Masakan - Ikan

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, fuhh lama tak mengemaskini blog kesayangan ros ni, kalau tak silap sejak jumaat lepas, puan rumah ni ade hal sikit, sori ya, ni baru lah ade kelapangan sikit, Ikan Pisang???? tulah jawapan yang diberikan oleh tauke ikan masa kat pasar hari tu, rupa sebijik macam ikan hamachi, dan bila ros belek memang betul lah ikan hamachi, ikan yang selalu ros bakar masa ros duduk jepun dulu, seronok tak terkata rupanya di Malaysia tanahair tercintaku ini pun boleh dapat ikan hamachi ni, cuma nama je berlainan, ape lagi dalam fikiran nak bakar ikan ni dan cicah dengan air asam, balik tu terus siang dan perap dengan bahan-bahan perapan, buat bara dekat luar rumah dan mulakan proses pembakaran. Sebut pasal air asam , ros suke sangat air asam yang mak ros buat, rasanye sedap, resepi dan cara nak buat pun punyelah senang, di bawah ni ade resepi nye, rugi tak cuba, bila rasa sekali pasti nak lagi. : )

Air Asam Memikat
Sumber resepi: ( Puan Hamidah Binti Abdullah) jintanmanis.com

Bahan-bahanya

6-8 biji cili padi ( kalau suke pedas boleh tambahkan kuantitinya)
1/2 inci  belacan ( pastikan belacan itu dibakar dahulu)
1/4 biji bawang besar
sedikit garam
1/3 ( suku cawan) air asam jawa

Caranya

1. Hiris nipis bawang besar dan cili padi, ketepikan, di dalam bekas, masukkan air asam jawa bersama belacan yang siap dibakar tadi, dan hancurkan belacan menggunakan garpu atau sudu, akhir sekali masukkan cili padi, bawang besar, secubit garam, kacau sebati, sedia untuk dihidangkan bersama ikan bakar, selamat mencuba.

-cara membakar belacan, ambil 1/2 inci belacan dan cucukkan pada garpu, buka api dapur gas, dan bakar belacan hingga semua permukaanye agak hitam atau perang, kemudian barulah boleh digunakan untuk membuat air asam.

Di bawah ni pula resepi ikan bakar berlada tu, sebenarnya ros dah pernah letak dah resepi ni dulu, tapi kali ni ros tambahkan satu lagi bahan iaitu sedikit belacan bakar, gaul sebati dalam bahan perapan tu.

Ikan Pisang@Hamachi Bakar Berlada
Sumber resepi: rosmarlina @ jintamanis.com

Bahan-bahanya

1 ekor ikan Pisang@Hamachi ( kepala dibuang, belah belakang dan kelar sedikit)
1/4 biji bawang besar ( boleh ganti dengan 4 ulas bawang merah)
1 ulas bawang putih
2 tangkai lada kering (boleh ganti dengan 1 sudu besar cili kisar)
1 inci kunyit hidup atau 1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit garam
Daun Pisang secukupnya untuk dijadikan alas semasa membakar ikan.

-Nak guna cili kisar tumis segera pun boleh, terus boleh lumur je pada ikan ni-

Cara-caranya

1. Tumbuk halus bawang besar, bawang putih, belacan, kunyit hidup dan lada kering, kalau nak blender pun boleh. ( kalau guna blender masukkan sedikit air supaya bahan senang dikisar).

2. Ikan di gaul dengan sedikit garam, kemudian lumur ikan pisang@hamachi tadi dengan bahan yang telah ditumbuk halus, perap selama 1/2  jam atau 1jam.

3.Alaskan tempat membakar ikan dengan daun pisang, sapukan sedikit minyak di atas pemukaan daun pisang tadi dan susun ikan di atasnya,  tutup sekali lagi tempat membakar ikan dengan daun pisang,bakar sehingga permukaan ikan agak perang atau sehingga ikan masak, sedap dimakan dengan sambal belacan atau air asam , selamat mencuba.

nilah rupa ikan pisang@hamachi tu, sebelum di lumur

siap lumur dah dengan bahan perapan

jangan lupa alas bawah dan atas tempat pemanggang ni dengan daun pisang ye

 ikan pisang baru siap dibakar, lemak dan manis isinya  sodappp....

nak perah sikit dengan limau kasturi pun boleh...kasi up sikit rasanye

jom cicah ikan dengan air asam baru complete hidangan ni

mak...pinjam jari jab ye..hihihihihihi : )

Nota: Pastikan alaskan tempat pembakar ikan tu dengan daun pisang, supaya asap tidak terkena terus pada ikan, dan buatkan bara dahulu sebelum membakar ikan, supaya ikan elok dibakar dan tidak terlalu hangus.

Share

 

Comments  

 
0 #11 2011-06-09 13:07
Quoting fazian:
Sedapnyaaa....

sedaoo sedapp
Quote
 
 
0 #10 2011-06-09 13:07
Quoting Sally:
Ros..ikan pisang ni isinya lembik2 tu kan..tapi bila masak ianya dah tak lembik lagi kan.. sama dgn ikan nyot2/ikan lembut tak? tgk rupa mcm sama...isi penuh jer kan.

aah isinye penuh, sedap kan..same lah kot ikan tu...ros rasa lah heheeee
Quote
 
 
0 #9 2011-06-09 13:05
Quoting makcikmanggis:
gambar ketika mencicah tu sungguh menggoda :P

hehehe, makcik manggis tergoda ya, gi lah bakar ikan jab, sure makan bertambah tu
Quote
 
 
0 #8 2011-06-09 13:04
Quoting issnita:
salam kak ...
wah kak cam sedap jer...
baru nak cuba rasa ikan pisang cari resepi kata masak gulai
jumpa kat facebook akak bakar n air asam nak cubalah..
tergoda dengan masakan akak

dah try lom ikan bakar ni? nnt makan ingat ros ya
Quote
 
 
0 #7 2011-06-09 13:03
Quoting mamahawa:
Salam Ros..
Alamak tak tahan lah
Ngences betul lah Kak Hawa tgk Ikan bakar lagi2 cicah ngan air asam!!!! huwaaaaa

ros pun suke menu ni kak...sedap...makan sure bertambah
Quote
 
 
0 #6 2011-06-03 17:14
Sedapnyaaa....
Quote
 
 
0 #5 2011-06-03 16:03
Ros..ikan pisang ni isinya lembik2 tu kan..tapi bila masak ianya dah tak lembik lagi kan.. sama dgn ikan nyot2/ikan lembut tak? tgk rupa mcm sama...isi penuh jer kan.
Quote
 
 
0 #4 2011-06-02 08:09
ros..bestnya ikan bakar dan air asam..
kak mas suka...
Quote
 
 
0 #3 2011-06-01 23:11
gambar ketika mencicah tu sungguh menggoda
Quote
 
 
0 #2 2011-06-01 22:18
salam kak ...
wah kak cam sedap jer...
baru nak cuba rasa ikan pisang cari resepi kata masak gulai
jumpa kat facebook akak bakar n air asam nak cubalah..
tergoda dengan masakan akak
Quote
 
 
0 #1 2011-06-01 21:36
Salam Ros..
Alamak tak tahan lah
Ngences betul lah Kak Hawa tgk Ikan bakar lagi2 cicah ngan air asam!!!! huwaaaaa
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh