Tart Nenas Gulung
| Masakan - Biskut/Pastri |
| Share |

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, tart nenas sentiasa menjadi pilihan pada tetamu bila menjelang hari raya rasa tart yang gebu dengan jem nenas masam-masam manis yang pasti menggamit selera sesiapa sahaja. ros kalau buat tart nenas selalu guna resepi ni, hasilnya tak pernah mengecewakan. kalau berkenan boleh cuba ya, sempat lagi nak buat ni, jem nenas tu kalau beli yang dah siap pun boleh, senang keje kan.
Biskut Tart Nenas Gulung
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanye ( kuantiti, dapat satu balang saiz sederhana dalam 300biji tart nenas)
Untuk Jem Nenas
2 biji nenas
3/4 cawan gula pasir
sedikit pewarna kuning
Untuk Doh Tart
1.5kg tepung gandum
1 1/2 biji telur ( telur dikocok dahulu)
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar minyak sapi ( boleh ganti dengan 4 sudu besar susu tepung)
750gram butter ( ros guna buttercups)
cara-caranya
1. Buat Jem nenas dahulu, blender nenas dengan secawan air, curahkan dalam kuali bersama gula dan sedikit pewarna kuning, kacau selalu dan biarkan betul-betul pekat dan jus nenas nye agak kering. sejukkan terlebih dahulu.
2. Satukan tepung gandum, butter, tepung jagung dan minyak sapi, gaul sebati, anda akan dapatkan tekstur adunan yang lembut, masukkan di dalam peti sejuk, perap lebih kurang 30 minit, tekan di dalam acuan dan masukkan jem nenas, gulung kemas, gliss tart nenas dengan kuning telur.
3. Akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah lebih kurang 18 ke 22 minit atau sehingga permukaan tart nenas perang, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara, selamat mencuba.

harum dengan aroma butter dan masam masam manis jem nenasnya

Nota: Kalau nak parut nenas tu pun boleh, lagi kasar lagi bagus tekstur jem tu, ros blender je nak cepat, dan kalau nak up lagi aroma jem nenas ni, boleh juga letakkan kulit kayu manis.
| Share |

















Comments
cantik tart nenas ros tu..
comei2 jerk..
RSS feed for comments to this post.