Mocha Brownies
| Masakan - Kek |
| Share |

Ni projek petang semalam, ros buat brownies dengan kakak damia, riuh jadi dapur tu , ditambah pula dengan anas yang sibuk jugak nak mengacau, tapi yang tak bestnya masa dah siap bakar tu, lepas potong, kacang pecan tu tenggelam kat bawah, tak tau ape yang silap, mungkin adunan brownies ni terlalu cair kot, lain kali kena kurangkan jumlah butter cair tu. Nasib baik rasa tak lari, sedap je kami mengunyah : )
Bahan-bahanya
125 gram marjerin or Butter ( kena kurangkan lah lepas ni dlm 90gram je)
1/2 cawan tepung gandum
1/3 cawan serbuk Koko
3/4 cawan gula
1/2 cawan kacang chesnut+walnut ( hiris kasar)
2 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil coklat emulco
2 sudu kecil instant coffe ( dibancuh dengan 1 sudu kecil air panas.
Cara-caranya
1. Carikan butter dan sejukkan, Ayak tepung gandum bersama baking power dan serbuk koko, kemudian pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Selepas itu masukkan coklat emulco, esen vanila, tepung yang telah di ayak dan bancuhan kopi segera. Masa ni jangan guna hand mixer tu, guna spatula atau sudu biasa sahaja, kacau kaup balik.
3. Akhir sekali masukkan kekacang dan butter yang telah di cairkan tadi, tuang di dalam acuan petak danĀ bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit. Selamat Mencuba.

Nota: Semalam ros tak topping kan ape-ape pun atas brownies ni, sebabnya kanak-kanak riang dua orang tu tak sabar dah nak makan, kalau sesiapa rajin tu boleh toppingkan dengan coklat cair ataupuan cream cheese, lagi cantik brownies ni nanti. : )
| Share |

















Comments
kak seri lama tak buat brownies ye, nnt dah tak bizi kt ofis, balik umah leh buat ye kak, sedap kan brownies ni, ros pun sukeee
hihi, oo bizi kak yat menyental ye, sental lah sekali umah ros ni, nnt ros bagi upah brwonies nak tak? heheeee
kak zai, jom kita membronies, sesekali makan kek ringan ni best gak, lagi2 klu mkn ngan aiskrim best kann
huhu, dah pos dah kak, brownies kt kuantan, makan tau, tp klu sampai dah berkulat buang je heehehehehe, oo layan tetamu ye, takpe takpe cuti keje kt dapur tu, sesekali syok gak, rindu tau ngan kak ummi, meh hugs sikit laga2 pipi
nak nak, kek belang, kek pelangi, cun lah kek sue tau..ros lama buat kek belang tau
ok love, nnt free ros akan buat tag tu jgn risau ek heehehe, tulah kan seronok borak hari tu...ros pun ingat lagi tau..borak mcm dok sebelah je
Tak tahan ngan mocha brownie ni....jom kita tukar-tukar kek....
Hehe, Ros...yeah, kenangan berbual thru telepon still fresh on my mind! As I've told U before..U r the only blogfren I've talked to! hehehe
Ros boleh buat tag whenever U feel like to. No problemo! ;)
niat dihati tadi nak keluar nk beli aiskirm lah kak, nak makan ngan brownies ni, bila sampai kedai lain pulak yang dibelinye, tu lah tak buat list heehehee
ada lagi ke mocha brownies? nak tumpang minum petang ni.
Lamanya tak buat brownies...sedapppnye makan dengan aiskrim nie.hehe
RSS feed for comments to this post.