Joomla TemplatesWeb HostingFree Money

Daging

Menu Ala Kenduri - Daging Masak Rempah

Masakan - Daging

Pagi ni ros ade checkup kt Hospital, moga dipermudahkan semua urusan dan baby dalam keadaan baik, takut jugak rasanya, berbalik pada masakan dan  lauk pauk,  menu lunch kami semalam merangkap menu dinner jugak, masakan ala kenduri kawin, tapi biasa je sebenarnya lauk pauk ni semua, cuma di serikan lagi dengan air sirap ros pandan, kat kenduri kawin kan selalunya minum air sirap, ros masak daging rempah dan acar timun ( perapan guna jus lemon) resepi daging masak rempah  pun menu siaran ulangan je, konon nak goreng papedem, malas pulak....kat bawah ni ade resepi daging masak rempah tu ya, kalau berkenan atau ade masa nanti boleh cuba ya. : )

Bahan-bahanya

350 gram daging
sedikit daun kari
1/4 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 inci halia
1 sudu kecil jintan manis
2 sudu besar serbuk rempah kari
2 sudu besar serbuk rempah korma
1 cawan santan  pekat
1 batang serai
1 cawan air
7 tangkai cili kering
4 sudu besar tamato ketchup ( boleh diganti dengan tomato puri)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat

Caranya

1. Potong daging sederhana, jangan nipis sangat, agak-agak je, blender bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dan jintan manis. Panaskan api dan tumis daun kari dan bahan yang telah dikisar tadi.

2. Setelah naik bau, rempah kari dan korma jadikan pes dan curah dalam kuali, kacau sebati, kemudian masukkan serai yang telah dititik, tomato ketchup dan daging.

3.Kemudian masukkan santan dan air serta kicap. Biarkan daging lembut dan kuah pecah minyak dan menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula sikit. Siap untuk dihidangkan. Senang, sedap dan menyelerakan. Selamat Mencuba.

daging rempah ni nak makan dgn nasi beriani pun sesuai

memang kenalah dengan acar timun tu

air sirap dengan aroma daun pandan

Nota: Daging tu kalau guna yang bertulang lagi sedap, nak tukar pada ayam ke, daging kambing ke, kambing biri-biri ke pun boleh, ikutlah stok bahan yang ade dalam freezer tu. : )

 

Dendeng Berlada

Masakan - Daging

Menu tergendala lagi ni, sebulan dah rasanya, tak sempat dipublish..., ros first time buat daging dendeng ni, amik resepi dalam buku resepi masakan indonesia Chef Sarji Ramli, rupanya senang jugak nak buat, sesuai lah kalau puasa nanti, buat menu sahur, buat byk-byk, simpan dalam peti ais, bila nak makan panaskan je, sebab daging dendeng ni kering, dan tak mudah basi. Kat bawah ni ros sertakan resepi nye ya....( ros buat separuh kuantiti dari resepi di bawah)

buku resepi masakan indonesia chef Sarji Ramli

bahan-bahanya
500gram daging batang pinang
100gram cili merah ( ros guna dlm 3 biji cili merah)
50gram cili padi ( letak dlm 4 biji cili padi)
10 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
5cm halia
5cm kunyit hidup ( ros guna kunyit serbuk)
1 sudu kecil garam
1 sudu teh gula

1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar jus limau nipis ( ros lupa letak)

Cara-caranya
1. Rebus daging hingga empuk, sejukkan daging dan hiris nipis-nipis, gaul dengan sedikit kunyit dan garam, selepas itu goreng daging hingga garing. Ketepikan.

2. Tumbuk halus atau kisar halus bawang putih, bawang mera,halia, cili merah dan cili padi. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tadi hingga naik bau dan agak garing. Kemudian masukkan kicap manis.

3. Akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng tadi dan kacau rata, sesuaikan rasa masukkan sedikit garam dan gula, hias daging dendeng dengan menabur hirisan daun ketumbar, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

lembut je daging ni

bila gaul dengan nasi  memang sedaplah : )

Nota: Kalau nak lagi sedap dan berseri boleh masukkan hirisan daun limau purut, hirisan bawang bersar dan lada benggla hijau dan merah.

 

Daging Masak Kunyit Bersama Cili Hijau

Masakan - Daging

Menu hari sabtu lepas ni, ros buat daging masak kunyit dengan cili hijau jepun@piman, sedap juga makan dengan nasi panas, cuma lauk ni tak berkuah lah, bertambah lagi satu koleksi resepi daging, resepi ade kat bawah tu ye, nak adjust atau tambah ape yang patut pun boleh, bergantung lah pada bahan yang sedia ade dalam peti ais masing-masing. : )

Bahan-bahanya

350 gram daging boneless
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar  ( bahagi dua bahagian) satu bahagian dicincang halus, baki dihiris kasar.
1 sudu besar sos tiram
sedikit garam
1 biji piman@cili hijau jepun ( boleh diganti dengan lada benggala hijau)

Cara-caranya

1. Potong daging nipis-nipis, jangan terlalu kecil, daging akan kecut apabila di rebus.

2.Kemudian rebus daging bersama beberapa hirisan halia, lebih kurang setengah jam atau sehingga daging empuk.

3. Kemudian cincang halus bawang besar, bawang putih dan tumis sehingga naik bau, selepas itu masukkan sos tiram, serbuk kunyit dan daging yang siap direbus tadi. kacau sebati, jika terlalu kering, boleh masukkan sedikit air.

4. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan lada hijau, sesuaikan rasa masukkan sedikit garam,  kacau sebentar dan apabila bawang dan cili hijau agak layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas. Selamat mencuba.

ros suke letak hirisan bawang besar banyak-banyak, sebab manis bawang besar jepun ni

Nota: Daging yang siap direbus tadi tu, kalau nak goreng sebentar pun boleh, ikutlah kerajinanan dan selera masing-masing ya, dan kalau guna daging batang pinang yang fresh, daging tak perlu direbus, ros rebus daging boneless ni sebab daging yang ros gunakan daging import dan frozen, tu yang kena lembutkan dan rebus dulu tu,kalau tidak liat bila dimasak terus.

 

Qorma Daging Hot Maza

Masakan - Daging

Menu lauk segera je kami dinner malam tadi, dalam almari tu memang ade je stok lauk segera qorma hot Maza ni, kalau gi kedai halal mesti beli setin dua, sebabnya ni lah lauk penyelamat di kala ketandusan idea nak masak ataupun nak cepat, dan lebih tepat lagi kalau kemalasan melanda, ros gandingkan lauk segera ni semalam dengan acar timun, rasanya perantau di jepun ni mesti kenal dengan qorma hot maza ni, sebabnya pasti ade jual kat kedai halal di mana-mana, negara asal Qorma hot ni ialah Pakistan.

- Ros cuma tambah, hirisan piman ( lada hijau jepun), hirisan lobak merah dan hirisan bawang besar, kasi up sikit warna Qorma ni, baru beseri-seri. Nak masak pun punyelah senang dan cepat, kejap je dah siap, tapi memang pedaslah, bukan pedas dari cili padi, tapi pedas lada hitam tu, kalau makan memang terasa lah akan kepedasan dan kehangatan Qorma Hot Maza ni. : )

ni lah Qorma Hot Maza tu, Pakistan Mari....

ala-ala kari sikit warna dia, tapi rasa lain sikit

menu gandingan , Acar Timun.

Nota: Selalunye memang ade lebih lah lauk ni, dan belen tu sedap juga dicicah dengan roti paratha segera, qorma hot ni makin kerap di panaskan makin sedap.

 

Nikujaga

Masakan - Daging

Menu yang dialihakan dari rumah lama multiply...Nikujaga, salah satu masakan jepun yang popular.

Bahan-bahanye

150 gram daging boneless
2 biji kentang saiz sederhana ( potong 6)
1/2 batang carrot ( potong sederhana)
5 batang kacang buncis ( potong pada 3 bahagian jangan pendek sgt)
sedikit suun  ( rendam dalam air)
1/2 biji bawang besar saiz sederhana ( hiris nipis)
400 ml dashi ( air rebusan ikan)- ros guna serbuk dashi segera.
1 sudu besar soyu ( kicap cair jepun)
1 sudu kecil gula

soyu dan dashi yang ros gunakan

Caranya
1. Hiris daging nipis-nipis ( jangan terlalu kecil) dan rebus hingga empuk, setelah air rebusan agak kering, masukkan dashi dan biarkan mendidih, kemudian masukkan carrot, biarkan selama 5 hingga 8 minit.

2. Kemudian masukkan pula kentang, kacau sebati. Setelah kentang dan carrot empuk baru masukkan kacang buncis, bawang dan  suun, akhir sekali masukkan soyu, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula.

3. Biarkan kuah agak kering dan tutup api, sedia untuk dihidangkan panas-panas. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau ade konyaku pun boleh masukkan juga, ros tak letak sebab tak suke, kiranya ni macam sup daging lah, tapi tak berkuah, sup daging citarasa jepun.

 
More Articles...
Search
Galeri Olympusku
Jumlah Pelawat dr 1 Jan
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini219
mod_vvisit_counterSemalam2599
mod_vvisit_counterMinggu ini11249
mod_vvisit_counterMinggu lepas14280
mod_vvisit_counterBulan ini56426
mod_vvisit_counterBulan lepas51118
mod_vvisit_counterJumlah255733
Jom Sembang
Latest Message: 9 hours, 43 minutes ago
  • fmina08 : ros..nk semangkuk sekrem tmbikai tu...kemecer...ha'ah..agak bz sket lately..tah pape je lah..huhuhu
  • ros-K.Nani : salam kaknani, nak satu bowl buleh2, nnt buat menu berbuka ya :)
  • ros-Deetha : menu ringkas aja tu deetha, nnt sudah dicoba, bagi aku rasa ya :)
  • ros-14sept : salamjiya, naktukar aiskrim buleh2...pink tukar ngan yellow ya...sedap nampak nenas serbat tu...sejukk je masuk mulut nnt ni
  • ros-YatiAli : try kak jgn tak try, bahan senang, nak masak pun tak guna masa byk..slmt mencuba :)
  • ros-fiza : salam fiza,ros sihat je ni, simple je menu makaroni tu, nnt fiza try ya :)
  • nani : salam ros... :D sedapnye.. cedok kan akak semangkok.. tuk berbuka nanti.. boleh ye.. *sambil hulur mangkok kat tangan ros.. :D :D
  • deetha : Aduh Ros, lezat sangat tuh menumu hari ini.. aku esok mau coba makaroni salad tu... tunggu ye.. hehehe
  • 14sept : kak rosss.. kita pon tayang eskrim. tukar jom. ahehehe
  • yatiali : salam ros, akak suka kalau resepi simple mimple ni...harus di cuba...
  • fiza : salam.. apa kahabr dah sihat?? sedap macaroni tue.. take care ok
  • ros-mimiey : salam mimiey, nak resepi yang mane satu tu? copy aja, kakros tak kisah, nnt link kan sekali ok..:)
  • ros-sweetsal : salam kak sal, nak makaroni buleh2, jemput lah amik ya, rasa dulu, nnt klu sedap akak try buat ya
  • ros-K.Hana : aduhh nasi goreng blacan, lama tak buat ni kak, cam tau2 je blacan sabahan dah habis...jiya oh jiya..kena order ngan tauke dia ni heheee
  • ros-K.Mas : nak rasa sikit makaroni tu kak,buleh2 ni ros cedokkan, sedap kan, tak cukup buat sendiri nnt ya heheeee
  • mimiey : slm kak ros..nk mintak ijin ye nk cnp resepi ke blog sy,«link»
  • sweetsal : nk mintak sikit makaroni tu, blm bfast lg ni..hehe
  • hana : salam ros.. nak makaroni ckettt! nih klu perah lemon pong sedap kan! hambik nih nasik goreng belacan.. belacan sabah bahhh... eh konyer dh abes er?? hihihi
  • mas : ros...sedapnya makaroni...nak rasa sikit...
  • lynn hamzah : memang nak try tapi kena tunggu weekend la...sebab hari biasa memang arr x sempat...
  • ros-Deetha : salam deetha, aku sihat aja ni, oo sibuk di kantor ya, mahu aiskrim, ni aku bungkuskan.nnt makan ya :)
  • ros-K.Ummi : salam kak ummi, rajin sebb bahan senang tu kak, tu yang laju je tu, heheeheh nak satu bowl buleh2, jom mkn same2
  • deetha : salam Ros, apa kabar? aku bar sempat kunjung malam2 ni, kemarin2 sibuk sangat :( haduuuuhhh... lirik mata ke kiri ada eskrim :(( aku suka sangat dg eskrim...
  • ummi : Salam Ros..waaah rajin lg tuu..siap wat eskrem..bole la akak tumpang semangkuk..Ros sihat lg ke tu? Take care eh..muaaahhh!
  • ros-K.Hamsin : salam kak hamsini, oo akak pun kena pantau juga ya masak pregnant dulu,dok spital lama2 boringkan kak, tpnakbuat camne kan demi anak dlm tummy tu, ku lakukan ape sahaja
  • ros-K.Izah : ros mmg suke aiskrim kak, mcm2 dah try,hehee, akak bila nak sampai seru buat aiskrim sendiri, tu kak, bahan pun mudah tu, nnt try ya heheehehe
  • HAMSINI : Salam Ros, akak pun pernah alami masalah yg sama cuma takle sampai bleeding. tapi kena dok hospital hampir sebulan.Nasib baik cuti sekolah so takle susah sangat. Cuma kita ni tak boleh aktif sangat....semogasihat sampai sampai masa bersalin...
  • izah : sihat ke ros? huii eskrim..sodapnyee..dah lama teringin nak buat eskrim..tak terbuat jugak lagik..ros dah mcm2 eskrim dah try ek..
  • ros-K.Asma : mengandung ni mmg byk dugaan kak kak, lain anak lain ragamnye, coretan tu utk dikongsi bersama, eskrim ade lagi ni kak,jom makan jom ;)
  • ros-Zanarose : salam ziarah juga, insyaAllah saya akan kunjung balas ya, tunggu
  • ros-K.Nani : slmt berpuasa ya kak, ni ros bawakkan setengah tuppaware, akak simpan dlm freezer ye, nnt nak berbuka akak makan tau
  • ros-lynn ham : kak lynn, nnt try ya, senang sgt2, budak2 mesti suke punye ;)
  • ros-Kamalia : salam kak, hoken tu mmg pentinglah,klu tak, sakit gak tu nak bayar bil spital, akak try lah kak,buat aiskrim suika tu kak, senang je tu
  • ros-K.Yatial : slmt pagi kak yati, aah senang je kak, semudah 1,2,3 nnt akak try ya, sedap pun sedap tau
  • ros-K.Hana : kak, sakit tekak lagi ke,uishh sampai tak sihat, sure pulun byk sgt air batu ni, takpe nnt dah sihat tekak tu leh pulun balik air batu ye, blog dah 2 tahun...masih menten best,cayalah kak
  • ros-aisha : meh la aisha, aiskrim ade sikit lagi ni,meh kita makan same2, tulah aisha part 2 tu rasa lagi hiba nak cerita, sokongan kwn2lah jadi penguat semangat, klu tak mmg nangis je nnt tu
  • kakasma : ros,sebak baca kisah ros nie,tu sbb kita nie bnyk pahalakan..masa mengandung nie mmg bnyk kenangan..tapi sakit tulah penguat semangat kitakan.semoga ros akan lebih tabah dan kuat lepas nie..syukurkan.pengalaman yg mahal nie ros..tapi tengok eskrim tu buat akak tergoda lak..hihihi jaga diri yer
  • zana rose : salam ziarah n kenal..sudi2lah keblog akak ya.
  • Nani : salam ros... wahhh dah buat eskrem tembikai lak dia.. nyumm nyummm... akak posa ni.. last day.. ros simpan kat akak semangkok.. buat desert berbuka nanti ye.. :P :P
  • lynn hamzah : mcm best jer aiskrim tembikai tu alang...nanti nak try la...
  • kamalia : hehehe..lupe plak..sib baik kat sini kena amik insurance kan..sekurang2nye xdela nak kn byr sume tu..bnyak nak kn bayar tu..bestnye ade aiskrim..akak xpenah cube lg buat aiskrim ni..blom rajin la..:D
  • yatiali : salam pagi ros...cam senang jer nak buat ais krim ni.nak cuba gak lah nanti...
  • hana : hah! hambik siap kuor bil lagik! hihihi... yg penting skrg dh sihat alhamdulillah... ross.. akak takleh mkn aiskerim! sakit tekakkk! huwaaaaa... mana taknyer bantai air batu ari2! huh! mencik ar.... thanx yer wish my blog!
  • aisha : salam ros..alahaii sedapp ye aiskrim tu ros..terliur dibuat ye..skrg mmg musim buah kat msia kan.ni duk cr durian kt kedai thai, tkde pulak..hhuhu..sebak je bace coretan part2. masa ros call mlm dlu tu lg saya sebak..alhamdulilla syukur sgt ros dan bb dah stabil..doa moga semua dipermudahkan nanti..insyaALLAh amin..take care ye ros,bykkan rehat tau...muahh
  • ros-Chikmimi : pengalaman yang takd dpt ros lupakan kak, tu yang nak kongsi dgn kwn2 yang lain tu...
  • ros-K.Fmina0 : salam kak, bersyukur sangat2 ni, sebab dah balik rumah, dan plasenta dah naik atas..; )
  • Chik mimi : salam ros alhamdulillah semuanya dah selamat ye ros,ngeri jugak baca citer tu apa-apa pun take care ye ros
  • fmina08 : salam ros...alhmdllh..moga sumanya selamat...
  • ros-K.Zana : salam kak, ros sihat je ni kak, cuma taklarat sangat ni dah sarat..terima kasih ya kak atas doa tu...ros aminkan ya..: )
  • zana : slm ros .. apa kbr.. smga ros sihat n dipermudahkan bersalin nnti..
View archive


Cuaca
Tetamu JM dari..