Masakan - Daging

Share

Bahan-bahanya

400 gram daging boneless
8-10 tangkai lada kering
1 batang kulit kayu manis
1/2 biji bawang besar  ( bahagi dua bahagian) satu bahagian di kisar , baki dihiris kasar.
1 biji bawang putih
2 sudu besar sos cili
2 inci  halia
1 sudu kecil gula

( beberapa titik pewarna merah)- guna sirap ros je., tak nak letak pun takpe.

Cara-caranya

1. Potong daging nipis-nipis, jangan terlalu kecil, daging akan kecut apabila di rebus.

2.kemudian rebus daging bersama halia, bila air daging agak kering baru masukkan pewarna merah, rebus daging hingga empuk. ( jangan risau daging tidak akan berbau sirap apabila di masak  nanti). Pewarna merah bagi menaikkan seri warna daging ini nanti.


3. Kisar cili kering bersama bawang putih dan 1/4 biji bawang besar saiz sederhana, kemudian tumis kulit kayu manis dan bahan kisar tadi hingga garing,  masukkan sos cili, garam dan gula, masukkan sedikit air jika ingin berkuah, Selepas itu masukkan daging yang siap direbus tadi, akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, kacau sebentar dan apabila bawang agak layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

- sedia untuk dihidangkan-

Nota: Kalau nak tambah hirisan tomato atau lada benggala merah ke hijau pun boleh, sedap juga dimakan bersama nasi goreng. : )

Share

 

Comments  

 
+1 #8 2011-11-16 15:36
minyak pakai ke x?!!!!
Quote
 
 
0 #7 2011-08-02 20:23
salam,
akak nak cuba masak utk sahur nantilah,
akak jarang masak daging...entah napelah!
Quote
 
 
+1 #6 2010-02-11 12:29
Quoting Ijan:
Kak ijan suke benar daging... masak merah gini laaagiii suke :)

same same, ros pun suke daging, masak pekat2 mcm ni, klu sup daging lagi sukeeeee
Quote
 
 
0 #5 2010-02-11 12:28
Quoting shafa:
errmm....sedapnye kak....sy mmg suka. kegemaran saya ni,tp tk pndai buat(w/pun simple)nk try laa...

simple je tu, kakros letak bahan yang ade kt rumah je...sedap pun sedap, nnt klu shafa ade masa cuba ye
Quote
 
 
0 #4 2010-02-11 12:27
Quoting nurindah:
salam ros,
lapar nak makan nasi lagi nih :D

jom kak, kita makan same-same nak, hihi, ade daging tak? leh buat lauk ni..sure akak sukenye hihi
Quote
 
 
-1 #3 2010-02-11 00:19
Kak ijan suke benar daging... masak merah gini laaagiii suke :)
Quote
 
 
+1 #2 2010-02-10 23:14
errmm....sedapnye kak....sy mmg suka. kegemaran saya ni,tp tk pndai buat(w/pun simple)nk try laa...
Quote
 
 
-1 #1 2010-02-10 22:46
salam ros,
lapar nak makan nasi lagi nih
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh