Blog - Jalan-jalan

Share

main entrance Tennoji Zoo

Hari Khamis lepas 27hb May kami satu family pergi jalan-jalan ke Osaka Tennoji Zoo, bila tanya kakak damia nak tengok ape, terus dia kata nak tengok Lionn....jarak perjalanan pun tak berapa jauh dari rumah dalam 17km je, tapi amik masa nak 40 minit juga sebab banyak traffic light dan ade kesesakan lalu lintas sikit kt tengah bandar tu.

Sampai dalam pukul 12tengahari, dapat diskaun tiket sebab zoo ni buat promotion, selalunya harga tiket 500yen, tapi hari tu diberi 30% diskaun jadinya kena bayar 350yen je sorang, damia dan anas masuk free.

Bila dah masuk tu, penat berjalan, luas gak zoo ni, penuh dengan rambongan kanak-kanak kindergarden je, al-maklumlah hari biasa, ummi pun sibuk lah amik gambar gelagat anak-anak dan binatang yang ade depan mata, tak lama pun kami kt sana dalam 1 jam setengah je, cuaca agak sejuk hari tu,lunch kt sane, makan takoyaki dengan udon tempura , on the way balik tu, kakak damia dan anas tido dalam kereta kepenatan.

Di bawah ni ade beberapa gambar yang sempat ros ambil, buat tatapan semua : ) sesekali gi zoo pun seronok, anak-anak pun happy.

replika kaba ( badak air)

tu yang hommono ( real) tengah berendam

replika anak gajah

gajah dari Thailand...Sawadikap...hihihi

penguin pun ade

damia panggil unta ni Atok Camel hihihihi : )

Anas tengah leka tengok Tiger...

abah, Damia dan Polar Bear

Flamingo....cantik kann..

Anas dah kepenatan,letak dalam stroller pun dok elok je..

Nota: Balik je dari zoo ni malam tu Anas mula demam, sebab cuaca kat Jepun sekarang ni, kejap panas, kejap sejuk...sampai sekarang Anas tak berapa sihat lagi..odaijini ya Anas kun, kena rajin makan ubat ya.

Share

 

Comments  

 
0 #6 2010-06-07 11:58
Quoting k.yan:
alalalala....windu nya kat damia ngan anas.... muahss muahsss

rindu ke kakyan?? meh meh dtg rumah baru ni pulak, jom jom jalan osaka lagi
Quote
 
 
0 #5 2010-06-05 14:35
alalalala....windu nya kat damia ngan anas.... muahss muahsss
Quote
 
 
0 #4 2010-06-01 12:51
Quoting nurindah:
salam ros,
Ala..mana gambar ros? dah besar rupanya damia dan anas. Pestime jugak nampak gambar abah damia.
Wah!seronok gi zoo. Mesti anak2 asyik tunjuk itu ini jer. :D

saje je letak gambar babah diaorng ni hehhee, besar dah dua org ni kak, dua org mcm 10 org riuhnya rumah ni heheeee
Quote
 
 
0 #3 2010-06-01 12:50
Quoting izahmuffin:
wah suka la bebudak gi zoo kan..anas ni umur berapa ros?mesti tak jauh dengan adik bakal lahir ni kan..hehee

masa anak dpt adik nanti umur dia genap genap 2 tahun sebulankak..rapat jugaklah heheeheee
Quote
 
 
0 #2 2010-06-01 09:24
salam ros,
Ala..mana gambar ros? dah besar rupanya damia dan anas. Pestime jugak nampak gambar abah damia.
Wah!seronok gi zoo. Mesti anak2 asyik tunjuk itu ini jer.
Quote
 
 
0 #1 2010-06-01 09:23
wah suka la bebudak gi zoo kan..anas ni umur berapa ros?mesti tak jauh dengan adik bakal lahir ni kan..hehee
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh