Informasi dan rujukan - Informasi dan rujukan

Share

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, beratnya hati dan tangan ros menaip entry yang terakhir ini, sambil menaip air mata pun mengalir, betapa ros sayangkan blog jintanmanis.com, dari sinilah ros kenal apa itu dunia blogger, dan menjalinkan siratulrahim dengan kawan-kawan serta pelawat di luar sana. Ros terpaksa berundur seketika di sebabkan ade misi dan tanggungjawab yang perlu ros dulukan dulu, ros takkan lupa akan minat ros yang amat mendalam dalam dunia masakan, ros akan teruskan jua, bila ade kesempatan kelak.

sempena ketidakaktifan ros lagi dalam dunia blog, ros ingin memberi satu tanda hati, iaitu ebook ke-6 secara percuma, ebook ini mengandungi resepi asas bun manis berserta dengan 34 cara bergambar, supaya senang menjadi rujukan pada pelawat yang pertama kali ingin membuat roti tanpa breadmaker, cara ros masukkan doh dalam plastik itu adalah cara yang ros cipta masa ros duduk jepun dulu, ros gunakan cara ini juga, untuk doh kulit karipap dan doh roti canai, satu langkah yang mudah dan cepat untuk mendapatkan doh yang elastik, bila cara ini menjadi, ros kongsikan dengan semua, tiada alasan dah bagi yang tiada Bread Maker, anda pasti teruja dengan hasilnya.

Dari ebook pertama hinggalah ebook ke-6 ini, ros hasilkan bersama suami tercinta, dan kami hasilkanye dengan relahati istimewa buat semua, tanpa sebarang niat tersembunyi, sedikit ilmu yang ingin disebarkan dan dimanafaatkan pada yang memerlukan.

Keputusan pengunduran diri ini dipengaruhi oleh keadaan salah seorang anak ros  yang  memerlukan perhatian yang lebih dan perlu menjalani terapi itensif, ros memohon agar semua mendoakan urusan ros ini berjalan dengan lancar dan terapi berjaya, bukan niat ros ingin menyembunyikan keadaan anak ros, tetapi takut ade segelintir masyarakat yang salah anggap dengan ape yang di lalui oleh anak ros itu, ros dah rasa di perli dan kurang disenangi, luruh hati ros ini bila mereka berkata demikian, hati ibu mane yang tak sedeh bila ada orang senang-senang je mengata dan menilai anak ros tanpa asal usul periksa atau nasihat dari doktor. Biarlah ros, suami dan keluarga terdekat yang memahami dan mengetahui hal ini. Kami akan lakukan yang terbaik dan selagi termampu, dalam situasi ini, semua ahli keluarga ros kena berkorban, ros lakukan sendiri tanpa suami, kerana suami masih lagi berkerja di luar negara, bagi menampung perbelanjaan terapi, ros terpaksa juga berpisah dengan anak sulung ros iaitu damia, Damia tidak boleh ros bawa bersama kerana damia masih di tadika, ros akan mengharungi rutin di tempat baru hanya bertemankan dua orang anak lelaki ros iaitu anas dan wazhif.

Mungkin dalam masa sebulan, dua bulan, 3 bulan atau mungkin 4 bulan ini, ros tidak akan mengemaskini blog, namun jika ada kelapangan ros akan buat entry tapi tak sekerap sekarang, bergantung pada permintaan semasa. Terdapat 197 pages dan lebih dari 750 resepi yang telah ros publish, pelawat boleh acces bila-bila masa sementara masa 3 bulan ini.

Di kesempatan ini juga ros ingin memohon ampun dah maaf selama 5 tahun ros bersiaran di dunia Internet, ros tahu ade segelintir yang kurang senang dengan kehadiran ros, ros hanya insan biasa yang tidak lekang melakukan kesilapan, sesungguhnya ros rindukan zaman-zaman dulu yang semua blogger masakan bersatu, bergurau senda dan mesra bertegur sapa. Kini agak berlainan.

Salam Kemaafan dan dengan rasminya ini adalah Entry TERAKHIR ROS pada bulan JANUARI, namun di bulan Febuari, March, April atau pun May 2012, belum tahu lagi, adakah masih ade entry terbaru atau tidak, harap semuanya setia menunggu...

Untuk cara-cara muat turun Klik Link Di Bawah

Ebook ke-6 Resepi Doh Asas Bun Manis, berserta 34 Cara Bergambar.

1. Muatturun dan simpankan di mana-mana folder (cth: atas desktop atau my document)
2. Klik kanan file yang dimuatturun dan pilih extract all..
3. Ikut arahan Wizard dan buka folder yang telah diunzipkan tadi.
4. Buka file Doh-Asas-Bun-Manis.pdf

Contoh langkah bergambar yang terdapat dlm ebook ke-6 ku itu. terima kasih juga ros ucapkan pada adik lelaki ros iaitu azli hizzam yang mengambil sebahagian gambar langkah-langkah bergambar ini, kakak nye sibuk bagi instruction, yelah kalau boleh nak buat sendiri tapi tak boleh, nanti camera penuh tepung...heheehehe : )

Nota: Adunan doh asas bun manis ini juga boleh dibentukan dalam pelbagai bentuk yang anda ingini, topping kan sahaja dengan cheese, ataupun masukkan dryfruits, terpulang pada selera masing-masing.

Share

 

Comments  

 
0 #88 Aisha Umaira 2012-02-22 13:59
salam
Smoga Ros tabah mengharungi dugaan ini.
Bykkan mgingati Allah dan rajin berselawat spt selawat Tafrijiah atau dikenali sbg selawat An-Nariah. Insyaallah.

Terjemahan.
Ya Allah Tuhan Kami limpahkanlah rahmat yg sempurna dan limpahkanlah kesejahteraan yg sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yg dgnnya akan terhurailah segala simpul ikatan dan dgnnya akan terhapus segala kesusahan dan dgnya akan tertunai segala hajat dan dgnnya akan tercapai segala maksud dan kesudahan umur yg baik (mati dlm iman) serta terkabullah permohonan meminta hujan dgn zatnya yg mulia dan ke atas keluarga dan sahabat2nya, pd setiap kelipan mata dan tarikan nafas dgn bilangan segala apa jua yg engkau ketahui.

Amalkan baca sbyk 4444 kali. klau bleh dlm masa seminggu(ni paling baik laa)
atau baca slps solat hajat 44 kali atau 100 kali beberapa mlm, insyaallah masalah akan dpt di atasi.
Quote
 
 
0 #87 fiza nordinFiza Nordin 2012-02-22 10:36
As salam ros... Semoga usaha dan pengorbanan utk anak2 dibalas kebaikkan olehNya...banyak2 bersabar dgn dugaan yg diberikan olehNya...
Terima kasih dgn perkongsian e-book ini.hanya Dia yg bisa mbalas kebaikkan perkongsian ilmu ini...
Quote
 
 
0 #86 Gee® 2012-02-21 15:25
Salam Ros, k.gee doakn semoga tabah dgn segala ketentuan Ilahi... InsyaAllah ada hikmahnya segala yg berlaku...
Quote
 
 
0 #85 syed azman 2012-02-21 14:23
salam. kak ros, selama ni saya selalu jadi silent reader blog akak je. saya mmg menjadikan blog akak sumber rujukan utama saya untuk masak, btw akak, saya doakan akak dapat Tabah dan saya doakan semuanya selamat dan dipermudahkan ikut kehendakNya.
Quote
 
 
0 #84 nurul 2012-02-21 11:06
salam k.ros,,kte mmg xkenal,,tp sy slalu jgk ikt prkmbgn akk n JMC,,pe pn sy doakn smoga ank akk cepat sembuh n akk sentiasa tabah dan sabar wlu dlm apa juga keadaan..semoga segalanya dipermudahkn buat akk dan keluarga,,apa yg org ckp 2 akk xpyh hiraukn,,sbb org hanya tahu ckp,,tp die xtau pe yg kte tggung,,lg pn mlut org mmg xboleh d'ttup,,tp bila die penat nti die brenti la..semoga akk tabah & cekal harungi ujian ALLAH ini,,
Quote
 
 
0 #83 tinie 2012-02-15 13:58
salam ros... selama nie sy cuma jd silent reader aje... ada juga resipi ros yg sy cuba.. .terutama donut.... semoga ros tabah menghadapi ujian dari Allah dan dipermudahkan setiap apa yg Ros buat... terima kasih juga untuk ilmu yg ros curahkan....
Quote
 
 
0 #82 lily 2012-02-13 10:51
assalamualaikum kak ros..saya xpenah nk komen sblm ni cume jd silent reader dan kekaadang try jugak resepi2 di sini..alhamdulillah jadi rujukan saya :)tq kak..apepun saya doakan Allah sentiasa bersama dengan akak dan sekeluarga..mudahan Allah mudahkan urusan akan dan ringankan bebanan akak..InsyaAllah :)
Quote
 
 
0 #81 sue 2012-02-11 19:02
Assalamualaikum

Kita tak pernah kenal...tapi saya suka jengah ke blog Kak Ros...bila2 buntu nak masak apa atau nak cari resepi...saya suka ke sini :)

Saya doakan urusan akak..anak akak dan keluarga berjalan dengan lancar...semoga akak dan keluarga tabah dan kuat yer...ingat Allah banyak2...InsyaAllah kalau kita selalu minta dan oa dari Dia...Dia akan lancarkan urusan kita...

Gambattene :)
Quote
 
 
0 #80 nasha 2012-02-11 08:53
salam... semoga ros redha dengan semuanya... Allah memilih kita untuk diuji.. itu tandanya Allah sayangkan kita dan tidak membiarkan kita dgn. dunia ini...
Quote
 
 
0 #79 nurindah 2012-02-10 13:37
Ros,
akak tak tau anak Ros sakit apa. kalau dekat, teringin juga nak lawat, sekadar mndoakan.
Akak tau Ros kuat, jika tidak, Ros takkan buat entry utk berikan free e-book lagi. Cuma kekuatan yg paling afdhal, ialah teman di sisi, bukan? akak rasa sebak.
Ros, akak kalu rasa tak tenang, akak baca ayat-ayat dalam al Mathurat. Sebab dalamnya ada ayat Ruqyah, penyembuh hati dan fizikal. Cubalah Ros... akak doa dari jauh.
Quote
 
 
0 #78 nurindah 2012-02-10 13:26
Salam Ros,
Akak ketinggalan ya?:) Nasib baik hati trgerak harini. Akak dah lama nak jenguk blog teman2 masak.. malu.. sebab akak takde bawa juadah, hehe. Tapi Ros, akak sellau DOAKAN kejayaan Ros.
Bab hati orang, kita memang tak boleh teka, tapi kuatkan hati Ros.. akak doakan segalanya selamat.
Quote
 
 
0 #77 tonsulaiman 2012-02-07 17:34
Salam..semoga Allah memudahkan urusan ros sekeluarga..ton doakan semuanya selamat.
Quote
 
 
0 #76 li 2012-02-07 06:51
Terima kasih kepada Ros yang besar hati mengkongsi resipi dengan percuma.Saya pernah download 3 PDF Ros; resipi tersebut nampak sedap,gambar & arahan terang, memang professional.

Harap Ros sabar menghadapi segala cabaran. Ada cadangan kalau ada masa lapang , boleh buat penyelidikan guna Google. Mungkin ada herba, vitamin,sayur yang boleh membantu anak Ros.
Kurangkan makanan diproses, gmo,aspartame,m sg mungkin boleh menolong.
Saya berdoa semoga anak Ros cepat sembuh.
http://i143.photobucket.com/albums/r146/12_8/sm/1Lai/laie_getwellgirl.gif
Quote
 
 
0 #75 watie 2012-02-06 18:52
semoga ros dpt lalui semua dgn tenang dan lancar..
Quote
 
 
0 #74 Cheq Sue 2012-02-06 14:29
semoga allah permudahkan segala urusan yang ros ingin lakukan. moga2 juga ros dan keluarga tabah menghadapi dan melalui apa yang berlaku..
Quote
 
 
+1 #73 rahmah 2012-02-06 12:29
salam ros, tabahkan hati dan kuatkan semangat, saya doakan muga segala-segala urusan dipermudahkan Allah, Allah sayangkan mu ros, dan begitu juga dengan umat-umatnya, tk segala tunjukajar dlm bidang masak, sekali lagi tk dan saya doakan mudah-mudahan ros sihat bersama family, take care.
Quote
 
 
0 #72 Nur 2012-02-05 23:53
Assalamualaikum .
Kak Ros, moga Kak Ros sabar dengan ujian yang menimpa akak. Kami sentiasa mendoakan semoga semua urusan Kak Ros dipermudahkan dan anak akak akan pulih sepenuhnya. Banyakkan berdoa pada Allah.

Terima kasih di atas perkongsian di dalam blog ni.
Quote
 
 
0 #71 ummiaisyah 2012-02-05 21:13
salam ros...smg ros tabah,dimurah rezki..dipermudahkn semua urusan...teruskn berblog ye...
Quote
 
 
0 #70 ayu 2012-02-04 23:17
Salam Ros,

Semooga tabah menghadapi dugaan & terima kasih di atas segala tunjuk ajar..saya sangat meminati resepi & gambar2 menarik yg Ros kongsikan..terima kasih banyak2 & semoga Allah memberkati usaha Ros & suami dlm segala yg diusahakan..Amin....
Quote
 
 
0 #69 KAKJAY 2012-02-02 23:02
Salam. Ros, kakjay mendoakan awak dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini ya, Allah adalah tempat kita mengadu sewaktu gembira dan sewaktu kesedihan. InsyaAllah Dia yang lebih mengetahui. Amin
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh