Joomla TemplatesWeb HostingFree Money

Kek

Kek Pisang Marble Kukus

Masakan - Kek

Assalammualaikum dan selamat petang semua, semalam ros tengok Kak Ummi Kuantan buat kek pisang coklat rice, terus teringin nak makan, tapi ros tak campur coklat rice, ros marble kan dengan coklat dan kukus, guna acuan silicon warna pink tu baru lah cantik kejadiannye, seperti biasa anak-anak lah paling suke, sebab ade unsur coklat kan, menu minum petang hari ni dah siap, nanti ade masa cuba ya, sedap dan gebu je kek ni.

Kek Pisang Marble Kukus
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-Bahannya
2 1/2 cawan tepung gandum ( di ayak bersama soda bikarbonat dan baking powder)
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur
1/2 cawan minyak masak ( atau butter yang dicairkan)
3/4 cawan gula
5 biji pisang yang sudah ranum dilecek dengan secubit garam (3/4 cawan)
1/2 cawan susu soya ( nak guna susu segar atau santan pun boleh)
beberapa titik esen vanila
4 sudu besar serbuk koko atau 1 sudu besar coklat emulco ( untuk lapisan coklat)

Cara-caranya

1. Lecek pisang bersama secubit garam hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang.

2. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu soya, kacau sebati.

3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian di masukkan dengan 4 sudu besar serbuk koko dan kacau sebati.

4. Panaskan kukusan, pastikan acuan silicon di sapu dahulu dengan sedikit marjerin, sendukkan adunan apam pisang coklat berselang seli dengan adunan asal dan pastikan adunan 3/4 acuan untuk memastikan apam pisang naik cantik apabila siap dikukus nanti. Kukus selama 40 minit hingga 1 jam dengan menggunakan api sederhana. Selamat Mengukus. : )

kek pisang marble kukus ku : )

elok je naik cantiknya tinggal nak potong je

keratan rentas kek pisang marble , jemput makan semua

Nota, ade lebih sikit adunan ni, ros kukus dalam acuan silicon bentuk star, love dan bulat, dan ros kukus 15 minit.

 

Koleksi Perkakas dan Acuan Silicon

Masakan - Kek

Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari semua, hari ni kita dah mula berpuasa, Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk menjalani Ibadah Puasa pada tahun ini, Ros sekarang ni tak boleh tengok acuan silicon yang dijual di internet, berkenan je, ros kumpul semua acuan silicon ni masa duduk jepun dulu, dan baru hari tu tambah lagi satu koleksi acuan silicon bunga ros pemberian dari Love2cook, terima kasih ya love,  ros suke guna acuan silicon ni sebabnya ialah-

1. Acuan nye cantik dan bermacam-macam warna serta pelbagai bentuk yang menawan.

2. Paling penting senang untuk dibasuh dan dan dikeringkan.

3. Boleh digunakan untuk mengukus, membakar dan dijadikan acuan untuk puding atau agar-agar, kiranya banyak fungsi lah.

4. Tidak berkarat dan tahan lasak.

5. Harganya agak mahal tapi sangat berbaloi sebab tahan lama.

6. Mudah untuk disimpan dan ade juga bekas silicon ini boleh dilipat, jimat ruang.

- Di bawah ini ade beberapa gambar acuan silicon yang telah ros miliki, jom jamu mata, kalau ade koleksi terbaru lagi, nanti ros kongsikan ye. Semua ni buat semangat supaya Ros lebih rajin memasak.

penggelek doh ni atasnye tu dari silicon, tak melekat, senang nak terap doh

acuan puding nak mini cake

bekas adunan ni boleh dilipat dan jimat ruang

hand whisker, berus gliss dan alas silicon yang berwarna warni

acuan silicon donut, tak rasmi lagi acuan ni, bilalah nak buat ni agaknye  heheehehehee

Nota: Mak ros kata semua acuan silicon ni macam barang permainan je, damia pun suke main, sebab colorful kot, tu yang kena simpan tempat selamat tu, kalau tidak, habislah damia main Mak Mak...: )

 

Blended Orange Cake - Silicone Mold

Masakan - Kek

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, terus terang ros katakan, ros sekarang ni dah ade  rutin harian yang baru, agak sibuk di pagi hari, cuma petang je ade masa sikit nak tinjau-tinjau blog kawan2 dan FB, ni pun updated blog dari restoren Mcdonalds guna WIFI free, oklah bebalik pada tajuk masakan blended orange cake ni, kek yang punye lah senang nak buat, guna blender je, tapi kalau bekas blender tu guna kisar cili, make sure basuh bersih-bersih ye, supaya tak lah rasa pedas kek tu nanti, hihihihihi, ros pun siap rendam lagi bekas blender tu dengan air sabun baru guna, resepi yang ringkas ni ros amik dekat myresipi, sumbangan dari penyumbang resepi yang tidak asing lagi Kak Fida, hasilnya cukup sedap, wangi dan kek nye pun gebu je, tapi seperti biasa ade juga versi derhakanye, ros tambahkan madu, sunquick oren dan sedikit lagi tepung, resepi boleh rujuk kat sini ya.

acuan silicon yang ros gunakan

Blended Orange Cake
Sumber resepi asal: Kak Fida Myresipi

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )
1 biji buah limau oren ( ros guna buah oren sunkist yang takde biji tu)
1 cawan minyak ( ros guna 1/2 cawan minyak masak)
2 cawan gula halus ( ros guna 1 cawan gula)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum* ( ros tambah lagi 1/2 cawan tepung gandum)
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

( ros tambahkan 2 sudu besar madu dan 2 sudu besar pati oren sunquick)

Cara-cara

1.Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah .Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus. ( cara ros, ros buang kulit buah oren tu dan potong kecil dan blender dengan bahan lain dan parutkan sikit je kulit oren tu dan masukkan dalam adunan).

2.Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.  ros guna kaedah kaup balik dan gunakan spatula silicon.

3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas kertas minyak dan gris keseluruhan acuan dengan marjerin.

4.Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

kek yang harum dan wangi dengan aroma buah oren

Nota: Ros tambahkan 1/2 cawan tepung sebab masa ros buat first time dulu kek mendap sikit, dan bila buat kali kedua baru menjadi dengan jayanya, tambah madu dan pati sunquick oren tu, manaikkan lagi aroma nya.

 

Kek Coklat Moist ( kukus)

Masakan - Kek

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, sape yang tak suke dengan rasa coklat kan, terutamanya kanak-kanak, tu yang membuatkan ros selalu buat kek coklat kukus ni, lagi sedap rasanya bila kita simpan dalam peti ais semalaman baru makan, makan sejuk-sejuk, minum pula segelas susu segar, amatlah sesuai, resepi biasa je, cuma ros tambahkan setengah cawan susu pekat manis bagi menambahkan rasa susu di dalam adunan kek coklat ni, resepi boleh rujuk di bawah ni ye, kalau nak bakar pun boleh, tapi ros lebih prefer di kukus, kerana teksturnya lagi moist dan lembut. : )

Kek Coklat Moist ( Kukus)
sumber resepi: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Bahan-bahanya

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila

*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.

2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.

3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.

4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.

Nota: Maaf sangat, sebab ros tak sempat nak snap kek ni lepas dipotong, sebabnya semua tak sabar nak makan, tapi tekstur nye memang lembut, gebus dan moist lah, tak rugi mencubanya.

 

Kek Coklat Moist Dengan Hirisan Badam

Masakan - Kek

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, mood membaking sudah mari, saje je buat kek coklat moist ni, sebabnya budak-budak kan suke kek coklat, lagi satu kalau buat kek ni cepat je dah siap, cukup bahan , betul cara, insyaAllah kek akan jadi, ros guna resepi di bawah ni, kalau berkenan nanti boleh cuba ya. : )

Kek Coklat Moist Dengan Hirisan Badam
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam

semua bahan di atas mesti di ayak terlebih dahulu.

1 1/2 cawan gula ( kalau nak kurangkan jadi 1 cawan suku pun boleh)
3 biji telur
1/2 cawan minyak  masak@ butter yang telah dicairkan
3/4 cawan susu segar@ air suam+dengan 1 sudu kecil kopi segera

Cara-caranya

1. Mula-mula asingkan putih dan kuning telur, putar putih telur hingga kembang baru masukkan 1/2 kuantiti gula, ketepikan.

2. Di dalam bekas lain, pukul kuning telur bersama baki gula sehingga kembang, kemudian masukkan minyak masak, dan tepung yang telah di ayak tadi, kacau kaup balik dan pastikan tepung betul-betul sebati. Akhir sekali masukkan pula susu segar dan kacau perlahan. Curah di dalam acuan bulat 20cm, taburkan badam cincang di atasnya.

2. Bakar pada suhu 180 darjah selama 60 minit atau kukus selama 1 setengah jam. keluarkan dan sejukkan  di atas redai, Selamat Mencuba.

 

ros bakar dalam acuan kek chiffon

elok je bila dipotong, anak-anak pun suke

Nota: Kalau nak hias dengan whipping cream atau cooking coklat pun boleh, dan kalau nak letakkan dalam acuan paper cup pastikan letak adunan setengah acuan tu, kuantiti pun nanti dapat banyak.

 
More Articles...
Search
Akses sejak 1/1/2010
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini364
mod_vvisit_counterSemalam4769
mod_vvisit_counterMinggu ini5133
mod_vvisit_counterMinggu lepas42732
mod_vvisit_counterBulan ini27685
mod_vvisit_counterBulan lepas161307
mod_vvisit_counterJumlah2652325
Tetamu JM dari..
Jamu mata seketika..