Nugget Ayam Taufu
| Masakan - Ayam |
| Share |

Sumber Resepi dari Rancangan Masakan Jepun.
Bahan-bahanya ( kalau nak buat separuh adunan pun boleh)
4 keping daging ayam boneless ( boleh guna bahagian dada atau peha)
2 cawan serbuk roti ( breadcrumbs) ros guna jenis soft breadcrumbs
1/2 biji telur
150 gram taufu ( 1 bekas petak mini taufu) - di Malaysia buleh guna tauhu yang warna putih tu
sedikit garam
lada sulah
2 sudu kecil baking powder ( ni ros saje tambah)
*Untuk Coating*
2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
3 cawan breadcrumbs
Cara-Caranya
1. Buang kulit pada isi ayam dan potong kecil-kecil, blender isi ayam hingga hancur. Nak guna food processer pun boleh, kalau guna blender tu jangan masukkan isi ayam tu sekali gus ye, masuk sikit-sikit kasi betul-betul hancur.
2. Kemudian masukkan isi ayam yang telah diblender tadi di dalam bekas dan masukkan taufu, baking powder, lada sulah, dan garam, gaul sebati hingga taufu hancur.
3. Kemudian masukkan serbuk roti dan telur, gaul lagi. Selepas itu bentukkan nuggeta ayam mengikut citarasa masing-masing, bentukkan lah bulat ke, lonjong ke bentuk love ke, ikut kerajinan lah, semalam ros buat bentuk bulat je.
4. Apabila telah dibentukkan bulat-bulat, leperkan sedikit dan celupkan dengan telur dan salut semula dengan serbuk roti, kalau nak coating tu lebih tebal ulang langkah tadi sekali lagi. Boleh terus di goreng atau di simpan di dalam tempat sejuk beku. Selamat Mencuba.
( ros suke nugget taufu ni sebab rasa rangup di luar dan juicy di dalam dah rasa macam nugget yang jual kat supermaket malaysia tu pulak, hihi).


Nota: Semalam ros dapat 64 biji ketul nugget, dapat simpan dalam 3 plastic ziplock saiz sederhana, jadikan stok untuk lauk anak-anak di kala kemalasan melanda. Penat jugak menggentel sorang-sorang, tapi bila tengok anak berselera makan, hilang rasa penat tu, kepuasan buat sendiri,terjamin akan kebersihan dan keselamatan bahan-bahanye. : )
| Share |





















Comments
salam kak, slmt memasak nugget utk anak-anak ya
sedap kan hehhe, nnt try ya
buleh buleh kak, cnp je ros mmg nak kongsikan ngan semua, sbb ros dah jatuh chenta dgn resepi nugget taufu ni..syok makan, semua rakyat jelata rumah ni suke muahahaaa
buleh buleh kak, ros kasi sebungkus, kasi rasa dulu, nnt klu akak suke ros bagi lagi heheehe, tu lah klu dekat leh share menu kan kak..hihi
nak sepaket buleh buleh, tukar dgn ayam madras love tu..heheeh love ayam tu menyelerakan lah, nnt ros nak try lah, thanks sharing ya love..
buleh buleh, ko leh refer resepi nugget ayam alang lagi satu, click je, tag ayam tu, nnt jumpe satu lagi resepi nugget ayam tak letak taufu tu, good luck ok
slmt mencuba sue, nnt dah buat bgtau ya...
hihi...amacam kak CT, sedap tak? nugget tu, dah kenyang baru nak tanya ni hehehehehe, betul kata akak, buat sendiri terjamin kebersihan nye kan, berbaloi mmg berbaloi muahhaaaa
takyubin..alamat? meh ros hanto..buleh je, buat reto, kuroneko tu..hihi..ros guna daging ayam boneless peha dr batricrom tu, besar kan tu yang dpt byk tu..buat stok hihi
hoho...kan..sedap kan kak, nugget letak taufoo ni..dah lah taufu nye murah..3 paket kecik tu 100yen je kan, ros suke makan gitu je..baik utk kesihatan, takpun letak dlm air gula merah, jadi tau fu fa hahaaa
hahaha, nak beli sepaket, buleh buleh, nnt ros hanto depan umah akak, hihi..senang je tu kak, nnt ade daging cincang ayam tu, leh try buat ye..
tgh rajin boleh buat semua ni kak, time malas time maggi kari pun sodap...haahaaa
RSS feed for comments to this post.