Masakan - Ayam

Share

Assalamualaikum WBT dan selamat pagi semua, tak sampai sebulan lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan kan, so dengan semangatnye ros buat telur masin ni semalam, buat stok bila nak sahur atau berbuka nanti, bolelah lah buat nasi kerabu, seperti biasa, ros guna telur ayam berkulit putih ni je, nak carik telur itik takde kt Jepun ni aa, guna je ape yang available, resepi biasa je, cuma ros gunakan air yang dimasak bila nak rendam telur masin ni, hasilnya ros tak dapat tunjuk lagi, sebab masa perapan tak cukup lagi, nanti dah cukup masa ros rebus telur masin ni dan updated lagi kemudian entry ni ya pada yang nak cuba buat tu, baik buat sekarang, supaya masa rendaman ni cukup-cukup je bila menjelang ramadhan nanti. Selamat Mencuba.

Telur Masin Perantau ( telur ayam)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
10 biji telur ayam ( kulitnya putih) klu nak guna kulit yang warna coklat pun boleh
3 senduk garam biasa
air secukupnya

bekas
balang kaca

Cara-Caranya

1. Telur di basuh bersih dan masa basuh telur disarankan baca lah selawat ke bismillah ke, lepas tu toskan, biarkan kering, nak lap dengan permukaan telur dengan kain bersih pun boleh. Kalau ade kerajinan lagi, lepas basuh telur tu boleh jemur kejap, hingga permukaan nye betul-betul kering.

2.  Masukkan garam ke dalam periuk yang berisi air, biarkan garam betul-betul larut, didihkan sebentar, tutup api dan biarkan air garam betul-betul sejuk.

3. susun telur di dalam balang kaca, dan curahkan air garam tadi, pastikan telur tenggelam dalam air garam, jika nampak terlu seperti terapung itu tandanya air garam tu cukup masinya.

4. Tutup rapat balang kaca dan simpan selama 14 hari ke 21 hari, masa dah 14 hari tu, ambil satu dan cuba rebus, kalau dah jadi, boleh keluarkan semua telur dan simpan di dalam peti ais, bila nak makan rebus dan potong dua, selamat mencuba.

tak sabar pulak nak tunggu 14 hari ni : )

siap simpan dah dalam almari bahan kering tu

Nota: Masa perap telur masin ni jangan letak dalam peti ais, letak je dalam almari atau kat ruang dapur tu, bila dah jadi baru disimpan dalam peti ais, jangan di rendam terlalu lama, nanti jadi termasin pulak, heheheehe : )

setelah 25 hari di perap inilah hasilnya....jeng je jengg....

merah jadi telur masin ku hehehee, alhamdulillah

guna telur ayam kan, tengah nye tak lah merah sgt mcm telur itik, heheee

bekalan ade 20 biji telur masin utk bulan ramadhan nanti, Alhamdulillah...

Share

 

Comments  

 
+2 #6 Mohamad Hasli 2012-10-22 23:11
saya dah cuba buat telur masin rendaman tapi ia cepat rosak, simpan tak sampai seminggu dah jadi hitam, ada apa-apa maklumat yang boleh membantu saya untuk buat dia boleh bertahan lebih lama
Quote
 
 
0 #5 Atiqah Jasni 2012-08-27 17:22
Assalamualaikum kak ros..
Salam Aidilfitri dari Nagaoka..
Saya dah buat telur masin ikut resepi kak Ros dan Alhamdulillah menjadi.
Quote
 
 
0 #4 sue 2012-07-18 19:28
Wah!..Dah menjadi telur masinnya. Ada kelainan kan telo ayam buat telo masin..:)
Quote
 
 
0 #3 rosy 2012-06-21 11:33
Dah lama Tie mengikuti blog Ros ni, ada juga resipi yang dah dicuba. Terima kasih banyak2 kerana sudi share ilmu yang ada.
You are such a great person.
Quote
 
 
0 #2 ~azatie~ 2012-06-19 17:18
salam Ros.Apa kabar?Lama k.atie xsinggah di sini.Ros skluarga sihat?
Dalam bulan ramadhan mmg telur masin pembuka selera klu bersahur kan...lauk lain mmg xlaku
Lupa lak.k.atie minta izin copy resepi jelly kelapa dr blog Ros ni.halalkn ya.
terima kasih.
Quote
 
 
0 #1 Huda Ahsin 2012-06-19 15:06
Assalamulaikum... salam perkenalan dari Doha.

Masa kecik-kecik dulu Abah kita ada jugak buat telur asin macam ni. Rendam dalam tempayan kecik, tutupkan dengan dulang enamel gambar rose. Klasik...

Insya Allah, kita akan buat jugak untuk puasa nanti. Terima kasih kerana mengundang memori... hehe...
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh