Daging Masak Kunyit Bersama Cili Hijau
| Masakan - Daging |
| Share |

Menu hari sabtu lepas ni, ros buat daging masak kunyit dengan cili hijau jepun@piman, sedap juga makan dengan nasi panas, cuma lauk ni tak berkuah lah, bertambah lagi satu koleksi resepi daging, resepi ade kat bawah tu ye, nak adjust atau tambah ape yang patut pun boleh, bergantung lah pada bahan yang sedia ade dalam peti ais masing-masing. : )
Bahan-bahanya
350 gram daging boneless
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar ( bahagi dua bahagian) satu bahagian dicincang halus, baki dihiris kasar.
1 sudu besar sos tiram
sedikit garam
1 biji piman@cili hijau jepun ( boleh diganti dengan lada benggala hijau)
Cara-caranya
1. Potong daging nipis-nipis, jangan terlalu kecil, daging akan kecut apabila di rebus.
2.Kemudian rebus daging bersama beberapa hirisan halia, lebih kurang setengah jam atau sehingga daging empuk.
3. Kemudian cincang halus bawang besar, bawang putih dan tumis sehingga naik bau, selepas itu masukkan sos tiram, serbuk kunyit dan daging yang siap direbus tadi. kacau sebati, jika terlalu kering, boleh masukkan sedikit air.
4. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan lada hijau, sesuaikan rasa masukkan sedikit garam, kacau sebentar dan apabila bawang dan cili hijau agak layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas. Selamat mencuba.

ros suke letak hirisan bawang besar banyak-banyak, sebab manis bawang besar jepun ni

Nota: Daging yang siap direbus tadi tu, kalau nak goreng sebentar pun boleh, ikutlah kerajinanan dan selera masing-masing ya, dan kalau guna daging batang pinang yang fresh, daging tak perlu direbus, ros rebus daging boneless ni sebab daging yang ros gunakan daging import dan frozen, tu yang kena lembutkan dan rebus dulu tu,kalau tidak liat bila dimasak terus.
| Share |

















Comments
byk stok daging korban ya, slmt memasak daging kunyit.
ur welcome,,,slmt memasak
ok nnt saya betulkan ya
ros buat telur dadar lah kak, nak gandingkan dgn lauk ni hari tu, bertambah makan heheeh, simple dan sedap
ayam goreng kunyit pun sedap gak kak, style mcm ni, ros pernah buat, letak cili tau, ros ni penakut pedas tu yang tak letak tu heheeee
samelah kita kakrose, suke makan bawang byk2 kan, manisss...leh geng ni heheeee
emi buat pedas2 ya, ros suke plain je mcm ni, sbb ros n hubby tak makan pedas sgt, takpe lenkali ros letak cili sure lagi terangkat ni heheeee
suke sedap senang nak masak kan kak, jom makan jom heheeheee
lenkali ros leh try letak hirisan cili kering, sure sedap gak ni kan kak, kaklin n auldra sihat ke tu?
kalau camtu.. balek nanti.. nak wat ayam goreng kunyit lak.. with cili api.. muahahahaha.. (curik idea ye..)
Laparnya bila akak tgok daging goreng. Akak pun suka daging camni.
RSS feed for comments to this post.