Blog - Jalan-jalan

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, hari ni ros nak bercerita pengalaman ros drive ke Melaka dan Rembau hari sabtu yang lepas, bertemankan kakak damia sebagai rakan berbual, mula-mula tak confident gak nak drive sorang-sorang ni, tapi kuatkan semangat je, nak dikatakan dekat, taklah, jauh jugak ros rasa, dari rumah ni ke Ayer Keroh Melaka, masa yang diperuntukkan lebihkurang 2 jam 45 minit, sesat jugak nak cari dewan bistari tu, sebab terlepas simpang, Melaka sekarang banyak jalan baru, tu yang makin keliru.

Alhamdulillah tepat pukul 12.50tengahari, sampai juga akhirnya dengan selamat, sampai-sampai je pengantin tengah berarak, ikutlah sekali rambongan pengantin lelaki tu, sampai depan pelamin snap gambar sikit, Kakak damia excited tengok pengantin, lauk pauk pun sedap-sedap, part paling seronok bagi ros, dapat jumpe kawan-kawan lama masa sekolah masak-masak dulu, dah 12 tahun tak jumpe, masing-masing maintain je cun dan beseri-seri. Pada Tutee Amrah dan Suami semoga bahagia selalu dan kekal hingga ke anak cucu.

Sayang tak boleh lama, sebab ros kena kejar masa ke Rembau pula, sebab ade Reunion, sampai sane pun tak dapat nak snap banyak-banyak, sebab leka berborak dengan cikgu-cikgu serta kawan-kawan lama, ros dekat sana sampai pukul 5petangje, itupun ros minta diri dulu sebelum mesyuarat habis, yang pastinya sabtu lepas memang mengukir kenangan yang indah  bagi ros, pada kawan-kawan lama dan ex-VERT semoga jalinan persahabatan kita akan kekal sampai bila-bila. sayang semua.

nilah mak ayah pengantin perempuan, dah macam mak ayah ros sendiri dah.

pengantin baru Tutee Amrah dan Suaminya...so sweet

ex-vert class of 1998/1999, dari kiri, Dora, Dila, Faezah, Ramlah, Saya dan Elly

dengan Ramlah...kembar ros ni...sama tarikh lahir...heheheehee

dengan elly dan ramlah, sesekali nak enterprem..

dengan Farahliza dan anak-anaknya..masih cute lah farah ni

banner reunion n mesyuarat sekolah lama ros

nilah kawan-kawan lama ros tu, dari kiri raha dan nazri...pada raha dan suami nya selamat pengantin baru.

Nota: Terima kasih buat camerawoman faezah aka Agus, sebab amikkan gambar alang hari tu, jasamu dikenang.....: )

Share

 

Comments  

 
0 #3 in 2012-02-08 14:57
ros..saya kenal ramlah tu..hihi mutual friend dengan efa..lama tak jumpa dia..
Quote
 
 
0 #2 2011-05-10 15:03
mmg seronok hari sabtu tu.. tapi tulah tak semua yang dtg..nak bual panjang pon x berkesempatan...kalau dapat dok lame lg mesti bnyk cerita kan?.. alang nnti farah link entry alang ni kat blog yek!!tq..
Quote
 
 
0 #1 2011-05-10 13:44
Seronok kan kalau jumpa kawan2 lama ni..:)
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh