
Assalamualaikum WBT dan selamat pagi semua, tak sampai sebulan lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan kan, so dengan semangatnye ros buat telur masin ni semalam, buat stok bila nak sahur atau berbuka nanti, bolelah lah buat nasi kerabu, seperti biasa, ros guna telur ayam berkulit putih ni je, nak carik telur itik takde kt Jepun ni aa, guna je ape yang available, resepi biasa je, cuma ros gunakan air yang dimasak bila nak rendam telur masin ni, hasilnya ros tak dapat tunjuk lagi, sebab masa perapan tak cukup lagi, nanti dah cukup masa ros rebus telur masin ni dan updated lagi kemudian entry ni ya pada yang nak cuba buat tu, baik buat sekarang, supaya masa rendaman ni cukup-cukup je bila menjelang ramadhan nanti. Selamat Mencuba.
Telur Masin Perantau ( telur ayam) Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya 10 biji telur ayam ( kulitnya putih) klu nak guna kulit yang warna coklat pun boleh 3 senduk garam biasa air secukupnya
bekas balang kaca
Cara-Caranya
1. Telur di basuh bersih dan masa basuh telur disarankan baca lah selawat ke bismillah ke, lepas tu toskan, biarkan kering, nak lap dengan permukaan telur dengan kain bersih pun boleh. Kalau ade kerajinan lagi, lepas basuh telur tu boleh jemur kejap, hingga permukaan nye betul-betul kering.
2. Masukkan garam ke dalam periuk yang berisi air, biarkan garam betul-betul larut, didihkan sebentar, tutup api dan biarkan air garam betul-betul sejuk.
3. susun telur di dalam balang kaca, dan curahkan air garam tadi, pastikan telur tenggelam dalam air garam, jika nampak terlu seperti terapung itu tandanya air garam tu cukup masinya.
4. Tutup rapat balang kaca dan simpan selama 14 hari ke 21 hari, masa dah 14 hari tu, ambil satu dan cuba rebus, kalau dah jadi, boleh keluarkan semua telur dan simpan di dalam peti ais, bila nak makan rebus dan potong dua, selamat mencuba.

tak sabar pulak nak tunggu 14 hari ni : )

siap simpan dah dalam almari bahan kering tu

Nota: Masa perap telur masin ni jangan letak dalam peti ais, letak je dalam almari atau kat ruang dapur tu, bila dah jadi baru disimpan dalam peti ais, jangan di rendam terlalu lama, nanti jadi termasin pulak, heheheehe : )
setelah 25 hari di perap inilah hasilnya....jeng je jengg....

merah jadi telur masin ku hehehee, alhamdulillah

guna telur ayam kan, tengah nye tak lah merah sgt mcm telur itik, heheee

bekalan ade 20 biji telur masin utk bulan ramadhan nanti, Alhamdulillah...
|

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, stok ayam goreng memang kena ade dalam peti ais selalu, masa kt Mesia dulu main beli je cap Ayamas kan, so bila dah sampai sini , semua kena buat sendiri, ros salut je dengan segala tepung yang ade, nasib baik jadi, resepi pun main salut-salut je, kalau nak ikut resepi ros ni pun boleh, hasilnya boleh tahan juga, rangup dan juicy isi dalam nye. Selamat Mencuba.

Homemade Ayam Popcorn Rangup Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya 400gram daging ayam bahagian dada ( tanpa tulang) 1 biji putih telur 1/2 cawan tepung kanji kentang ( katakuriko) buleh ganti dengan tepung beras 1/4 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung goreng ayam ( cap ape2 pun boleh) sedikit lada sulah sedikit garam
Cara-Caranya
1. Potong dada ayam kecil-kecil, basuh dan toskan.
2. gaul ayam dengan garam dan lada sulah serta tepung gandum, ketepikan, pastikan ayam disalut dengan tepung gandum.
3. Campurkan tepung goreng ayam bersama tepung kanji kentang, kemudian celup ayam bersama putih telur, akhir sekali gaulkan ayam bersama adunan tepung kanji kentang dan tepung goreng ayam tadi, buat satu-satu supaya adunan betul-betul menyaluti permukaan ayam popcorn.
4. Susun di atas pinggan dan masukkan dalam ruang sejuk beku, biarkan seketika lebih kurang 1 jam, setelah beku baru masukkan dalam bekas plastik atau boleh digoreng terus. Ini bagi mengelakkan ayam melekat antara satu sama lain setelah dipacking nanti. Selamat Mencuba.
Nota: Masa dah selesai salut ayam popcorn ni, bila nak masuk peti ais sejuk beku tu, pastikan ayam tidak ditindah satu sama lain supaya ia tidak melekat, bila dah betul-betul beku baru boleh di satukan di dalam plastik atau bekas.

dapat dalam dua bekas jugak ni, senang, bila nak makan tinggal goreng je : )

Ayam yang dipotong kecil siap disalut.
Nota: Kalau nak guna isi ayam bahagian peha pun boleh, tapi pastikan tiada tulang ya, supaya senang dimakan, dan masa goreng ayam ni, api jangan terlalu besar ya.

Assalammualaikum dan selamat pagi semua di hari jumaat yang mulia ini, dengan izinNya ros dah semakin sihat dah sekarang, tinggal selsema dan batuk je sikit lagi, demam dah kebah dah, bila dah sihat ni nak makan macam-macam lah, chicken chop bersos lada hitam, simple dan tak cukup bahan sebenarnya takde daun salad dan kentang goreng sebagai pelengkap hidangan, resepi ros dah pernah letak dulu dah, gambar pun main snap je , tak sempat nak edit medit...tayangan ulangan je, tak kisah lah kan, daripada takde ape-ape nak dikongsikan, baik ros letak je..heheehehehee : ) resepi boleh juga rujuk di bawah ni ye...sesekali masak ala western untuk dihidangkan pada keluarga ape salahnye kan, pasti ramai yang menggemarinya, selamat mencuba. : )
Blackpepper Chicken Chop ( Cara Ros) Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya 2 keping dada ayam atau bahagian peha boneless 1 sudu kecil kicap pekat atau kicap manis* 2 sudu kecil serbuk lada hitam* 2 inci halia* 1/2 biji bawang besar ( saiz sederhana)* 2 ulas bawang putih* 1/2 kiub pati ayam maggi* Untuk salutan ( sedikit tepung gandum, 1 biji telur yang telah dikocak dan 1 cawan serbuk roti)
Kisar semua bahan yang bertanda * dengan 1/2 cawan air hingga hancur, kemudian cucuk ayam tadi dengan garpu, gaul ayam dengan bahan kisar dan perap 2 atau 3 jam di dalam bekas bertutup, simpan dalam peti ais, setelah diperap, ambil ayam tadi dan lumur sedikit dengan tepung gandum, next salut telur dan akhir sekali salut pula dengan serbuk roti, goreng hingga garing.
Untuk Sos lada hitam
Ambil lebihan bahan perapan tadi dan masukkan dalam periuk kemudian campur dengan 1/2 cawan air dan masak hingga mendidih, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah, dan masukkan bancuhan tepung katakuriko ( tepung kentang) boleh juga di ganti dengan tepung jagung, untuk pekatkannya..Kalau ade minyak bijan masukkan 1 sudu kecil, sos lada hitam akan lebih sedap dan wangi, sos lada hitam ni juga boleh di curahkan pada kentang putar dan pada ayam yang telah siap digoreng tadi.

kentang putar 4 biji kentang saiz sederhana 1 sudu besar marjerin atau butter 1/3 cawan susu segar lada sulah
Caranya Setelah kentang di rebus dan empuk, toskan dan lecek terus sementara kentang masih panas, kemudian masukkan kembali dalam periuk dan curahkan susu dan marjerin, kacau sebati, akhir sekali masukkan lada sulah dan kacau hingga semuanya mesra dan agak pekat, angkat dan ketepikan.

Coselaw 1/4 biji Kobis saiz kecil 1/2 batang Carrot 1/2 biji Bawang besar 3 sudu besar Mayonis sedikit garam dan gula
Kobis,lobak merah, bawang besar di cincang halus, masukkan mayonis, gula serta garam, kacau sebati dan sejukkan di dalam peti ais.
Cara penyediaan
- Susun ayam di dalam pinggan, sudukan kentang putar, coselaw dan atur salad serta tomato, kemudian curahkan sos lada hitam di atas kentang putar dan ayam, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari semua, selalunye kita gunakan ikan buat asam pedas kan, kali ni mari kita cuba gantikan dengan ayam pula, sedap jugak tau, ros sarankan guna bahagian ayam yang bertulang, sebab isi ayam bahagian yang ade tulang ni lebih manis dan sedap bila dimasak berkuah ni, resepi pun senang je, same je caranya masak asam pedas yang lain, tahap kepedasanye tu pun boleh dilaraskan, resepi asam pedas cara ros ni, boleh rujuk di bawah ni ye, sangat sesuai dijadikan menu makan tengahari bersama keluarga tersayang. : )
Asam Pedas Ayam Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahannya
1/2 ekor ayam ( saiz sederhana) dipotong kecil-kecil 2 sudu besar cili kering ( boleh tambah lagi dua tiga sudu cili kalau nak pedas) 1 batang serai ( dititik atau hanya dibelah dua) 2 inci lengkuas atau halia ( dipotong nipis) beberapa helai daun kesum@ daun limau purut ( carik-carikkan kasar) sedikit belacan ( tak nak letak pun takpe) 3 biji bawang merah atau ( 1/4 bi ji bawang besar saiz kecil) 2 ulas bawang putih 1/2 cawan air asam jawa 2 biji tomato ( 1 biji dipotong kecil, satu biji lagi dibelah 4) sedikit minyak untuk menumis 1 biji cili merah sedikit garam
Cara-caranya
1. Blender halus belacan, bawang besar dan bawang putih hingga hancur, kalau nak tumbuk lumat guna lesung batu lagi bagus.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis serai dan lengkuas hingga naik bau, kemudian baru masukkan cili kisar dan bahan yang telah diblender tadi, tumis hingga betul-betul garing. Selepas itu masukkan 1 biji tomato yang telah dipotong kecil, kacau sebati, kacau selalu dan biarkan tomato hancur.
3. Kemudian masukkan air asam jawa dan 1 cawan air, biarkan mendidih, selepas itu masukkan ayam dan daun kesum, setelah ayam empuk baru masukkan tomato yang telah dipotong 4 dan lada merah yang dibelah, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam. Setelah sayur layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

asam pedas ayam wangi dengan aroma daun kesum dan serai

kalau nak lagi berkuah boleh tambah 1/2 cawan air

Nota: Kalau dah masukkan daun kesum, jangan masukkan sekali daun limau purut, supaya kuah asam pedas ni sentiasa harum dengan aroma satu daun sahaja, iaitu daun kesum, jika tiada daun kesum baru boleh gunakan daun limau purut tu. Selamat Memasak ya.

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, semalam dengan rajen nya ros buat nugget ayam taufu, dah lama terperam breadcrumbs warna oren tu, ni baru lah ade vitamin R nak membuatnya, breadcrumbs ni ros order dari teman FB ros yang duduk di JB, Kak Salina, terima kasih ya kak tolong belikan, dapat juga buat nugget ayam macam kat kedai tu, selalunya ros guna breadcrumbs warna putih tu je, amacam bentuk love tu menggoda tak, ni requested dari anak dara ros , dia sibuk kata suruh buat bentuk hatto..ros ikutkan jelah, walaupun agak leceh membentuknya, tapi bila dah siap kawaii ( comel) jugak, resepi ade kat bawah ni ye.
Homemade Nugget Taufu Resepi II Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya ( kalau nak buat separuh adunan pun boleh) 400gram daging ayam kisar ( ros guna jenama ramli) 250gram taufu lembut 1/2 biji telur sedikit garam 200gram serbuk roti warna putih ( ros guna 6 keping roti biasa, toastkan dan kisar halus) lada sulah 2 sudu kecil baking powder ( ni taknak letak pun takpe)
*Untuk Coating* 2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu 180gram serbukroti warna oren
Cara-Caranya
1. taufu diletakkan dalam bekas brelubang ( tapis) dan biarkar sebentar lebih kurang 1/2 jam bagi mengeluarkan air yang terdapat daripada taufu lembut tu.
2. Kemudian masukkan semua bahan dalam bekas adunan kecuali bahan coating, kacau sebati, dan pastikan semuanya mesra, selepas itu bolehlah dibentukkan mengikut bentuk yang digemari. Jika adunan nugget ni terlalu lembut boleh tambahkan lagi serbuk roti warna putih tu ataupun sapukan sedikit minyak masak pada tapak tangan supaya mudah untuk membentukknya.
3. Akhir sekali coating nugget tadi, pecahkan telur di dalam bekas kecil dan pukul sikit menggunakan garpu, celupkan nugget dan salutkan dengan serbukroti berwarna oren, ulang langkah tadi sehingga semuanya selesai. kalau nak coating yang lebih tebal celupkan sekali lagi dalam adunan telur dan salutkan sekali lagi dengan serbuk roti warna oren tu.
4. Simpan di dalam plastik bersih dan sejuk bekukan, sebelum digoreng, selamat mencuba. Satu sajian nugget ayam yang berkhasiat untuk si manja anda, khasiat kalsium dan vitamin dari taufu lembut tu amat baik untuk kesihatan.

serbukroti warna oren yang ros gunakan

siap packing dah, dapat dalam 1.2kg nugget ayam taufu

nugget taufu yang belum digoreng

siap goreng dah, elok je kembungnye...

bentuk hatto (heart) khas buat kakak damia.
Nota: Bila dah buat nugget ayam sendiri ni, barulah terjamin kebersihannya, anak-anak pun teruja nak makan, air tangan sendiri kan lebih berkat buat anak-anak, lagipun tiada bahan pengawet atau bahan kimi yang merbahaya.
|
|