Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
Menu Utama
Pengunjung
We have 398 guests online
JMC di facebook
Berehat sebentar..

Gadget dari Jepun

Banner

Daging

Juicy Meatballs @ Bebola Daging Bersama Sos Tomato

Masakan - Daging

Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari semua, meatballs ni dah lama buat dah, ade je gambar nye dalam folder gambar masakan 2012, hari ni barulah teringat nak kongsi resepinye bersama semua, cara-cara nak buat meatballs ni ros ikut cara satu rancangan masakan kat tv jepun ni, cuma bahan-bahanye tu ros terpaksa ubah, mengikut kesusuaian dan mengikut bahan yang sedia ada di dapur, namun tips yang dikongsikan ros akan nyatkan di entry ini, meatballs yang dihasilkan lembut dan juicy dalam nya, boleh dimakan begitu sahaja ataupun di gaul dengan sos tomato, resepi boleh rujuk di bawah, Selamat Mencuba.

Juicy Meatballs @ Bebola Daging Bersama Sos Tomato
Sumber rujukan asal : rancangan masakan TV Jepun
Telah di olah cara dan bahanye mengikut kesesuaian: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
1/4 biji bawang besar dicincang halus
1/2 biji telur ( dikocak sedikit menggunakan garpu)
sedikit lada sulah dan garam
1/2 cawan panko ( bread crumbs atau serbuk roti)
150 gram daging lembu cincang+150gram daging ayam cincang ( tak mahu campur dua jenis daging pun takpe, guna danging lembu sahaja atau daging ayam sahaja)
50ml susu segar

( daging mince tu ros guna daging mince dari MyHalal Corp, daging mince nye senang nak sebati dengan bahan yang lain dan menghasilkan meatballs yang sedap)


Untuk Sos Tomato
2 sudu kecil kicap cair jepun ( ros guna jenama kikoman)
2 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil gula
4 sudu besar tomato ketchup
2 sudu kecil madu
sedikit lada sulah

( kalau nak pedas boleh tukar tomato ketchup dengan sos cili )

Cara-caranya

1.Di dalam bekas kecil campurkan serbuk roti @ breadcrumbs @ panko dengan susu segar, gaul rata, ketepikan.

2. masukkan 2 sudu besar minyak masak, dan saute bawang besar yang telah dicincang halus sehingga wananya agak perang, jangan hangus pula ya, perang je sikit boleh terus angkat.

3. Di dalam mangkuk adunan, satukan daging cincang, telur, breacrumbs yang telah dicampur susu tadi, bawang yang telah di saute perang, sedikit garam, lada sulah, gaul semua bahan supaya mesra dan sebati.

4. Bentukkan adunan menjadi bebola kecil, ulang langkah tadi sehingga semua adunan habis, di dalam fry pan,  masukkan sedikit minyak dan panaskan, kemudian susun meatball di dalam fry pan, biarkan permukaan  bawah meatball perang sedikit baru diterbalikkan bahagian atasnya pula, tutup fry pan dan biarkan meatball masak, setelah warna sekata, angkat meatball di dalam piring.

5. Di dalam bekas kecil, satuka bahan sos supaya sebati, di dalam fry pan yang same curah bahan sos tadi bersama 1/2 cawan air dan masak hingga agak pekat, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, akhir sekali boleh toppingkan terus atas meatballs yang siap dmasak tadi, ataupun meatball dimasukkan terus di dalam fry pan dan gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas ataupun dimakan begitu sahaja. Selamat Mencuba.

- Jika nak tambah sedikit herba english pun boleh, contohnya sedikit daun pasley yang dicincang ataupun oregano.

Tips: Campuran serbuk roti dan susu itu membuatkan meatballs tidak kering dan tekstur dalam meatballs akan lembab dan juicy bila dikunyah dan kaedah tutup fry pan sebentar membuatkan meatball masak sekata.

menu yan sangat sesuai untuk kanak-kanak

Nota: Meatballs ini sesuai juga di makan bersama spaghetti ataupun di tambah dalam menu sup makaroni.

 

Piman No Nikuzume aka Stuffed Peppers

Masakan - Daging

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi semua, 2 hari lepas ros cuba resepi stuffed pepers ni, first time ros nampak menu ni kat TV Masakan jepun, tapi masa tu tak sempat nak salin resepi, jadinya ros refer pada resepi masakan jepun yang femes di sini iaitu cookpad.com, bila tengok tang bahan-bahan nye tu, banyak yang tak boleh dimakan, jadinya ros olah sikit resepi nye tu mengikut bahan yang ade dirumah dan daging mince nye tu ros tukarkpan pada daging dan isi ayam, janji rupa nye same, heheehehe, rasa sesuailah dengan selera kami, rasa real tak tau, sebab tak pernah pun makan kt sini, ros cuba-cuba je buat, di bawah ni ade resepi yang siap di olah dan di alih bahasanya, stuffed peppers ni selain sedap dimakan dengan nasi panas buleh juga dimakan begitu sahaja, rasa daging dan lada hijau tu kira sesuailah....kalau mahu kelainan buleh cuba resepi nye ye.

