Masakan - Biskut/Pastri

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari buat semua, dah muak ya tengok gambar jambu madu tu, heheehehe, dah banyak hari tak ade menu terbaru,puan rumah ni asyik sibuk je, tak menyempat-nyempat nak menaip,  semalam ros dengan rajin nye mencuba buat cheese tart ni, acuan lama dah terperap kat dapur tu, dok memangil-manggil je suruh buat, alhamdulillah vitamin R datang, terus ke dapur buat pastri manis tu dulu, bila dah buat satu-satu, kira leceh jugaklah buat bluebery cheese tart ni, tapi hasilnya cukup memuaskan, sedap dan cantik dipandang, lorekkan nye tu ros ikut cara kak hasue, terima kasih ya kak, atas tunjuk ajar tu, resepi ni ros dapat dari kawan FB ros Kak Salina ,resepi asal dari Alex Goh ...mesti ade siaran ulangan nye....ros guna acuan mini berukuran 5cm tu....dapatlah dalam 102 pcs satu adunan, baru puas makan kan.

tutorial lorekan dari Kak Hasue boleh rujuk link ni ya

Blueberry Cheestat
Sumber : Alex Goh

Sweet Pastry
Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu

Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan
(B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.

* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.

Filling
Bahan A
250 g cream cheese
50 g gula 25 g mentega

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
25 g whipping kream ( ros gantikan dengan susu pekat manis)

Bahan D
20 g tepung gandum
Blueberry filling

Cara-cara
1. Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.

2. Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.

3. Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.

4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit. ( ros buat tak sampai pun 10 minit, kiranya dalam 6 ke 8 minit je.

Nota :-
* Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.

sebelum dibakar, siap letak filing dan dilorekkan

lorekkan nye tu kena praktis lagi ni, tak kemas sangat

Nota: Ros paipkan dahulu inti blueberry ke dasar pastry lepas tu baru ros paipkan pula adunan cheese, dan letakkan lagi sekali sedikit blueberry filing utuk dilorekkan di permukaan adunan cheese.

Share

 

Comments  

 
0 #16 mimie 2013-03-12 11:25
dah try resepi mmg sedap!
Quote
 
 
-1 #15 rosma 2013-02-27 23:51
salam...sy nk tanya bakar kali ke2 lps ltk cheese guna api atas@ bwh yer?
mcm ner nk bg cheese 2 xjatuh bila dh sejuk...
Quote
 
 
+1 #14 nisha 2012-10-31 22:39
Mmg cun.. saya dah cuba n hasil sangat memuaskan...nyum2...sedap...tapi nak tanye..cheese tart yang siap, boleh tahan untuk dimakan selama berapa hari/minggu?
Quote
 
 
0 #13 enna jb 2012-10-28 22:42
Kak.. sya berminat nk masuk kelas memasak akak.. bila dan d mana bole sya tau..
Quote
 
 
0 #12 ain putri 2012-08-02 10:46
Assalamualaikum ...sya just nk tnya bagaimana untuk mengekalkan kerangupan bluberrycheese tart slpas msak
Quote
 
 
-1 #11 Azura 2012-06-10 12:24
Salam, sy ni budak baru belajar. Oven mcm mana yg sesuai guna utk buat tart ni? Tq
Quote
 
 
0 #10 zetty 2012-02-06 23:18
x sabo nk cube,,,ble tgk cara kak ros buat ni mcm snng j,,,ni smgt berkobar2 ni,,he,he,
Quote
 
 
+2 #9 ani 2012-01-30 13:19
blueberry cheese tart
Quote
 
 
0 #8 2011-08-01 11:53
kak, cantiknya blueberry cheese tart akak...masa nak bakar kali kedua tu(after masuk filling) pakai api atas aje ke atau dua2?
Quote
 
 
0 #7 2011-06-22 22:06
Memang cantik tart ni..tp cam na nak bagi dia x jatuh bila dah sejuk?
Quote
 
 
+1 #6 2011-05-17 20:51
salam Ros... resepi alex goh ni mmg sedap kan, kulit tartnyer gebu dan cheese filling lemak berkrim... kesimpulannya mmg sedap lah... tp kan.. bila tart ni sejuk, dia akan leper, tak kembong.. tu yg tak brapa cantik sikit tu... tp rasa ttg dabomb
Quote
 
 
-1 #5 2011-05-17 18:58
Cantiknya gambar cheese tart tu...rasa nak ngap jer
Quote
 
 
-1 #4 2011-05-17 13:17
Salam ros,
waduh.. comel tat cheese ros ni. lorekannya pun teratur je.
Quote
 
 
0 #3 2011-05-17 13:05
As'salam Ros

apa khabar..semoga Ros sihat2 ya. nampak berseni cheese tart blueberry ni Ros. rajinnya dok melorek tu, memang sedap cuma nak buat tu yang k.ct tak rajin.. hehehe
Quote
 
 
-2 #2 2011-05-17 12:49
dah cun dah lorekan tu ros..nanti dah buat selalu mesti berbunga2 ros lak..hehehe..

nampak sedap laa pulak,mcm nak buat je rasa bila tengok org buat..masalah betul..
byk tu 102 bijik kalo buat sorg2 tu..rajin betul laa ros nih.hehe..si kecik tak 'menolong' ke?
Quote
 
 
-3 #1 2011-05-17 12:46
wahhh...cantiknya cheese tart tu....
tergoda nengoknya.....
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh