Masakan - Ayam

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari semua, selalunye kita gunakan ikan buat asam pedas kan, kali ni mari kita cuba gantikan dengan ayam pula, sedap jugak tau, ros sarankan guna bahagian ayam yang bertulang, sebab isi ayam bahagian yang ade tulang ni lebih manis dan sedap bila dimasak berkuah ni, resepi pun senang je, same je caranya masak asam pedas yang lain, tahap kepedasanye tu pun boleh dilaraskan, resepi asam pedas cara ros ni, boleh rujuk di bawah ni ye, sangat sesuai dijadikan menu makan tengahari bersama keluarga tersayang. : )

Asam Pedas Ayam
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya

1/2 ekor ayam ( saiz sederhana) dipotong kecil-kecil
2 sudu besar cili kering ( boleh tambah lagi dua tiga sudu cili kalau nak pedas)
1 batang serai ( dititik atau hanya dibelah dua)
2 inci lengkuas atau halia ( dipotong nipis)
beberapa helai daun kesum@ daun limau purut ( carik-carikkan kasar)
sedikit belacan ( tak nak letak pun takpe)
3 biji bawang merah atau ( 1/4 bi ji bawang besar saiz kecil)
2 ulas bawang putih
1/2 cawan air asam jawa
2 biji tomato ( 1 biji dipotong kecil, satu biji lagi dibelah 4)
sedikit minyak untuk menumis
1 biji cili merah
sedikit garam

Cara-caranya

1. Blender halus belacan, bawang besar dan bawang  putih hingga hancur, kalau nak tumbuk lumat guna lesung batu lagi bagus.

2. Panaskan sedikit minyak, tumis  serai dan lengkuas hingga naik bau, kemudian baru masukkan cili kisar dan bahan yang telah diblender tadi, tumis hingga betul-betul garing. Selepas itu masukkan 1 biji tomato yang telah dipotong kecil, kacau sebati, kacau selalu dan biarkan tomato hancur.

3. Kemudian masukkan air asam jawa dan 1 cawan air, biarkan mendidih, selepas itu masukkan ayam dan daun kesum, setelah ayam empuk baru masukkan tomato yang telah dipotong 4 dan lada merah yang dibelah, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam. Setelah sayur layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

asam pedas ayam wangi dengan aroma daun kesum dan serai

kalau nak lagi berkuah boleh tambah  1/2 cawan air

Nota: Kalau dah masukkan daun kesum, jangan masukkan sekali daun limau purut, supaya kuah asam pedas ni sentiasa harum dengan aroma satu daun sahaja, iaitu daun kesum, jika tiada daun kesum baru boleh gunakan daun limau purut tu. Selamat Memasak ya.

Share

 

Comments  

 
0 #3 linda 2012-10-05 11:40
nk cuba la resepi ni sedap tak
Quote
 
 
0 #2 mazura 2012-03-11 15:55
nak try la....en suami x makan ikan...nak try plak asam pedas ayam...
Quote
 
 
0 #1 2011-07-26 23:19
ros, telan air liur kakak tengok entry ni... wah!!! terus ingat nak balik JB ni... maaaaaakkkkk!!! !
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh