Matahari Terbenam Di Pelabuhan Osaka
| Blog - Jalan-jalan |
| Share |

ummi pun nak gak posing satu keping hihihi...
Hari Jumaat lepas 7 May pukul 6 petang kami satu family ke Jeti Pelabuhan Osaka bertujuan menikmati permandangan matahari terbenam. Jarak dari rumah tak sampai pun 2 KM, dekat sangatlah, naik kete pun tak sampai 10 minit, Bila sampai kt Jeti ni, suasana lengang je, ade dua orang pakcik sedang memancing dan beberapa pengunjung yang sedang berjoging. Kawasan jeti niĀ luas dan selesa, paling seronok dah tentunya Anas, puas dia berlari ke sana kemari di temani Kakak Damia dan atas selian Abang, Ummi nye pulak sibuk menembak...hihi : )
Di bawah ni ade beberapa gambar sunset yang sempat disnap dan ros ingin berkongsi dengan semua, masa tengok sunset ni, angin laut bertiup sepoi-sepoi bahasa je, nyaman...ditambah pula dengan permandangan yang begitu Indah sekali dan kapal-kapal besar serta bot-bot yang lalu lalang, SubhanaAllah...Agungnya Ciptaan Mu Ya Allah..

matahari terbenam dan pagar jeti

model pertama- cik abe ku hihihi

indahnya permandangan

model kedua kakak damia dan rambut curly nye : )

lampu-lampu di jeti
Nota: Nak menikmati gambar yang lain ade di GALLERY OLYMPUSKU ya..., Gambar Anas ade sikit je, sebab budak kecik tu sibuk belari...heheheehe : )
| Share |
















Comments
salam perkenalan buat Kakyan ya, seronok duduk sini, bab jalan2 kot kak, tp hati still kt mesia jugak...
akak rasa seronoknya awak kat sana..ak dpt p pun, dpt tgk gambar2 awak, pun ALHAMDULLILAH..
kakchik, kemahiran yang baru nak digilap, alat camera pun yang basic je tu, tapi Alhamdulillah dapat jugak merakam gambar sunset yang ros gemari, khas buat tatapan kwn-kwn, trima kasih ya kakchik bagi link kwn tu, mmg cantiklah semua gambar kt blog dia tu
thank you because said all this pictures beutiful...khas buat tatapan kawan-kawan..love meh lah datang sini, boleh kita tgk sunset sama-sama
Mashaallah... cantik sekali pemandangan alam ciptaan Allah. Dengan kemahiran dan alat yang ros ada, terakamlah keindahan alam di sana. Kakchik tumpang untung. Walau dok jauh, dapat juga menikmati cahaya Osaka.
p/s: kakchik kenal seorang jurugambar yg sangat suka menembak, http://rizaltahir.blogspot.com/
RSS feed for comments to this post.