Joomla TemplatesWeb HostingFree Money

Biskut/Pastri

Biskut Cornflakes Rangup Kismis Hitam

Masakan - Biskut/Pastri

Asssalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, hari tu ros buat biskut cornflakes rangup resepi Kak Yatie, sedaplah biskut ni, rangup sangat, ros tambahkan kismis hitam dan toppingkan dengan chocolate rice, makin berseri-seri biskut ni, terima kasih ros ucapkan buat Kak Yatie sebab kongsikan resepi yang mudah untuk dibuat ni, resepi boleh rujuk kat bawah ni ye...: ) Ros buat 2 adunan dari kuantiti bahan di bawah.

Biskut Cornflakes Rangup

Sumber resepi : Kak Yatie Sinar Kehidanku

Bahan-Bahan

250 gm mentega
3/4 cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji kuning telur
250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
2 cwn tepung naik sendiri
Mangkuk kertas
Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil

Cara-Cara
1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit.
6. Biarkan sejuk di redai biskut.

tak nampak pula kismis hitam tu, nyorok dalam biskut...: )

Nota: Biskut ni tak makan masa lama untuk membuatnya, dan bila bakar tu, nampak je tepinya dah perang boleh angkat ye.

 

Tart Nenas Gulung

Masakan - Biskut/Pastri

Assalammualaikum WBT dan selamat  pagi semua, tart nenas sentiasa menjadi pilihan pada tetamu bila menjelang hari raya rasa tart yang gebu dengan jem nenas masam-masam manis yang pasti menggamit selera sesiapa sahaja. ros kalau buat tart nenas selalu guna resepi ni, hasilnya tak pernah mengecewakan. kalau berkenan boleh cuba ya, sempat lagi nak buat ni, jem nenas tu kalau beli yang dah siap pun boleh, senang keje kan.

Biskut Tart Nenas Gulung
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanye ( kuantiti, dapat satu balang saiz sederhana dalam 300biji tart nenas)

Untuk Jem Nenas
2 biji nenas
3/4 cawan gula pasir
sedikit pewarna kuning

Untuk Doh Tart
1.5kg tepung gandum
1 1/2 biji telur ( telur dikocok dahulu)
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar minyak sapi ( boleh ganti dengan 4 sudu besar susu tepung)
750gram butter ( ros guna buttercups)


cara-caranya
1. Buat Jem nenas dahulu,  blender nenas dengan secawan air, curahkan dalam kuali bersama gula dan sedikit pewarna kuning, kacau selalu dan biarkan betul-betul pekat dan jus nenas nye agak kering. sejukkan terlebih dahulu.

2. Satukan tepung gandum, butter, tepung jagung dan minyak sapi, gaul sebati, anda akan dapatkan tekstur adunan yang lembut, masukkan di dalam peti sejuk, perap lebih kurang 30 minit, tekan di dalam acuan dan masukkan jem nenas, gulung kemas, gliss tart nenas dengan kuning telur.

3. Akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah lebih kurang 18 ke 22 minit atau sehingga permukaan tart nenas perang, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara, selamat mencuba.

harum dengan aroma butter dan masam masam manis jem nenasnya

Nota: Kalau nak parut nenas tu pun boleh, lagi kasar lagi bagus tekstur jem tu, ros blender je nak cepat, dan kalau nak up lagi aroma jem nenas ni, boleh juga letakkan kulit kayu manis.

 

Biskut Kacang Mazola

Masakan - Biskut/Pastri

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, tengah buat ape tu? buat kuih raya ke? Biskut kacang mazola ni sangat sedap dan sentiasa menjadi pilihan tetamu yang datang, ros belajar buat biskut ni dari mak ros, bahanya pun tak banyak, harum kacang dan rangup biskut ni yang membuatkan nye istimewa dan sentiasa evergreen, resepi ade dibawah ni ye, kuantiti dari bahan di bawah lebih kurang satu balang saiz sederhana.

Biskut Kacang Mazola
Sumber resepi: rosmarlina@ jintanmanis.com

500 gram kacang tanah
500 gram tepung gandum
370ml minyak jagung ( ros guna jenama Mazola)
280 gram gula castor
2 sudu kecil baking powder

untuk gliss, satu biji kuning telur dicampur dengan sedikit serbuk pewarna kuning.

cara-caranya

1. Kacang tanah disangan ( goreng tanpa minyak) , buang kulit dan blender hingga hancur.

2. satukan gula castor, kacang tanah, baking powder dan tepung gandum, kemudian masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit, gaul sebati. pastikan adunan boleh dikepal.

3. Bentukkan bulat-bulat kecil dan tekan permukaan biskut ini dengan jari, ulang langkah tadi sehingga semua adunan habis, akhir sekali gliss dengan kuning telur dan lekatkan dengan kacang tanah sebagai hiasan, Bakar pada suhu 170 ke 180 darjah selama 20 minit atau sehingga permukaan biskut perang.

4. sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas yang kedap udara, selamat mencuba.

biskut kacang mazola yang gebu dan rangup

Nota: Biskut kacang mazola yang mudah untuk dibuat, harum baunya dan sedap dimakan, amat sesuai dijadikan hidangan di hari raya.

 

Cornflakes Madu Bersama Kacang

Masakan - Biskut/Pastri

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, asyik gambar kuih raya je ni, takpelah kan, raya pun makin dekat, bahan-bahan kuih raya pun ade, ni lah biskut yang bahannye tak banyak, tak guna masa yang lama nak buat, resepi dari kak hasue, terima kasih ya kak, izin ros copy dan kongsikan di sini ya : )

Cornflakes Madu Berkacang
Resepi: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Bahan-bahan *sila guna cawan yang sama saiz bagi setiap bahan

1 cawan kacang tanah-goreng dengan minyak dan toskan.(goreng jap jer,dalam 2 minit)  ros guna kacang yang dah siap goreng ( anggaran 350gram)
4 cawan Cornflakes ( ros letak 5 cawan)
1/2 cawan madu  ( ros letak 4 sudu besar je)
1/2 cawan mentega
Papercups secukupnya

Cara-cara:
1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair. sejukkan sebentar.
2. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam kuali yang berisi mentega dan madu cair tadi. Kacau sebati sehingga cornflakes diseliputi madu dan mentega sepenuhnya.
3. Masukkan kacang tanah dan gaul sebati lagi.
4. Isikan ke dalam papercups dan bakar selama 3-5 minit pada suhu 130c. Sejukkan sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.ma dan hasilnya cukup sedap, resepi boleh rujuk di bawah ni ye.

Nota: Kalau nak letak dried fruits atau bijan goreng pun boleh, ikutlah selera masing-masing ye, satu kotak cornflakes yang besar tu dapat menghasilkan 2 balang, cukuplah untuk hari raya nanti.

 

German Cookies

Masakan - Biskut/Pastri

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, semalam ros buat biskut german ni, ramai yang dah buat, resepi asal dari Kak Rima, ros copy resepinye pula dari blog Kak Yati Sinar Kehidupan, terima kasih juga buat Mat Gebu dan Kak ika, , rugi pada sesipa yang tak cuba, antara kuih yang paling senang nak dibuat, resepi ade dibawah ni ye. Ros buat 3 adun dari kuantiti bahan di bawah.

German Cookies
Sumber resepi: Kak Rima, Mat Gebu dan Kak Yatie

BAHAN-BAHANNYA :-)

125 gram mentega
125 gram tepung kentang/potato starch
80 gram tepung halus ( superfine)
40 gram gula aising, diayak
Secubit garam (resipi asal tak letak) - ni ros tak letak

untuk topping gula, sedikit gula castor dan beberapa titik pewarna pink, digaul sebati. Untuk topping ni ros ikut Kak Ika lah, terima kasih ya kak kasi idea letak gula pink tu, makin berseri kuih ni kan.

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.

2. Ambil sedikit adunan (mat guna 1/2 camca besar, sama macam Rima), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.

3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

- cara ros toppingkan gula tu, lepas gentel cookies ni bulat-bulat, ros celupkan atasnye dengan gula yang pink tu, ambil garpu dan tekan serperti gambar di bawah, lepas tu bakar hingga masak.

letak gula caster warna pink, biar berseri-seri

Nota: Biskut German ni ringan dan cair di dalam mulut bila makan, kanak-kanak pun sangat menggemarinya.

 
More Articles...
Search
Akses sejak 1/1/2010
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini383
mod_vvisit_counterSemalam4769
mod_vvisit_counterMinggu ini5152
mod_vvisit_counterMinggu lepas42732
mod_vvisit_counterBulan ini27704
mod_vvisit_counterBulan lepas161307
mod_vvisit_counterJumlah2652344
Tetamu JM dari..
Jamu mata seketika..