Masakan - Ikan

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari buat semua, sihat ke semua tu, pejam celik pejam celik dah 18hari kita berpuasa kan, Alhamdulillah, mood nak buat kuih raya pun dah datang ni, tapi sebelum tu mari kita layan resepi ikan keli salai masak lemak cili padi ni dulu, menu yang sangat popular di Negeri Sembilan, ros suke je kalau ikan salai-salai ni, sebab aroma nye tu, dan ros masukkan juga sedikit hirisan mangga muda, resepi ade di bawah ni ye.

Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi Bersama Mangga Muda
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanye
4 ekor ikan keli yang siap disalai
3 biji mangga muda ( dihiris nipis)
2 batang serai - dibelah dua ataupun dititik
10 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
2 cawan santan+1 cawan air
1 keping asam gelugor
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
sedikit garam

caranya
1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.

2.Selepas itu masukkan 2 cawan santan, dan 1 cawan air, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan hirisan mangga muda, setelah mangga muda agak layu baru masukkan asam gelugor dan ikan keli salai, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam. kacau selalu.

3. Masak sehinga kuah pecah minyak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.

suke pulak makan masam-masam sekarang : )

Nota: Kalau nak tambah dengan pucuk meranti pun boleh, lagi sedap rasa masak lemak ni nanti, belimbing buloh juga boleh digunakan selain asam gelugor.

Share

 

Comments  

 
0 #4 2011-08-27 15:31
masak lemak cili api mana ada pakai bawang, cili api dengan kunyit je.. orang kato kalau nak tau podeh(pedas) eh lado. makan la masak lomak cili api n9. silap2 nampak mokah. hehe
Quote
 
 
0 #3 2011-08-20 16:25
bawang mmg xletak ker?
Quote
 
 
0 #2 2011-08-18 17:20
kak ros..masak lemak camni xpyh letak bwg pun sedap ye?
Quote
 
 
0 #1 2011-08-18 14:02
resipi paling simple dan pasti menyelerakan...hahaha...biase gak buat tp x pnh letak mangga muda. nanti nk try la..
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh