Ayam Masak Merah Wangi
| Masakan - Ayam |
| Share |

Bahan-bahanya
1/2 ekor ayam ( dipotong 5 ke 6 bahagian kecil)
2 sudu besar cili kisar
3 biji bawang merah ( boleh ganti dgn 1/4 biji bawang besar) +1 ulas bawang putih ( dikisar halus)
1 batang serai
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
1/4 biji bawang besar dihiris kasar
1/2 biji tomato
1/2 cawan kacang peas ( ros guna kacang peas dalam tin cap ayam brand)
garam
gula
Cara-caranya
1. Gaul ayam dengan kunyit , garam dan 2 sudu besar tepung gandum atau tepung goreng ayam. Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Kisar bawang putih dan bawang besar, kalau tumbuk halus pun boleh, ros guna blender sebab takde lesung batu. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis tadi, bila dah naik bau baru masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga garing.
3. Selepas itu masukkan serai yang telah dititik ataupun yang telah dipotong dua, kacau sebati, tomato di potong kecil dan masukkan dalam bahan tumisan tadi, biarkan tomato betul-betul hancur, baru masukkan sos cili.
4. Setelah kuah agak pekat, baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit gula, akhir sekali baru masukkan kacang peas dan bawang besar, setelah bawang besar layu, tutup api dan tabur sedikit dengan hirisan daun sup atau daun ketumbar sedia untuk dihidangkan. Ros suke ayam masak merah ni, sebab dia wangi, penambahan serai dan kulit kayu manis tu membangkitkan lagi selera dan aromanya. Selamat Mencuba.

-sedia untuk dihidangkan-

-bersama pajeri nenas-

-sup ayam untuk anak-anak-
Nota: Ros gandingkan ayam masak merah ni dengan pajeri nenas, resepi pajeri tu leh RUJUK SINI ya, pernah post kan dulu, untuk anak-anak pulak ros buatkan sup ayam. Inilah menu lunch kami hari ni merangkap menu dinner jugak. hihihi : )
| Share |


















Comments
First time tried this recipe...sedap. i post it in my blog with a compliment given to you.
salam kak ijan, sebenar-benarnya ros teringat akan lauk kenduri lah ros buat lauk ayam masak merah wangi ni,hihi, teringin punye pasal, hahaha, ade ayam tak kak? esok lusa leh jadi menu akak pulak hiihii
Adusss menggugat jiwa tengok ayam merah Ros ni..teringin nak makan ngan nasi tomato ke, nasi minyak ke... cam kat kenduri kenduri tue.... hehe
ros suke ayam masak merah dimasak cam ni, wangi hihi, nnt nenie ade masa leh try ye, mane tau kena ngan selera.
naper ngantuk abbot, dah minum kopi lom tu? gambar ros amik tu, gambar biasa je tu...mak budak baru blaja hihihi
Sedapnya ayam masak merah ni....Sup pun sedap....
love ade bawak nasi putih tak? ros baru nak masak nasi putih ni, tghari tadi dah habis, ke nak ratah lauk je heheeheee
salam banun, alang pun suke ayam sambal ni, klu suke pedas lah gandan kuantiti cili kisar tu, alang dah cuba bg komen kt blog banun tp tak lepas aa, tak tau naper...ni alang nak add link blog banun tu kt JMC ya, harap sudilah jadi jiran sebelah umah alang ek
RSS feed for comments to this post.