Piman No Nikuzume aka Stuffed Peppers
Sumber rujukan asal : cookpad.com
Telah di olah cara dan bahanye mengikut kesesuaian: rosmarlina @ jintanmanis.com

4 biji Piman ( cili hijau jepun) boleh diganti dengan capcicum@lada benggala hijau
1/2 biji bawang besar@hirisan daun bawang ( dicincang halus)
1/2 biji telur ( dikocak sedikit menggunakan garpu)
sedikit lada sulah dan garam
1/2 cawan panko ( bread crumbs atau serbuk roti)
150 gram daging cincang+100gram daging ayam cincang


Untuk Kuah atau Sos
2 sudu besar kicap cair jepun ( ros guna jenama kikoman)
2 sudu kecil tepung kanji kentang @ tepung jagung ( dicampur dengan sedikit air )
1/2 sudu besar gula
100 ml katsuo dashi ( boleh ganti dengan kiub pati ayam)

sedikit minyak masak dan tepung gandum.

Cara-caranya

1.Di dalam bekas, campurkan daging ayam, daging mince, hirisan bawang besar, serbuk roti, sedikit garam, sedikit lada sulah dan telur, gaul sebati.

2.  Kemudian piman di belah dua, sapukan dalamnye dengan tepung gandum, supaya daging melekat elok dalam lada bila disaute nanti. lihat rajah no.1 di bawah.

3. Sumbat atau isikan piman dengan campuran daging tadi, pastikan piman di isi penuh dengan daging, ulang langkah tadi sehingga piman habis di sumbat. lihat rajah no.2.

4. Panaskan fry pan@ non stick pan, dengan sedikit minyak masak, susun piman dalam fry pan, dan biarkan bahagian bawah piman perang sedikit. lihat rajah 3.

5. kemudian balikkkan piman, iaitu bahagian daging, biarkan seketika sehingga perang.  lihat rajah 4 dan 5.

6. Satukan bahan sos, kecuali bancuhan tepung gandum, curahkan bahan sos di dalam fry pan yang berisi piman tadi, setelah agak mereneh, baru masukkan bancuhan tepung kanji kentang, setelah kuah agak pekat, ( lihat rajah 6 di bawah) , angkat dan letakkan di dalam piring, hidangkan panas-panas bersama nasi putih. Selamat Mencuba.

imej langkah demi langkah, harap dapat membantu ya

biarkan kedua-dua belah piman perang, baru masukkan bahan sos

menu kami hari tu, ade labu, ade tempura, ade meatball dan salad, tangan si kecik Wazhif tak sabar nak makan meat ball : )

inilah rupa stuffed peppers tu...sedap...

sos ni ala ala ankake sikit, pekat dan menyaluti piman

Nota: Kalau nak letak cheese atas bahagian daging ni pun boleh, lagi up rasanya, sesuailah untuk penggemar cheese.

 

Gyudon aka Beef Bowl

Masakan - Daging

Assalammualaikum wbt dan selamat tengahari semua, fuhh lamanya tak mengemaskini blog jmc ni, ros sibuk sikit uruskan hal-hal serta keperluan anak-anak nak masuk tadika Jepun ni, Alhamduillah dah nak masuk 5 hari dah anak-anak di tadika, Wazhif dan Damia hari-hari, anas cuma tiga kali seminggu sahaja, iaitu selasa, khamis dan jumaat, tujuan ros hantar anas juga ke tadika ni adalah untuk improve sosial skills dia, semoga ada peningkatan nanti. Berbalik pada resepi gyudon atau beef bowl ni, di Jepun ni menu gyudon sangatlah femesnya, dan antara menu utama bagi restoren Yoshinoya, tapi for sure lah tak boleh makan n rasa kan, sebab daging lembu nye tak disembelih dan kemungkinan besar dalam penyediaan gyudon itu juga ade penambahan bahan mirin ( arak manis jepun) atau pun soyu yang mengandungi alcohol, jadinya bagi menggantikan bahan utama gyudon ni ros cuma tukarkan bahan tu pada sedikit madu dan gula sahaja, yang lainya ros kekalkan sahaja bahan-bahanya sebab nampak tidak meragukan, ros refer resepi gyudon ni dari buku resepi masakan jepun, dan ros dah ubah suai sedikit supaya sesuai supaya ia menjadi masakan yang Halal dan tidak meragukan. Resepi nye boleh rujuk di bawah ni ya, Selamat Mencuba.

Gyudon atau Beef Bowl
Sumber rujukan resepi: Buku Masakan Jepun
telah diubah suai bahan oleh: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan – bahan

1/2 paket katsuo dashi dicampur dengan 300ml air
200gram daging yang dihiris nipis, ros guna daging nipis dari Myhalal.Corp
3 sudu besar soyu (kicap cair jepun)  jenama kikoman
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu besar madu ( madu ni kalau taknak letak pun takpe)
1/2 biji bawang besar, dihiris nipis
2 inci halia yang dipotong nipis
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis

-sedikit bijan dan halia jeruk merah untuk ditabur atas gyudon nanti.

soyu kikoman dan dashi katsuo yang ros gunakan.

Cara-caranya

1. Didalam bekas kecil satukan soyu, gula dan madu, ketepikan.

2. Daging yang nipis panjang tu, di potong dua bahagian, jangan pendek sangat, agak-agaklah ye, basuh dan toskan, kemudian masukkan daging tadi di dalam periuk dan rebus sebentar dengan bancuhan dashi 300ml tadi berserta dengan hirisan halia, jangan rebus lama sangat, agak-agak lah dalam 10 ke 15 minit sahaja. kepingan halia di keluarkan.

3. Selepas itu, didalam frypan, panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang besar, tumis hingga bawang agak layu, kemudian masukkan bancuhan soyu tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan daging yang telah direbus, bersama-sama kuah dashi yang terdapat dalam periuk daging tadi, kacau sehingga kuah dashi agak kering, sesuaikan rasa, kalau tak cukup masin boleh tambahkan sedikit lagi soyu atau gula.

4. Cara Penyediaan Gyudon, sendukkan nasi jepun di dalam mangkuk kecil dan toppingkan atasnya dengan daging yang siap dimasak tadi, taburkan sedikit halia jeruk dan sangat sesuai dimakan bersama miso shiru dan salad sayur-sayuran. Selamat Mencuba.

inilah daging khas untuk gyudon yang ros gunakan, nak order boleh ke Link ni ya Daging Slice Beef Bowl Myhalal Corp.

sedap dimakan panas-panas

Nota: Nak lagi senang buat gyudon,boleh tukar bahan-bahan asas tu dengan tusyu つゆ yang bancuhan kuah segera yang untuk somen atau udon tu, dalam つゆ tu pun dah siap gula dan dashi nye, ikutlah kerajinan dan selera masing-masing ya, kita yang buat makanan ni, kena pandai-pandai adjust mengikut bahan-bahan yang ade di dapur tu. Nak toppingkan dengan telur atau hirisan negi pun boleh.

 

Potato Cronquette

Masakan - Daging

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, hari selasa lepas ros buat patato cronquette ni, nak nyebutnye punye lah payah, tapi kalau kt jepun diaorong dok panggil potato korokke, femes gak menu ni kat sini, budak-budak suke sangat, ros guna kan daging mince myhalal corp, letak byk sikit, baru sedap makan kan, kombinasi daging dan kentang tu memang sedaplah, ala-ala pegedil sikit rasanya, tapi luarnya lebih rangup sebab gunakan breadcrumbs, resepi ros ikut cara kak Yani Myresipi, izinkan ros kongsikan di sini ya Kak Yani...Halal Ya....: ) walaupun agak leceh membuatnya, tapi sangat berbaloi bila dah siap, puas hati bila buat sendiri kan. Selamat Mencuba.

Potato Cronquette
Sumber Resepi Asal: Kak Yani Myresipi
Telah dicuba oleh: rosmarlina @ jintanmanis.com

MyHalal Corp Daging Mince 500gram ( ros gunakan daging mince ni)

Bahan-bahan ( 8 ketul )

4-5 biji ubi kentang
1 sudu mentega
1/2 biji bawang besar
50g daging cincang
sedikit garam dan serbuk lada sulah
2 biji telur dipukul
bread crumbs secukupnya
sedikit tepung
minyak untuk mengoreng

Cara-cara

1. Rebus ubi kentang sehingga masak
2.Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu
3.Potong dadu bawang besar.
4.Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
5.Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.
6.Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati
7.Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.
8.Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs
9.Goreng dalam minyak penuh.

-ros masukan juga 1 sudu besar telur dalam adunan kentang dan daging tu, telur sebagai agen pelekat, adun sebati dan bentuk-bentukan nye.

Potato Korokke yang telah difrozenkan untuk menu anak-anak nanti

siap digoreng, rangup di luar lembut gebus di dalamnye

rasa korokke yang kaya dengan isi daging dan kentang

Nota: Ros buat dua  bentuk, satu bujur memanjang dan satu bulat leper, kalau nak buat  bentuk lain pun boleh, ikut lah tahap kerajinan masing-masing ya, dan kalau boleh jangan goreng lama sangat, nanti terperang dan disarankan guna api sederhana bila goreng korokke ni.

 

Resepi Daging Beriani Buah Tamar Lagi

Masakan - Daging

Assalammualaikum dan selamat petang semua, dah petang-petang ni baru lah nak ade masa mengemas kini blog jmc ni, sibuk sikit dari pagi sampai lah ke petang, pagi sibuk buat senaman fizikal utk anas, pukul 11 pulak buat ABA, lepas tu masak lunch, alang-alang dah kat dapur tu, ros terus lah buat bekalan makanan sejuk beku untuk anak-anak nanti, nak tau menu ape yang ros buat tu, nanti ros kongsikan pada entry akan datang ya, berbalik pada resepi daging beriani buah tamar ni, ros tambahkan sedikit ketumbar, supaya lebih wangi dan eksotik, makin harum kuah nye ni bila dah masak tu, resepi sama je dengan yang lama tu, yang istimewanye kali ni ros guna daging choice boneless dari syarikat MYhalal, bila dipotong tu terasa akan kelembutan dagingnya, selalunya ros masak daging ni dlm 20 ke 30minit, ini tak sampai 15 minit dah empuk dah, punye lembut bila makan tu, takyah susah-susah nak kunyah, ros sarankan lah guna daging myhalal ni, sebab senang nak empuk dan jimat masa, syarikat myhalal ni dikelolakan oleh rakya Malaysia di Jepun, harga pun boleh tahan dan setandinglah dengan kualiti yang anda akan dapat. Untuk resepi boleh rujuk di sini, dan Untuk melihat atau pada kawan-kawan yang di jepun jika berkenan boleh order daging choice boneless pada Link di bawah : )

Senarai Harga Daging Boneless di My halal. Co

Daging Beriani Buah Tamar
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

400 gram daging tanpa tulang ( ros guna daging choice boneless Myhalal.Co.)
5 biji buah kurma yang di buang bijinya
1/4 biji bawang besar ( boleh diganti dengan 5 biji bawang merah)
2 biji bawang putih
2 inci halia ( sebesar ibu jari)
2 sudu kecill jintan manis
1 sudu besar ketumbar
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 tangkai cili kering
1 cawan susu segar ( boleh diganti dengan 1 cawan santan pekat)
3 sudu besar tamato ketchup ( boleh diganti dengan tomato puri atau sos tomato)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat

Caranya

1. Potong daging sederhana, bentuk kiub, kisar bawang besar, bawang putih, halia, cili kering,jintan manis, jintan putih dan buah kurma. Ketepikan.

2. Kemudian, panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga, setelah naik bau, masukkan pula bahan kisar tadi, kacau sebati. Setelah agak garing, masukkan daging dan kacau lagi. Biarkan seketika.

3.Selepas itu masukkan susu segar@santan pekat, tomato ketchup, kicap manis dan kicap pekat dan 2 cawan air. Masak sehingga daging empuk dan kuah pecah minyak serta menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam. Sedia untuk dihidangkan. Senang, sedap dan menyelerakan. Selamat Mencuba.

daging beriani buah tamar yang baru siap di masak

digandingkan bersama nasi beriani kismis hitam

set beriani osaka shi, siap...huhuhu : )

Nota: Daging ini tidak pedas, sesuai untuk kanak-kanak juga, anak ros wazhif suke sangat, dan perlu di ingat, jangan overcook daging ni ye, takut tak sedap nanti, ke-empukkan daging bergantung pada jenis daging yang digunakan, di sarankan menggunukann daging boneless batang pinang.

 
More Articles...
Search
Ruang Iklan
Jom Jamu Mata
Banner
Akses sejak 1/1/2010
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini6406
mod_vvisit_counterSemalam8265
mod_vvisit_counterMinggu ini40397
mod_vvisit_counterMinggu lepas52183
mod_vvisit_counterBulan ini146150
mod_vvisit_counterBulan lepas244640
mod_vvisit_counterJumlah9279356
Tetamu JM dari..
Jamu mata seketika..