Informasi dan rujukan - Informasi dan rujukan

Share

 

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, hari ni ros nak berkongsi dengan semua pelawat BSM mengenai kelebihan beras perang dan telur omega 3, Ros mula makan beras perang dan telur omega 3 ni bulan lepas, kesannya sangatlah positif, baik untuk ros dan juga anak-anak, walaupun rupa nya agak perang, dan lain dari beras putih tu, namun khasiatnya cukup baik. Walaupun harga nya agak sedikit mahal dari beras putih namun kebaikkanye berlipat kali ganda, begitu juga dengan  Telur Omega 3 ini, baik untuk kecerdasan otak, di bawah ni ros sertakan juga kebaikkanye yang ros baca di Internet.

Sumber Artikel dari Sabah.Forum.Com...Tq so much

Kelebihan beras perang

1. mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan
2. mengekalkan berat badan yang ideal
3. mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser
4. menurunkan kolesterol dalam badan
5. baik untuk wanita yang menopouse(menjaga jantung dan darah tinggi)
6. mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2.
7. mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat,
8. kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.

Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang. Beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih. Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.

Siapakah yang sesuai mendapat manfaat daripada beras perang?

Beras perang baik dimakan oleh individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.

Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks

Satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih.

Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar namun, tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya.

Sumber Artikel Telur Omega 3 dari Petua nenek.Tripod.Com

KELEBIHAN TELUR OMEGA-3

Omega-3 adalah telur yang diperkaya dengan segala khasiat untuk anda yang pentingkan kesihatan. Omega-3 adalah telu yang dihasilkan oleh ayam daripada baka yang baik. Seperti juga telur-telur lain yang kaya dengan protein, vitamin dan mineral, telur Omega-3 mempunyai khasiat yang sama tetapi memberikan sumber khasiat tambahan iaitu asid lemak Omega-3 dan vitamin E.

Kelebihannya:

1. Sumber lemak poli tak tepu Omega-3 untuk kecerdasan otak.
2. Sumber vitamin E yang baik untuk kulit lebih sihat.
3. Memberikan kadar minima 18 peratus pengambilan harian lemak poli tak tepu Omega-3 seperti yang disarankan (6 kali lebih banyak daripada telur ayam biasa)
4. Memberikan 40 peratus lebih vitamin E (5 kali lebih banyak daripada telur biasa).
5. 50 peratus rendah kolesterol berbanding telur ayam biasa. Baik untuk kesihatan jantung.
6. Tahan lebih lama (boleh disimpan sehingga 45 hari pada suhu 4-28 darjah selsius)

tertera akan kebaikkan telur omega 3 ini

Nota: Rasa beras perang tak lah jauh beza dengan beras biasa, bagi ros sedap je, anak-anak tak memilih sangat, semua pakat makan, telur omega ni juga, warna kuning nye tu pekat, dan pastinya berkhasiat : ) satu pelaburan yang baik untuk jangka masa panjang.

Share

 

Comments  

 
0 #7 sitimunirah@yahoo.com.my 2014-03-12 14:32
Quote
 
 
+1 #6 Anne 2013-02-18 20:16
Saya nk tanya..klu saya tak simpan beras dlm peti ais ok tak? Brg peti ais dh byk, xde space dh nk smpn..sy smpn mcm beras putih biasa jer.
Quote
 
 
-2 #5 lagenda 2013-01-03 11:24
beras perang tempatan 5kg RM18
beras putih 5% tempatan 10kg RM26
Quote
 
 
0 #4 Janet 2012-12-03 23:14
Adakah beras perang ni bagus untuk budak berumur 3 tahun yang mengalami sawan?
Quote
 
 
-3 #3 Huss 2012-07-25 13:44
Saya tertarik dengan info yg sangat berguna ni....mmg lps ni nak try beli n makan beras perang ni....Nak tanya kt Jepun ada gak ke beras perang ni?
Quote
 
 
+2 #2 sarah 2012-01-10 12:00
beras perang tu mahai sikit reganya..telur pun sama, kalu yang gaji lebat ok, yang tak makan yang biasa je la..apaapa pun yang penting kita jaga kesihatan kita..
Quote
 
 
0 #1 tun telani 2012-01-09 17:57
salam kak ros...
tun pun biasa amalkan beras perang. kt sini susah nk cari, ada satu supermarket yg jual, tp wiken aritu nk pergi beli sbb beras dh habis, tgk2 dh x jual maybe sbb harga mahal n xde permintaan yg tinggi.. sedih je. terpaksa kembali ke beras biasa.
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh