Masakan - Daging

Share

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, hari ni ros nak kongsikan resepi paprik daging, satu menu yang lengkap dengan semua jenis vitamin, curah je atas nasi makin sedap jadinya,  makan panas-panas, cukup je dengan satu lauk ni, nak tukar dengan isi ayam pun boleh, dan sayur-sayuranye yang pasti kena ade bunga kobis, kacang panjang dan carrot yang lain tu boleh di tokok tambah mengikut sayuran kegemaran anda semua.

Paprik Daging
sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

400gram daging batang pinang@ daging boneless
1/3 biji carrot ( potong anak mancis)
se-ikat kecil kacang panjang/buncis ( dipatahkan beberapa bahagian)
1/4 bij bawang besar ( dihiris kasar)
1/4 biji bunga kobis saiz sederhana ( potong kecil)
2 helai daun limau purut ( dicarik kasar)
4 batang putik jagung
1 ulas bawang putih ( diketuk dan dihiris halus)
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil kicap manis ( tak nak letak pun takpe)
garam
suku cawan air

Cara-caranya

1. Potong nipis daging dan rebus hingga empuk, ketepikan, kemudian panaskan 2 sudu minyak masak dan tumis bawang putih dan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan, sos cili, sos tiram, suku cawan air dan daun limau purut.

2. Selepas itu masukkan carrot dan biarkan sebentar, setelah carrot agak layu baru masukkan kacang panjang, bunga kobis, putik jagung dan daging,  kacau sebati.

3. Akhir sekali masukan bawang besar, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, setelah sayur agak layu, angkat dan hidangkan panas-panas, selamat mencuba.

Nota: Kalau nak masukkan hirisan halia pun boleh, potong nipis-nipis halia tu dan kacau sebati, dan kalau nak berkuah sedikit boleh tambahkan kuantiti air tu, masak sayur tu biar sekejap je, supaya vitamin dapat dikekalkan.

Share

 

Comments  

 
-1 #10 ara 2012-12-13 22:51
thanks ara nak cuba masakla
Quote
 
 
+1 #9 isti ria 2012-12-12 19:37
tq so much for recepie lama dah cari baru jumpa
Quote
 
 
+2 #8 Atiqah 2012-11-21 17:54
Thank you SOOOO MUCH !
nak belajar pikat hati bakal suami
Quote
 
 
-1 #7 siti solehah 2012-11-05 16:30
idea yang baik untuk memasak.......
Quote
 
 
0 #6 siti solehah 2012-11-05 16:30
Quote
 
 
0 #5 Emma 2012-11-01 18:01
x sbo nk try resepi ni, nmpk sgt2 sdp...
Quote
 
 
+2 #4 adylia qarissa 2012-07-24 21:27
dkna dah cuba..menjadi.. minta izin nak copy gambar yer :)
Quote
 
 
+1 #3 tieja 2012-06-15 18:51
sdapnye.... =) hari tu nk masak paprik xjd xjumpe rspi....ni confirm nk try. tq
Quote
 
 
+1 #2 adalina 2011-11-29 15:08
memang best....mekasih ros sebab kongsi ilmu..
Quote
 
 
0 #1 Liana 2011-11-29 10:50
Waahhh!! nmpk sgt sedap!!.. Kalau guna ayam cmne ek??
huhu.. thanks!! :D
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh