Masakan - Daging

Share

Pagi ni ros ade checkup kt Hospital, moga dipermudahkan semua urusan dan baby dalam keadaan baik, takut jugak rasanya, berbalik pada masakan dan  lauk pauk,  menu lunch kami semalam merangkap menu dinner jugak, masakan ala kenduri kawin, tapi biasa je sebenarnya lauk pauk ni semua, cuma di serikan lagi dengan air sirap ros pandan, kat kenduri kawin kan selalunya minum air sirap, ros masak daging rempah dan acar timun ( perapan guna jus lemon) resepi daging masak rempah  pun menu siaran ulangan je, konon nak goreng papedem, malas pulak....kat bawah ni ade resepi daging masak rempah tu ya, kalau berkenan atau ade masa nanti boleh cuba ya. : )

Bahan-bahanya

350 gram daging
sedikit daun kari
1/4 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 inci halia
1 sudu kecil jintan manis
2 sudu besar serbuk rempah kari
2 sudu besar serbuk rempah korma
1 cawan santan  pekat
1 batang serai
1 cawan air
7 tangkai cili kering
4 sudu besar tamato ketchup ( boleh diganti dengan tomato puri)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat

Caranya

1. Potong daging sederhana, jangan nipis sangat, agak-agak je, blender bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dan jintan manis. Panaskan api dan tumis daun kari dan bahan yang telah dikisar tadi.

2. Setelah naik bau, rempah kari dan korma jadikan pes dan curah dalam kuali, kacau sebati, kemudian masukkan serai yang telah dititik, tomato ketchup dan daging.

3.Kemudian masukkan santan dan air serta kicap. Biarkan daging lembut dan kuah pecah minyak dan menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula sikit. Siap untuk dihidangkan. Senang, sedap dan menyelerakan. Selamat Mencuba.

daging rempah ni nak makan dgn nasi beriani pun sesuai

memang kenalah dengan acar timun tu

air sirap dengan aroma daun pandan

Nota: Daging tu kalau guna yang bertulang lagi sedap, nak tukar pada ayam ke, daging kambing ke, kambing biri-biri ke pun boleh, ikutlah stok bahan yang ade dalam freezer tu. : )

Share

 

Comments  

 
0 #4 2010-07-26 20:19
Quoting kak ijan:
Salam Ros...
Alhamdulillah Ros dah sihat ye... cepatnya dah 36 minggu. rasa cam baru je Ros pregnant. hehe... apepun, semoga semua selamat buat Ros dan Baby ye..tak sabar nk tengok gambar baby ni...hehe ;)

Ni kena makan macam2 sebelum berpantang ni..karang terliur je tengok orang makan. heheh :)

tulah kak, tu yang pulun makan, ape yang nak makan ni, nnt terliur heheehehe, ros dah 37 minggu dah ni kak, tak lama dah..takkut lah..
Quote
 
 
0 #3 2010-07-25 05:10
Salam Ros...
Alhamdulillah Ros dah sihat ye... cepatnya dah 36 minggu. rasa cam baru je Ros pregnant. hehe... apepun, semoga semua selamat buat Ros dan Baby ye..tak sabar nk tengok gambar baby ni...hehe ;)

Ni kena makan macam2 sebelum berpantang ni..karang terliur je tengok orang makan. heheh :)
Quote
 
 
0 #2 2010-07-23 21:36
Quoting ida:
wah..terliur tgk masakan ros ni moga selamat semuanya nanti ye ros :-)

salam idah, masak simple je tu ida, masak byk2, pastu jadi lauk sampai lah ke malam, terima kasih ya ida atas doa tu, ros pun harap cam tu gak, semoga selamat semuanya ni
Quote
 
 
0 #1 2010-07-23 14:39
wah..terliur tgk masakan ros ni moga selamat semuanya nanti ye ros
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh