Masakan - Daging

Share

Salam kepada semua pelawat  Blog Bukan Sekadar Masakan dan salam bersiaran kembali, kami sekeluarga selamat sampai ke rumah Osaka pada hari rabu iaitu semalam tepat pukul 5 petang, setelah 4 hari bercuti ke luar daerah, Alhamdulillah perjalanan kami semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan, cerita dan gambar kami bercuti, masih dalam folder lagi, nanti ros kongsikan dengan semua ya. Di Malaysia sekarang ni mesti kat rumah masing-masing ade daging korban kan, sure dua tiga hari ni, lauk dan menu nye berasaskan daging, begitu juga kami disini, tapi bukan daging korban, tapi daging halal dari baticrom. Daging Rempah Garam Masala ni, menu dinner kami malam ni, pertama kali guna rempah garam masala, sedap jugak rupanya, resepi same je dengan daging masak rempah sebelum ni, cuma ade penambahan bahan-bahanya sedikit, hasilnya lebih wangi dan sedap dengan aroma garam masala, resepi ade kat bawah ni ye.

Daging Rempah Garam Masala
sumber resepi- rosmarlina@jintanmanis.com

Bahan-bahanya

400 gram daging tanpa tulang
2 sudu kecil rempah garam masala
1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu besar serbuk rempah kari
2 sudu besar serbuk rempah korma
1 cawan santan  pekat
2 biji kentang
1 cawan air
6 tangkai cili kering
1 batang kulit kayu manis+2 kuntum bunga lawang
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat

Caranya

1. Potong daging sederhana, bentuk kiub, kisar halus bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dan jintan manis. Panaskan api dan tumis daun kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau.

2. Kemudian ambil, rempah kari, rempah korma dan garam masala, jadikan pes dan curah dalam periuk, kacau sebati, dan biarkan bahan tumisan agak garing, selepas itu masukkan daging.

3.Akhir sekali, masukkan santan,air, kentang serta kicap pekat dan kicap manis. Masak sehingga daging dan kentang empuk.  Biarkan kuah pecah minyak serta menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula . Angkat dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

inilah rupa rempah garam masala yang ros gunakan

bila kuah pecah minyak dan pekat baru sedap

ros gandingkan menu ni dengan salad sayur-sayuran je

Nota: Kalau nak letak daun kari pun boleh, ikutlah selera masing-masing ya, sedap juga dimakan bersama nasi minyak atau nasi beriani.

Share

 

Comments  

 
0 #6 2010-11-20 08:57
Quoting AlongRoz:
Salam Aidil Adha buat Ros cayang & sekeluarga. Harap semua nya baik2 aja. Wah, ada menu daging mmg sesuai utk raya kan.

sesuai utk raya kak menu ni, makan biasa pun buleh, salam adil adha juga buat kak along ya
Quote
 
 
0 #5 2010-11-20 08:57
Quoting Yan:
macam sedapnya.. mintak sikit

hehehe sila2 kak, ade lagi ni heheee
Quote
 
 
0 #4 2010-11-20 08:56
Quoting sue:
:D Wahhh..org bercuti dah balik..Slamat hari raya Ros...Menu atas tu..akak berkenan tang salad tu ja..lama tak buat salad..Daging?..tak larat nak mkn dah..hehhehee

ros mmg suke buat salad, sbb kadang2 takde idea nak ganding kan dgn ape, heheehehehe
Quote
 
 
0 #3 2010-11-18 22:05
Salam Aidil Adha buat Ros cayang & sekeluarga. Harap semua nya baik2 aja. Wah, ada menu daging mmg sesuai utk raya kan.
Quote
 
 
0 #2 2010-11-18 20:18
macam sedapnya.. mintak sikit
Quote
 
 
0 #1 2010-11-18 18:41
Wahhh..org bercuti dah balik..Slamat hari raya Ros...Menu atas tu..akak berkenan tang salad tu ja..lama tak buat salad..Daging?..tak larat nak mkn dah..hehhehee
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh