Masakan - Daging

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera buat semua di pagi Jumaat yang mulia , hari ni turn resepi keema daging pula dikongsikan, resepi ni ros ambil dari sajiOnline, macam-macam resepi ade kat sane, pilih je mane berkenan, patutnya daging tu guna daging hancur, tapi ros guna daging boneless biasa je, dan ros potong dadu kecil, ros tak buat kering sangat, kira berkuah sikit, baru sedap di cicah dengan roti naan, oklah resepi ade kat bawah ni ye..: ) ros buat separuh bahagian dari bahan di bawah.

Keema Daging @ SajiOnlie

Bahan-bahan:

500 gm daging - dicincang ( klu nak tukar dgn isi ayam pun boleh ni)
150 gm bawang merah - digiling
5 biji bawang putih - digiling
1 cm halia - digiling
Sedikit kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar rempah kari ( ros guna rempah kari daging)
1 sudu besar lada sulah ( ros x letak)
3 biji kentang - dipotong dadu
4 biji tomato - dihiris panjang
3 tangkai cili hijau - dihiris panjang ( yg ni ros x letak)
3 tangkai cili merah - dihiris panjang
3 ulas bawang besar - didadu
200 gm sayur campur
1/2 cawan susu atau santan ( ros guna santan)
5 sudu besar minyak sapi ( ros guna minyak masak je)
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak sapi, tumis pelaga dan cengkih hingga wangi. Masukkan bahan giling serta rempah kari dan kacau hingga garing.

2. Masukkan bawang, kentang, tomato, cili dan daging biarkan hingga masak.

3. Masukkan pula sayur campur dan susu. Kacau rata, apabila hampir kering dan segala bahan elok masaknya, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

hidangan yang kalerpul...macam-macam sayur ade

Nota: Keema daging ni juga sedap dimakan bersama roti canai ataupun roti jala, satu hidangan seimbang jugak ni, ade daging dan sayur-sayuran, kalau berkenan dengan resepi ni boleh dicuba ya, nak buat pun tak renyah...nampak je berderet bahan, bila dah mula masak senang je.

Share

 

Comments  

 
0 #8 2011-01-18 19:02
Quoting Asmara:
wah! kemasnya potongan kentang tu Ros. hehe.. Ros ni masak apa je mesti sedap. Moga semua sihat ye Ros. :)

salam kak As,potong kemas ye, heehe biasa je kak, semua sihat dah ni, miss u kak
Quote
 
 
0 #7 2011-01-18 19:02
Quoting tiha:
macam inti keripap :-)

aaah mcm inti karipap, tp lain sikit, lagi sodap
Quote
 
 
0 #6 2011-01-18 19:01
Quoting mas:
memang sedapp makan ngan roti nan tu...terliur k.mas tengok...

salam kak mas, nnt try ya, mmg sgt sesuai dimakan bersama roti naan
Quote
 
 
0 #5 2011-01-18 19:00
Quoting ummi:
:roll: woooooo sungguh terliur la akak tgk keema daging ni Ros oiii...sedapnya cicah dgn roti ke, lempeng ke eks...adeeii, daging ada tuh..agak2 bole buat kot..hehe

salam kak, nnt jangan lupa try ya kak ummi,senang je resepi ni, main campak2 je hehee, makan ngan lempeng pun sodap
Quote
 
 
0 #4 2011-01-14 17:09
wah! kemasnya potongan kentang tu Ros. hehe.. Ros ni masak apa je mesti sedap. Moga semua sihat ye Ros. :)
Quote
 
 
0 #3 2011-01-14 15:54
macam inti keripap
Quote
 
 
0 #2 2011-01-14 12:45
memang sedapp makan ngan roti nan tu...terliur k.mas tengok...
Quote
 
 
0 #1 2011-01-14 10:34
woooooo sungguh terliur la akak tgk keema daging ni Ros oiii...sedapnya cicah dgn roti ke, lempeng ke eks...adeeii, daging ada tuh..agak2 bole buat kot..hehe
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh