
Kali ni ros buat kalainan sikit pada kari rice yang selalu ros masak, ros tambah 1/2 cawan juice apple, sedap jugak, tambah sedap kuah kari tu, dapat infor letak juice apple ni dari rancangan tv jepun, katanya akan membuatkan kuah kari lagi sedap dan manis, ape lagi ros cubalah, resepi same je macam kari rice yang pernah ros letak dulu, cuma penambahan jus epal je...resepi boleh rujuk kt bawah ni ye.
Bahan-bahanya 250gm daging- dipotong kecil ( nak hiris nipis-nipis pun buleh) 1/2 biji bawang besar- dihiris nipis 1 batang carrot- dipotong kecil 2 biji kentang- dipotong kecil Beberapa potong labu ( tak nak letak pun takpe) 2 1/2 cawan air 1 susu besar sos tiram 1 sudu kecil gula garam 4 sudu besar minyak masak 2 sudu besar serbuk kari S&B 1/2 cawan juice apple (100%)
cara-caranya:
1.panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk.Tumis bawang besar dengan api kecil sehingga perang. Kemudian masukkan serbuk kari S&B. Kacau sebati.
2. Selepas itu masukkan daging dan kacau sebentar, kemudian masukkan air dan jus apple, masak sehingga daging empuk, setelah daging betul-betul empuk, masukkan carrot dahulu, biarkan beberapa minit baru masukkan kentang dan labu. masak sehingga kuah pekat dan sayur menjadi empuk.
3. Sesuaikan rasa, masukkan gula, garam dan sos tiram.
4. Setelah kuah agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih jepun. Cara hidangan, letakkan nasi separuh pinggan kemudian curahkan kari tadi bersebelahan nasi, ni cara orang jepun hidangkan kari rice. letak dalam bowl kecil pun boleh.Selamat Mencuba.

suke letak yukari atas nasi tu, sedap..

tofu lembut yang dimakan bersama soyu dan hirisan daun bawang jepun

salad tuna berjagung pun ade, pelengkap menu
Nota:masa nak empukkan daging tu ros gunakan pressure cooker, biar cepat empuk, dan bila masukkan sayur-sayur tu ros tak tutup dah periuk tu, biarkan sayur tu masak seperti biasa.
|

Hari rabu lepas 9 jun 2010, kebetulan abang cuti sehari, dari pagi memang dah sibuk uruskan visa di imgaration, cuma nak transfer visa ke passport baru ros je, lepas tu, ke pejabat pos dan wardoffice untuk inform dah tukar alamat, lepas selesai tu semua kami decided nak menjamu selera di Fisherman Market Kobe
Nilah first time kami ke sini, dah lama plan nak datang sini sebenarnya, Alhamdulillah ade masa ade rezeki dapat kami merasa dan menikmati makanan di sana, harga pun boleh tahan, tak mahal sangat jika nak dibandingkan dengan pelbagai makanan yang dihidangkakn.
Rambang mata nak pilih, semua nye klu boleh nak rasa hahahaha, tapi ade gak yang takleh makan, sbb campur daging or ayam, kebetulan ade seorang pekerja tu dari indonesia namanya yusuf, dia tegur ros dan bgtau mane yang boleh dan mane tak boleh makan. Dua tiga kali round gak lah ros amik ketam besar tu, makan sampai kenyang, tu belum spaghetti, sushi, pizza, pelbagai jenis nasi, buah-buahan, aiskrim dan pilihan minuman. Lain kali boleh pegi sini lagi, sedap pun sedap.
Harga yang dikenakan untuk lunch buffet ialah
Seorang dewasa - 1,782 yen , kanak-kanak 4 hingga 6 tahun 522 yen bawah 3 tahun free.
di bawah ni ade beberapa gambar yang sempat ros snap, niat di hati nak ambil semua gambar makanan yang dihidangkan tapi agak segan nak bawa camera, ni pun guna camera compat digital lumix je...: )

tu ade tertera harga yang dikenakan, boleh tahan lah...

first round kongsi-kongsi ni

second round, kongsi dengan kakak damia

third round makan yang sushi telur tu je, yang salmon tu abang makan

dessert - kek, kastera cake ball disalut coklat, buah-buahan dan aiskrim

ni lah spider crab tu, manis sangat, sedap ...

last minum setengah cawan cafe latte..
Nota: Boleh dikatan 95peratus hidangan yang disediakan berasaskan makanan laut, so takde masalah nak pilih, dan paling best tiada had masa, eat as you can...: )

main entrance Tennoji Zoo
Hari Khamis lepas 27hb May kami satu family pergi jalan-jalan ke Osaka Tennoji Zoo, bila tanya kakak damia nak tengok ape, terus dia kata nak tengok Lionn....jarak perjalanan pun tak berapa jauh dari rumah dalam 17km je, tapi amik masa nak 40 minit juga sebab banyak traffic light dan ade kesesakan lalu lintas sikit kt tengah bandar tu.
Sampai dalam pukul 12tengahari, dapat diskaun tiket sebab zoo ni buat promotion, selalunya harga tiket 500yen, tapi hari tu diberi 30% diskaun jadinya kena bayar 350yen je sorang, damia dan anas masuk free.
Bila dah masuk tu, penat berjalan, luas gak zoo ni, penuh dengan rambongan kanak-kanak kindergarden je, al-maklumlah hari biasa, ummi pun sibuk lah amik gambar gelagat anak-anak dan binatang yang ade depan mata, tak lama pun kami kt sana dalam 1 jam setengah je, cuaca agak sejuk hari tu,lunch kt sane, makan takoyaki dengan udon tempura , on the way balik tu, kakak damia dan anas tido dalam kereta kepenatan.
Di bawah ni ade beberapa gambar yang sempat ros ambil, buat tatapan semua : ) sesekali gi zoo pun seronok, anak-anak pun happy.

replika kaba ( badak air)

tu yang hommono ( real) tengah berendam

replika anak gajah

gajah dari Thailand...Sawadikap...hihihi

penguin pun ade

damia panggil unta ni Atok Camel hihihihi : )

Anas tengah leka tengok Tiger...

abah, Damia dan Polar Bear

Flamingo....cantik kann..

Anas dah kepenatan,letak dalam stroller pun dok elok je..
Nota: Balik je dari zoo ni malam tu Anas mula demam, sebab cuaca kat Jepun sekarang ni, kejap panas, kejap sejuk...sampai sekarang Anas tak berapa sihat lagi..odaijini ya Anas kun, kena rajin makan ubat ya.

Isnin Lepas memang dari pagi sibuk ke sana ke mari, mula-mula pagi ada appointment di hospital untuk checkup pregnant, petang pula pukul 3 hantar kakak damia ke KUMON, dan lepas je Kakak Damia habis kelas tu, terus ke Osaka Station untuk naik shinkansen( bullet) ke Tokyo.
Jarak perjalanan: 550KM
Menaiki: Bullet train ( Nozomi Ekpress)
Masa yang diperlukan: 2 1/2 Jam
Harga tiket: 27000yen - pergi balik ( lebih kurang RM891)
Pengiring setia: Kakak Damia
Destinasi : Shin Osaka-Kyoto-Nagoya-Shin Yokohama-Tokyo (Shinagawa)- Shibuya
Tujuan ke Tokyo adalah ingin mengambil passport yang telah siap di perbaharui, di luar negara seperti Jepun, jika renew passport tidak boleh siap hari yang sama, kena tunggu tiga bulan baru boleh ambil, maknanya kita kena alert lah bila tarikh expired , boleh renew 6 bulan awal dari tarikh sah laku.
Alhamdulillah semua perjalanan berjalan dengan lancar, bermalam di rumah Kak Aini, terima kasih atas layanan mesra, makan minum dan tempat tinggal yang disediakan, sempat lagi berjumpe Kak Ila dan juga Adam kun, terima kasih kak Ila hantar ros ke Shibuya eki, seterusnya pula ke Embassy Malaysia dan akhir sekali ke Tokyo Station untuk bertemu kawan-kawan, pada Kak Hani, Kak Umie , Kak ina dan Yusuf Kun, terima kasih tak terhingga juga kerana sudi berjumpe dengan ros, seronok rasanya dapat lunch bersama, bergurau senda dan gelak ketawa, kejap je masa berlalu, tepat pukul 12:45tengahari 25hb May kami pun bertolak pulang ke Osaka dan selamat sampai rumah pada pulul 4.15petang, penat jugak bila berjalan tengah sarat ni, tapi seronok dan lega kerana passport sudah berada di tangan. Rindu pula pada dua jejaka pujaan yang ros tinggalkan semalam, Abang dan Anas, senyum je bila Ummi dan balik : )
Di bawah ni ade beberapa gambar yang sempat ros ambil, tak bawak senapang Olympus tu, guna digital camera compact aja. : )

tiket bullet train

dapat naik shinkansen baru N700 ( lebih luas, laju dan selesa)

bersama anak-anak kak aini, Nabila, Farah dan Naim

rumah kakitangan kerajaan kedutaan Malaysia di Tokyo

lunch soba di Tokyo station

damia boring dalam bullet train, bagi dia main games jab

ummi dengar surah yasen

Alhamdulillah, selamat sampai Osaka ke-esokkan harinya, tepat pukul 15.09petang
Nota: Pada Kak Aini dan Kak Hani terima kasih atas buah tangan dah hadiah yang diberikan seronok sangat dapat dua hadiah ni, ade rezeki lain kali kita gathering lagi ya.

Sekarang ni dah mula panas sikit dekat Osaka, jadinya asyik nak makan yang sejuk-sejuk je, kalau dah warm macam ni, memang banyak kedai atau restoren menghidangkan dan mempromosikan mochi atau dango yang di makan bersama aiskrim, pelbagai perisa tersedia, namun perisa yang digunakan masih perisa traditional jepun seperti, matcha ( teh hijau) anko ( kacang merah) dan kinako ( serbuk dari kacang soya).
Di bawah ni ade beberapa gambar yang ingin ros kongsikan dengan semua, ade warabi mochi, ( ala-ala abuyat sikit) matcha dango ( bebola tepung pulut perasa teh hijau) yang dimakan bersama kacang merah dan aiskirm serta dango ( bebola pulut) yang di celup kuah soyu ( kicap jepun) manis yang pekat, harga pun tak berapa mahal. : ) nyaman je bila masuk mulut...Oishikatta yo...

bebola tepung pulut yang dimakan bersama kacang merah dan aiskrim

ros suke yang ni, sedap....

bebola pulut yang dicelup dengan kuah soyu manis yang pekat

warabi mochi yang dimakan bersama aiskirm, sos gula merah dan serbuk kinako

warabi mochi

setelah disalut dengan kinako ( serbuk dari kacang soya)
Nota: Ni adalah pencuci mulut yang femes di jepun bila tiba musim panas, nak buat sendiri tak reti, tapi kalau cuba boleh je kot hihihi : ), sebab mochi ni selalunye guna tepung nye yang tersendiri.
|
|