahan untuk bebola ayam*
2 keping Isi Ayam (bahagian dada)
1/2 cwn breadcrumbs (serbuk roti)
sedikit lada sulah
1/2 biji telur
2 sudu besar tepung katakuriko ( tepung kentang) nak ganti dengan tepung jagung pun boleh
garam secukup rasa
* Bahan untuk Kuah Sup*
1/4 biji bawang besar@ 3 biji bawang kecil2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar rempah sup ( ros guna rempah sup jenama faiza)
1 sudu kecil serbuk lada hitam@lada sulah
1 biji kentang
1/4 biji lobak merah
1/4 batang celery
caranya
1. Mula-mula potong nipis dada ayam tu dan blender hingga hancur, jangan dicampur dengan air ye.
2.Kemudian, masukkan isi ayam yang siap diblender tadi dalam bekas adunan dan campurkan breadcrumbs, lada sulah, garam, tepung katakuriko dan telur, kacau sebati.
3.Bulatkan kecil-kecil dan ketepikan, saiz bebola ayam ni, ikut lah citarasa masing-masing ya.
4. Buat kuah sup, blender ataupun hiris nipis bawang besar, bawang putih dan halia, kemudian panaskan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis dan bunga lawang, kemudian curahkan bahan kisar tadi dan biarkan naik bau dan agak garing.
2. Selepas itu masukkan 3 cawan air, carrot, kentang dan batang celery kacau seketika, setelah mendidih baru masukkan rempah sup dan bebola ayam, masak hingga bebola ayam timbul, maknanya bebola ayam telah masak sepenuhnya, sesuaikan rasa, masukkan garam dan serbuk lada hitam atau lada sulah, tutup api dan taburkan dengan hirisan daun celery atau daun sup, sedia untuk dihidangkan panas-panas. Sedap dimakan begitu sahaja ataupun bersama nasi putih. Selamat Mencuba.

ros campurkan hirisan chikuwa sikit - chikuwa (fishstick)

sedap dimakan panas-panas

Nota: Kalau nak rasa pedas dan rasa masam dalam sup ni, boleh juga ditambah dengan hirisan cili padi atau sedikit perahan lemon.
| Share |


















Comments
salam tiqah, mmg susah nak cari yang xder nyukazai tu, kakros selalu beli jenama maxvalue klu tak silap, klu nak lagi sure, tepon companye tu tanya ye, lg satu leh buat sendiri, shoku pan tu blender sampai hancur, jadilah breadcrumbs heheeheee
kak ros guna breadcrumbs jenama apa sebab susah nak cari breadcrumbs yang tak ada nyukazai...
salam mimiey, 2 bowl, buleh je, cukup ke tu? ni kakros kasi nasi putih sekali heheee
diet sesuai gak, jgn makan nasi, makan sup ni je, pun sodap heheeee, kak sue diet ape?
heehehe, sup ni ros makan mcm tu je kak, sedap makan panas2...dah rasa ye apple bun tu mueheehehe, klu betul kan best kan kak, leh kongsi2 makanan
aah mcm nugget sikit kak, rasanye, tp lagi sodap sbb ade sup tu...heeheh anak2 mmg suke, senang je masuk mulut diaorng heheee
chikuwa tu kiranya mcm fishstick lah, rasa mcm fishcake heheeee
sedap tu.. kalau makan sup gitu2 saja pun best.. kan kan... mmmmm.. masakan menarik yg senang di buat ni.. :)
*bun apple tu sedap sangat akak makan... thanksss ros.. kasi akak rasa..
RSS feed for comments to this post.