Kari Jepun Jus Apple
| Blog - Jalan-jalan |
| Share |

Kali ni ros buat kalainan sikit pada kari rice yang selalu ros masak, ros tambah 1/2 cawan juice apple, sedap jugak, tambah sedap kuah kari tu, dapat infor letak juice apple ni dari rancangan tv jepun, katanya akan membuatkan kuah kari lagi sedap dan manis, ape lagi ros cubalah, resepi same je macam kari rice yang pernah ros letak dulu, cuma penambahan jus epal je...resepi boleh rujuk kt bawah ni ye.
Bahan-bahanya
250gm daging- dipotong kecil ( nak hiris nipis-nipis pun buleh)
1/2 biji bawang besar- dihiris nipis
1 batang carrot- dipotong kecil
2 biji kentang- dipotong kecil
Beberapa potong labu ( tak nak letak pun takpe)
2 1/2 cawan air
1 susu besar sos tiram
1 sudu kecil gula
garam
4 sudu besar minyak masak
2 sudu besar serbuk kari S&B
1/2 cawan juice apple (100%)
cara-caranya:
1.panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk.Tumis bawang besar dengan api kecil sehingga perang. Kemudian masukkan serbuk kari S&B. Kacau sebati.
2. Selepas itu masukkan daging dan kacau sebentar, kemudian masukkan air dan jus apple, masak sehingga daging empuk, setelah daging betul-betul empuk, masukkan carrot dahulu, biarkan beberapa minit baru masukkan kentang dan labu. masak sehingga kuah pekat dan sayur menjadi empuk.
3. Sesuaikan rasa, masukkan gula, garam dan sos tiram.
4. Setelah kuah agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih jepun. Cara hidangan, letakkan nasi separuh pinggan kemudian curahkan kari tadi bersebelahan nasi, ni cara orang jepun hidangkan kari rice. letak dalam bowl kecil pun boleh.Selamat Mencuba.

suke letak yukari atas nasi tu, sedap..

tofu lembut yang dimakan bersama soyu dan hirisan daun bawang jepun

salad tuna berjagung pun ade, pelengkap menu
Nota:masa nak empukkan daging tu ros gunakan pressure cooker, biar cepat empuk, dan bila masukkan sayur-sayur tu ros tak tutup dah periuk tu, biarkan sayur tu masak seperti biasa.
| Share |

















Comments
dekat link lama kare rice tu ade gambar serbuk s&B tu, nnt cari ya, kak jusco eon ade jual , sedap tau kari ni, anak2 sure suke punye
ros selalu buat salad jagung tu kak, sedap sedap, nnt beli jagung dlm tin tu je kak, jgn beli creamy jagung udah heheehehee
jom kak, jemput makan, klu dekat leh kasi akak rasa sikit ni
tak sure lah kak,klu nak ganti kentang dgn ringo tu heheeh, betul kata akak, belum cuba belum tau kan heheheehee
RSS feed for comments to this post.