Periuk Tekanan Tinggi ( Pressure Cooker)
| Masakan - Daging |
| Share |

gambar preesure cooker ni pinjam jab dari Googles Malaysia...: )
Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, hari ni dah hari ke-2 kita berpuasa, mungkin dalam bulan Ramadhan ini ros akan kurang berkongsi gambar makanan, ros akan tumpukan pada perkara-perkara yang berkaitan dengan dapur dan masakan sahaja, dan berkongsi informasi kesihatan di bulan Ramadhan.
Hari ini ros akan berkongsi kelebihan periuk tekanan tinggi, ini berdasarkan pengalaman ros menggunakannye selama 3 tahun, periuk tekanan tinggi ini amatlah berguna bagi ros kerana apabila kita menggunakan nye, kita boleh jimat masa dan gas, contohnye sebelum ini kita membuat sup tulang, masa yang diperuntukkan lebih kurang 2 jam ke 3 jam, dengan menggunakan pressure cooker masa untuk merebus tulang ini hanya 20minit, jimat kan, ditambah lagi semua pati dalam tulang tu semua keluar, menjadikan sup tulang atau daging makin sedap.
kelebihan periuk tekanan tinggi ialah
1) Jimat Masa
2) Jimat Tenaga Manusia ( sebab tak perlu dikacau atau diperhatikan, biarkan sahaja dan set masa)
3) Jimat Gas
4) Mudah untuk digunakan
5) Menjadikan makanan lebih sedap
-perlu diingatkan apabila ingin merebus tulang atau membuat sup,pastikan sup mendidih dahulu baru ditutup dengan penutupnya, set kan masa dan masak seperti biasa. Ikut Arahan pada Kotak Pressure Cooker untuk arahan selanjutnye. Sebab lain preesure cooker lain caranya, namun fungsi tetap same.

contoh sup tulang yang ros masak menggunakan preesure cooker
Nota: Pastikan kita semua berhati-hati apabila menggunakan pressure cooker ini, kerana haba yang dikeluarkan sangat panas, ikut arahan dengan betul dan gunakan dengan cermat.
| Share |

















Comments
tingin gak nk preesure cooker tue tp lom dpt2 lagik..ngeeee
RSS feed for comments to this post.