Homemade Chicken Nugget
| Masakan - Ayam |
| Share |

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, semalam dengan rajen nya ros buat nugget ayam taufu, dah lama terperam breadcrumbs warna oren tu, ni baru lah ade vitamin R nak membuatnya, breadcrumbs ni ros order dari teman FB ros yang duduk di JB, Kak Salina, terima kasih ya kak tolong belikan, dapat juga buat nugget ayam macam kat kedai tu, selalunya ros guna breadcrumbs warna putih tu je, amacam bentuk love tu menggoda tak, ni requested dari anak dara ros , dia sibuk kata suruh buat bentuk hatto..ros ikutkan jelah, walaupun agak leceh membentuknya, tapi bila dah siap kawaii ( comel) jugak, resepi ade kat bawah ni ye.
Homemade Nugget Taufu Resepi IISumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya ( kalau nak buat separuh adunan pun boleh)
400gram daging ayam kisar ( ros guna jenama ramli)
250gram taufu lembut
1/2 biji telur
sedikit garam
200gram serbuk roti warna putih ( ros guna 6 keping roti biasa, toastkan dan kisar halus)
lada sulah
2 sudu kecil baking powder ( ni taknak letak pun takpe)
*Untuk Coating*
2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
180gram serbukroti warna oren
Cara-Caranya
1. taufu diletakkan dalam bekas brelubang ( tapis) dan biarkar sebentar lebih kurang 1/2 jam bagi mengeluarkan air yang terdapat daripada taufu lembut tu.
2. Kemudian masukkan semua bahan dalam bekas adunan kecuali bahan coating, kacau sebati, dan pastikan semuanya mesra, selepas itu bolehlah dibentukkan mengikut bentuk yang digemari. Jika adunan nugget ni terlalu lembut boleh tambahkan lagi serbuk roti warna putih tu ataupun sapukan sedikit minyak masak pada tapak tangan supaya mudah untuk membentukknya.
3. Akhir sekali coating nugget tadi, pecahkan telur di dalam bekas kecil dan pukul sikit menggunakan garpu, celupkan nugget dan salutkan dengan serbukroti berwarna oren, ulang langkah tadi sehingga semuanya selesai. kalau nak coating yang lebih tebal celupkan sekali lagi dalam adunan telur dan salutkan sekali lagi dengan serbuk roti warna oren tu.
4. Simpan di dalam plastik bersih dan sejuk bekukan, sebelum digoreng, selamat mencuba. Satu sajian nugget ayam yang berkhasiat untuk si manja anda, khasiat kalsium dan vitamin dari taufu lembut tu amat baik untuk kesihatan.

serbukroti warna oren yang ros gunakan

siap packing dah, dapat dalam 1.2kg nugget ayam taufu

nugget taufu yang belum digoreng

siap goreng dah, elok je kembungnye...

bentuk hatto (heart) khas buat kakak damia.
Nota: Bila dah buat nugget ayam sendiri ni, barulah terjamin kebersihannya, anak-anak pun teruja nak makan, air tangan sendiri kan lebih berkat buat anak-anak, lagipun tiada bahan pengawet atau bahan kimi yang merbahaya.
| Share |




















Comments
Akak pun nak trylah wat nugget ni. tp akak nak tanya skit, ros guna tahu biasa ker atau tahu telur.
Terima kasih kerana berkongsi resepi yg sedap & ringkas. Saya cuba buat minggu lepas dan hasilnya amatlah memuaskan.
Thanks again...
Terima kasih kerana kongsi resepi nugget ni. Anak-anak akak memang suka. Tapi akak tak suka beli sebab banyak lemak. Tapi bila dah lihat cara-cara menbuatnya, boleh lah akak cuba buat nanti. Pasti anak-anak suka!
kak intan
slmt mencuba ya, senang senang klu cukup bahan mari kita mulakan
tahu biasa tu buleh je, tp kena hancurkan betul2 ya, dan camurkan sebati dengan bahan yang lain, slmt mencuba
kak lin, takdelah, biasa je tu, bentuk pun main buat je, ade kecik ade besar heheeheheh, nnt kak lin try lah, guna je panko warna putih tu , buleh je
aah ros buat sendiri je bentuk love tu, guna jari, tp agak leceh lah...kena byk sabar sikit heheeee
nnt CB try ya, sure anak2 suke, resepi biasa je ni CB, good luck buat nugget tau, nnt dah masak bg ros sikit ya
salam kak mas, nnt kalau jumpe daging kisar jenama ramly tu, kak mas try ya, cuma nak membentuk nugget ni kena sabar sikit, agak leceh dan makan mase, heehehe, tp hasilnya cukup sedap
sila sila cuba buat, sure suke bila jadi nnt tu
salam ciksu, nanti cukup bahan cukup vitamin rajen, cuba ya, betul kata ciksu tu paling penting halal dan bersih kan, sbb disajikan pada keluarga tersayang :)
nanti nk try buat juga lak..
cantik tengok nugget ros tu..
RSS feed for comments to this post.