Blog - Jalan-jalan

Share

Isnin Lepas memang dari pagi sibuk ke sana ke mari, mula-mula pagi ada appointment di hospital untuk checkup pregnant, petang pula pukul 3 hantar kakak damia ke KUMON, dan lepas je Kakak Damia habis kelas tu, terus ke Osaka Station untuk naik shinkansen( bullet) ke Tokyo.

Jarak perjalanan: 550KM

Menaiki: Bullet train ( Nozomi Ekpress)

Masa yang diperlukan: 2 1/2 Jam

Harga tiket: 27000yen - pergi balik  ( lebih kurang RM891)

Pengiring setia: Kakak Damia

Destinasi : Shin Osaka-Kyoto-Nagoya-Shin Yokohama-Tokyo (Shinagawa)- Shibuya

Tujuan ke Tokyo adalah ingin mengambil passport yang telah siap di perbaharui, di luar negara seperti Jepun, jika renew passport tidak boleh siap hari yang sama, kena tunggu tiga bulan baru boleh ambil, maknanya kita kena alert lah bila tarikh expired , boleh renew 6 bulan awal dari tarikh sah laku.

Alhamdulillah semua perjalanan berjalan dengan lancar, bermalam di rumah Kak Aini, terima kasih atas layanan mesra, makan minum dan tempat tinggal yang disediakan, sempat lagi berjumpe Kak Ila dan juga Adam kun, terima kasih kak Ila hantar ros ke Shibuya eki, seterusnya pula ke Embassy Malaysia dan akhir sekali ke Tokyo Station untuk bertemu kawan-kawan, pada Kak Hani, Kak Umie , Kak ina dan Yusuf Kun, terima kasih tak terhingga juga kerana sudi berjumpe dengan ros, seronok rasanya dapat lunch bersama,  bergurau senda dan gelak ketawa, kejap je masa berlalu, tepat pukul 12:45tengahari 25hb May kami pun bertolak pulang ke Osaka dan selamat sampai rumah pada pulul 4.15petang, penat jugak bila berjalan tengah sarat ni, tapi seronok dan lega kerana passport sudah berada di tangan. Rindu pula pada dua jejaka pujaan yang ros tinggalkan semalam, Abang dan Anas, senyum je bila Ummi dan balik : )

Di bawah ni ade beberapa gambar yang sempat ros ambil, tak bawak senapang Olympus tu, guna digital camera compact aja. : )

tiket bullet train

dapat naik shinkansen baru N700 ( lebih luas, laju dan selesa)

bersama anak-anak kak aini, Nabila, Farah dan Naim

rumah kakitangan kerajaan kedutaan Malaysia di Tokyo

lunch soba di Tokyo station

damia boring dalam bullet train, bagi dia main games jab

ummi dengar surah yasen

Alhamdulillah, selamat sampai Osaka ke-esokkan harinya, tepat pukul 15.09petang

Nota: Pada Kak Aini dan Kak Hani terima kasih atas buah tangan dah hadiah yang diberikan seronok sangat dapat dua hadiah ni, ade rezeki lain kali kita gathering lagi ya.

Share

 

Comments  

 
0 #12 2010-05-28 16:38
Quoting love2cook:
Hi Ros, glad to know U r back to Osaka! Beslah bullet tuh! ;)

U take care dearie!

best naik bullet train ni laju...tapi tiket mahaiii, huhu, thanks ya love selalu concern pasal love, ni sayang ni
Quote
 
 
0 #11 2010-05-28 16:37
Quoting kakchik:
salam jumaat yg mulia utk ros. semoga hari ni sihat2 sentiasa.
jauhnya perjalanan, tiket pun begitu mahal, mashaallah... tapi berbaloi la kan.
kakchik doakan ros dan baby sihat sokmo begitu jg dgn baby2 besar yg lain tu.

baby anas tak sihatlah kak, demam start pagi tadi, tiket mahal, tp cepat sampai, hihi, yang lega tu, semuanya berjalan dgn lancar, Alhamdulillah...
Quote
 
 
0 #10 2010-05-28 16:36
Quoting Sue@nenie:
Salam Ros,
lega kan bila semua settle...wahhhh mahalnya tiket train itewwwww.....apa-apa pun alhamdulillah bila semuanya selamat....

dipermudahkan semua urusan ros hari tu,lancar je, Alhamdulillah, kak sue sihat ke tu? tiket nak buat camne kak, mahal pun mahal lah, janji cepat sampai hihihi
Quote
 
 
0 #9 2010-05-28 16:35
Quoting sweetsal:
salam..seronok nye dok jepun..cuaca sana mesti sejuk kann..mesia ni panas giler..ni keje ke belajar?..anak sy pun ada di jepun sedang belajar.. :D

salam kak sal, saya tak keje tak blaja, jadi suri rumah je kak, husband yang keje, oo anak blaja kt sini ye, kt area mana?
Quote
 
 
0 #8 2010-05-28 16:34
Quoting rishazalia:
alahai... dah selamat sampai pun ke osaka semula... alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. bila kak lia tgk harga tiket tu kan... hehehe... mahai ye...

mahai kan kak, tu yang kena gi berdua je ngan kakak damia tu, huhu, klu gi berempat berlipat kali ganda lah jawabnya kos tu, hihihi
Quote
 
 
0 #7 2010-05-28 09:26
Hi Ros, glad to know U r back to Osaka! Beslah bullet tuh! ;)

U take care dearie!
Quote
 
 
0 #6 2010-05-28 09:16
salam jumaat yg mulia utk ros. semoga hari ni sihat2 sentiasa.
jauhnya perjalanan, tiket pun begitu mahal, mashaallah... tapi berbaloi la kan.
kakchik doakan ros dan baby sihat sokmo begitu jg dgn baby2 besar yg lain tu.
Quote
 
 
0 #5 2010-05-28 01:01
Salam Ros,
lega kan bila semua settle...wahhhh mahalnya tiket train itewwwww.....apa-apa pun alhamdulillah bila semuanya selamat....
Quote
 
 
0 #4 2010-05-27 19:54
salam..seronok nye dok jepun..cuaca sana mesti sejuk kann..mesia ni panas giler..ni keje ke belajar?..anak sy pun ada di jepun sedang belajar..
Quote
 
 
0 #3 2010-05-27 19:05
alahai... dah selamat sampai pun ke osaka semula... alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. bila kak lia tgk harga tiket tu kan... hehehe... mahai ye...
Quote
 
 
0 #2 2010-05-27 19:00
Quoting Asmara:
Wah Ros, balik tengok tempat lama eh. hehe.. eh act. kan abg akak pun baru je gi embassy hari Isnin lepas pun amik pasport Haqem yang dah siap. Kalau hari yang sama ntah2 terserempak. hehe..Abg akk gi sorang je lgpun tak boleh pegi semua Haqem ni kene chicken pox la. huhu.. take care Ros. tak lama je lagi tu. :)

oo yeke, ros amik hari selasa kak, heheehehe, haqeem sihat dah ke? tulah kak, rindu tempat lama, tu yang confident je gi dgn damia tu haheheheeee
Quote
 
 
0 #1 2010-05-27 18:38
Wah Ros, balik tengok tempat lama eh. hehe.. eh act. kan abg akak pun baru je gi embassy hari Isnin lepas pun amik pasport Haqem yang dah siap. Kalau hari yang sama ntah2 terserempak. hehe..Abg akk gi sorang je lgpun tak boleh pegi semua Haqem ni kene chicken pox la. huhu.. take care Ros. tak lama je lagi tu. :)
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh