Memetik Kerukup Siam aka Ceri Kampung
| Blog - Jalan-jalan |
| Share |

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, hari ni takde menu makanan ya, cuma ade buah kerukup siam ni je, ataupun lebih dikenali sebagai ceri kampung, buah ni nostalgia bagi ros, dulu masa kecik-kecik suke makan, pantang nampak yang merah, mesti nak petik, sampai panjat pokok ceri ni pun ade, tu cerita masa childhood lah, kebetulan ade sepokok kat depan rumah ros ni, saje je snap dan kongsikan dengan kawan-kawan yang lain, pasti bila tengok gambar ceri kampung ni menggamit kenangan lama.
Mengikut Fakta dari Wikipedia - Kerukup Siam berasal dari selatan Mexico, Caribbean, Amerika Tengah dan barat Amerika Selatan di selatan Peru dan Bolivia. Pada akhir abad ke-19, tumbuhan ini dibawa masuk ke Filipina dan dengan cepat tersebar ke seluruh wilayah Asia Tenggara. Kini, buah pokok ini diimport dari Asia Tenggara ke Eropah kerana buah ini dikatakan hampir pupus di Eropah.
Di Mexico, daun pokok ceri ini boleh dibuat teh, dan buahnya dibuat jem ataupun dimakan secara segar. Di Brazil, pokok ini selalunya ditanam di tepi sungai. Buah yang jatuh ke dalam sungai akan dimakan ikan yang kemudian ditangkap.
Nak tau lebih lanjut mengenai serukup siam ni boleh klik link Wikipedia ni ya.

ni lah pokok ceri kampung nan sebatang di depan rumah

masak dah kat dahan ni

jom petik jom, ceri kampung gari ( picking)

merah menyala....sedap ni manis

baunya pun harum je, macam bau karamel

abaikan je tangan yang gemuks tu mueheeheheheeee

kasi zoom sikit, biar nampak clear.
Nota: Pada yang tak pernah rasa dan lihat ceri kampung ni, di atas ni ade imej mengenainya, tapi pada anak-anak kampung macam ros ni, mesti tau punye pokok ni, pokoknya memang cepat rendang dan tinggi, berbuah pun lebat.
| Share |
















Comments
pokok ni mmg glamer zmn kite kanak.
buahnye mmg sedap..manis.
tp time malam..buah ni jd fevret kelawar. bukannye dimakan..dipicit pastu isinye melekat kat dinding umh.
bile kering...payah tul nk bersihkan.
RSS feed for comments to this post.