Joomla TemplatesWeb HostingFree Money

Bukan Sekadar Masakan

Kembali Bersiaran dan Jagung Rebus

Masakan - Snek/Makanan Ringan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Assalammualaikum WBT buat semua kawan-kawan, Alhamdulillah dengan izinNya, kini ros telah selamat pulang ke rumah setelah 22 hari menjalani kehidupan di Hospital, bermula dari 26hb Jun hinggga 16 Julai 2010, 14 hari di wad ICU Aizenbashi Hospital, dan berpindah ke wad biasa di  Hospital Osaka Center 8 hari.

Syukur kerana ros sudah sihat sepenuhnya, namun doktor menasihatkan ros, supaya rehat sahaja di rumah tanpa melakukan kerja-kerja berat, terima kasih yang tak terhingga pada kawan-kawan dan sahabat terdekat yang sentiasa memberi semangat, melalui panggilan telefon dan mesej, tidak lupa juga pada yang meninggalkan komen di entry jintanmanis.com, shoutmix dan juga FB, semua ros baca satu-satu, terharu dan menitik juga air mata ini, tak sangka ramai yang mengambil berat dan kata-kata sokongan dari semua itulah membuatkan ros kuat dan bersemangat mengharungi dugaan ini. InsyaAllah pengalaman sepanjang di hospital akan di coretkan dalam entry berikutnya, dan ros juga akan melawat blog kawan-kawan dalam masa terdekat, rindunya pada semua.

sekarang ni kandungan ros berusia 36 minggu 1 hari, doktor kata mungkin 2 atau 3 minggu lagi, akan sampai masa melahirkan, sepanjang tempoh terdekat ni lah ros kena berhati-hati, supaya tidak berlaku lagi bleeding, semoga dijauhkan...amin...

Berbalik pada jagung rebus, sebenarnya entry jagung rebus ini, sudah ros siapkan sebelum kejadian bleeding tempoh hari, cuma tidak sempat di publish, terima kasih buat Kak Hana ( anak tauke jagung) , atas tips-tips dan resepi yang di kongsikan bersama, seronok tengok cik abe ku makan jagung rebus, berselera je...dalam rumah ni yang makan jagung, cuma hubby ros, ros dan anak-anak, agak kurang....sebabnya....ade peristiwa di sebalik jagung ni, ( masa ros kecik2 dulu) sejak tulah, tak makan jagung rebus...hahahaha....tp klu puding jagung ke popcorn ke buleh pulak makan...pelik kan..: )

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

bahan-bahan ( resepi dan tips asal dari Kak Hana, izinkan ros copy n kongsikan kt sini ya kak )

Jagung - yg masih ade kulit
Garam
Air

Cara-cara

1. Kerat jagung hujung dan pangkal. Buang kulit yg tua dan tinggalkan sedikit kulit yg muda. Jangan tanggalkan semua@botakkan jagung yer! supaya jagung nampak segar dan tak mudah mengecut ketika direbus.
2. Masukkan kedalam periuk dan buh air paras jagung. Masukkan garam.Tak perlu buh gula, sbb kiter inginkan rasa manis jagung yg asli.
3. Rebus juga tak perlu lama. Bila air rebusan sudah kuning matikan api. Jika rebus jagung lama akan mengakibatkan jagung mengecut dan tak rangup!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

jagung baru keluar dari periuk ni...panas lagi....: )

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

tu jari hubby ros tu, suke je dia tengok bila ade jagung terhidang atas meja

Nota: Kalau naklagi sedap sapukan sedikit butter di atas jagung rebus yang masih panas, lagi lemak rasanya nanti.

 
Search
Akses sejak 1/1/2010
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini510
mod_vvisit_counterSemalam6760
mod_vvisit_counterMinggu ini33080
mod_vvisit_counterMinggu lepas36328
mod_vvisit_counterBulan ini135904
mod_vvisit_counterBulan lepas130361
mod_vvisit_counterJumlah2599237
Tetamu JM dari..
Jamu mata seketika..