Masakan - Ikan

Share

Bahan-bahannya

1 ekor ikan saba ( saiz sederhana) dipotong 6 bahagian ( nak guna ikan lain pun boleh)

2 sudu besar cili kering ( boleh tambah lagi dua tiga sudu cili kalau nak pedas)

1 batang serai ( dititik atau hanya dibelah dua)

2 inci halia ( diptong nipis)

3 helai daun limau purut ( carik-carikkan kasar)

sedikit belacan

3 biji bawang merah atau ( 1/4 bi ji bawang besar saiz kecil)

1 biji bawang putih

1/2 cawan air asam jawa

1 biji tomato

beberapa kacang bendi

sedikit minyak untuk menumis

garam

Cara-caranya

1. Blender halus belacan, bawang besar dan bawang  putih hingga hancur, kalau nak tumbuk guna lesung batu lagi bagus.

2. Tumis daun limau purut, serai dan halia hingga naik bau, kemudian baru masukkan cili kisar dan bahan yang telah diblender tadi, tumis hingga betul-betul garing. Selepas itu masukkan setengah biji tomato yang telah dipotong kecil, kacau sebati, kacau selalu dan biarkan tomato hancur.

3. Kemudian masukkan air asam jawa dan 1 cawan air, biarkan mendidih, selepas itu masukkan ikan dan kacang bendi, setelah kacang bendi empuk, baru masukkan baki tomato tadi yang telah dipotong 4, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Nota: Ikan tu kalau nak goreng separuh masak dulu pun boleh, tapi ros terus letak je, kalau guna ikan besar sikit  baru ros goreng dulu, ros suka kuah asam pedas ni, sedap je hirup sampai habis, makan satu lauk ni pun dah memadai bagi ros, ade ikan dan sayur-sayuran dlm satu menu.: )

Share

 

Comments  

 
0 #8 2010-04-24 17:26
Quoting MamaFaMi:
Saalam Ros... Kecurnya tengok asam pedas Ros ni... makan dengan nasi panas, mahu bertambah 2 pinggan!

ros pun suke makan asam pedas ni kak, klu makan bertambah juga hihi, mama masak ape hari ni?
Quote
 
 
0 #7 2010-04-24 09:47
Saalam Ros... Kecurnya tengok asam pedas Ros ni... makan dengan nasi panas, mahu bertambah 2 pinggan!
Quote
 
 
0 #6 2010-02-26 14:01
Quoting tiha:
ikan saba macam ikan apa eks ??

Quoting tiha:
ikan saba macam ikan apa eks ??

saba tu makarel tiha, dia mcm ikan mambung tu, isi dia padu, sedap...hihi
Quote
 
 
0 #5 2010-02-25 22:08
ikan saba macam ikan apa eks ??
Quote
 
 
0 #4 2010-02-25 17:23
Quoting ummi:
Ros, awat laju sgt nih..xdan nak telan cucu badak, Ros dah hidang asam pedas nih! Mau tersedak n tercungap akak dibuatnya...terliur tgk kuah merah2 gitu :roll:

asam pedas ni merah je lebey tu kak, tak pedas pun sbb ros letak tomato kot hihi, tak pe akak tapau buat dinner ye hihihihi
Quote
 
 
0 #3 2010-02-24 16:29
Ros, awat laju sgt nih..xdan nak telan cucu badak, Ros dah hidang asam pedas nih! Mau tersedak n tercungap akak dibuatnya...terliur tgk kuah merah2 gitu
Quote
 
 
0 #2 2010-02-24 15:40
Quoting Sue@Nenie:
Nyum nyum nyum...asam pedasss..bestnyaaaa

best best, di tekak ros nilah, hihi, cuba nenie try, suke asam pedas tak? ni klu ganti dgn ikan terubuk sedap ni kan hihihi
Quote
 
 
0 #1 2010-02-24 15:01
Nyum nyum nyum...asam pedasss..bestnyaaaa
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh