Masakan - Ikan

Share

Sumber Asal Resepi dari Zaliana my.resipi

2 keping ikan tenggiri
1/2 cawan air masak
2 sudu besar gula
1 sudu teh garam
5 biji cili api
sedikit air asam jawa
1 inci belacan (bakar sikit)
1 biji tomato (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
Sedikit daun ketumbar (hiris)

Caranya:
1. Bakar ( grill)  ikan tenggiri dalam oven hingga masak , lebih kurang 20 minit je.

2. Blender halus cili padi, air asam jawa, air masak dan belacan hingga hancur. Kemudian masukkan gula dan garam. Selepas itu masukkan tomato dan bawang yang telah dicincang dadu tadi.

3.Akhir sekali masukkan daun ketumbar...curahkan di atas ikan tenggiri yang di bakar tadi, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Nota: menu ni adalah menu ikan kegemaran kami, makan dengan nasi panas, memang bertambah-tambah. Antara menu yang ringkas dan menyelerakan. Tak rugi mencuba, terima kasih pada Zaliana kerana berkongsi resepi ini.

Share

 

Comments  

 
0 #4 2010-01-12 15:28
Quoting Hajar:
saya dah cuba ros..sedap :)

wah hajar dah try ya, amacam zahim suke tak? kami klu lauk ni bertambah2 hihihi
Quote
 
 
0 #3 2010-01-12 14:21
saya dah cuba ros..sedap :)
Quote
 
 
0 #2 2010-01-12 12:59
Quoting fendytini:
dr k yani buat.. pastu k hani pastu ros plak buat & tayang gmbr.. k tini tini tak pernah lepas nk buat neh.. kalo tak letak belacan ok tak??

buleh je klu tak mau letak belacan kak, ganti ngan udang kering, sedap gak, takpun sos ikan..mane-mane aje, nnt dah buat bgtau ya, nak tanya akak suke ke idak hheeheee
Quote
 
 
0 #1 2010-01-11 19:50
dr k yani buat.. pastu k hani pastu ros plak buat & tayang gmbr.. k tini tini tak pernah lepas nk buat neh.. kalo tak letak belacan ok tak??
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh