Blogger Masakan di Media Cetak ( Kak Ummi Kuantan dan Cik Mat Gebu)
| Blog - Jalan-jalan |
| Share |

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera semua, maaf ya BSM sudah lama tidak berupdate dengan resepi dan gambar masakan terbaru, ros sekarang ade tugas baru iaitu jadi nurse, anak ros wazhif dan anas tidak sihat, jadinya memang masa untuk berinternet agak terhad. Berbalik pada tajuk besar di atas tu, rasanya masih tidak terlambat untuk ros mengucapkan Tahniah buat Kak Ummi Kuantan dan Cik Mat Gebu kerana resepi dan gambar dari blogger berdua ini telah pun dimuatkan di dalam majalah Jelita keluaran Mac 2011.
Alhamdulillah sekarang Blogger terutamanya dalam dunia Masakan semakin dihargai, seronok ros tengok gambar makanan dari Kak Ummi dan CMG dalam majalah Jelita ni, walaupun kami tak pernah bertentang mata namun, keakraban kami di dunia cyber telah terjalin sekian lama, terutamanya pada Kak Ummi , sikap Kak Ummi amat ros senangi, kami selalu ber YM dan berchatting mesra, Kak Ummi juga seorang sahabat cyber yang sentiasa merendah diri dan ikhlas berkawan dengan semua orang.
Dengan kejayaan yang membanggakan ini, ros harap Kak Ummi dan Cik Mat Gebu lebih bersemangat untuk berkongsi banyak lagi resepi yang istimewa buat semua, Tahniah sekali lagi ros ucapkan. : )

Tahniah ya Kak Ummi...tumpang bangga..

masakan yang sungguh istimewa, tak keluar lagi dalam blog kak ummi ni

gambar yang cantik dan menyelerakan, suke tengok

ni pula hasil masakan dan cara bergambar dari Cik Mat Gebu...nnt buleh try..
Nota: Pada yang belum mendapatkan majala Jelita keluaran Mac 2011 ni, cepat pergi dapatkannya, tanda kita memberi sokongan pada semua blogger masakan, selain itu terdapat juga pelbagai informasi dalam majalah ni, rugi pada mereka yang tak mendapatkanya.
| Share |

















Comments
RSS feed for comments to this post.