Masakan - Kek

Share

Bahan-bahanya ( acuan kek saiz 18cm )

Slice Cheese Cake

4-5 keping slice cheese ( slice cheese kalau kt mesia leh guna jenama kraft)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.

2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.

5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.

6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .

7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.

- dah siap potong, memang lembut lah kek ni, nak berdiri tegak pun tak boleh-

Nota: Kalau nak letak perasa pandan ke, ataupun perasa lain pun boleh, ikutlah selera masing-masing ya, Resepi pandan slice cheese cake boleh click kt SINI, rasa kek ni memang sangat gebu dan ringan, Selamat Mencuba.  Dah banyak kali dah buat kek ni, tak pernah menghampakan, anak-anak pun suke : )

Share

 

Comments  

 
0 #43 noor_sp 2012-01-13 12:42
Sy dah try resepi ni...sedappp sgt..TQVM..tak rugi mencuba!!!!
Quote
 
 
0 #42 Norli 2011-12-02 02:38
Assalamualaikum ..
Saya nak tanya, kenapa bila saya buat, kek ni mengecut bila sejuk & texture kek ni memang lembap ke?

Tq
Quote
 
 
0 #41 2011-10-03 09:17
kenapa saya buat buat ada lapisan kat bawah tu cam x masak....kiranya cam x gebu...skali tgk cam puding pon ada huhu...
Quote
 
 
0 #40 2011-07-09 12:45
Quoting pinker:
salam, sy nk tnyer telur size M tu gred B ker.... :-)

telur yang saiznya lebih kecil dari gred A tu..harap dpt membantu ya
Quote
 
 
0 #39 2011-07-06 12:43
salam, sy nk tnyer telur size M tu gred B ker....
Quote
 
 
0 #38 2011-06-17 22:47
Quoting rynieza:
apa maksud meringue?

telur putih yang dipukul hingga betul2 kental
Quote
 
 
0 #37 2011-06-17 22:46
Quote:
salam..saya nak tanya skit, cara kaup balik tu macam mana ye? teringin sgt nak try resipi ni hehe.

kaup dari bwh bekas sampai ke atas, harap tu je, kaup dan balikkan gunakan senduk kayu atau spatula
Quote
 
 
0 #36 2011-06-17 22:45
Quote:
salam kak,

saya dah cuba resipi ni.. success! hehehe

pasni boleh buat lagi.. cuma saya guna creamcheese 100gm ganti slice cheese tu.. yum3

buleh je, sure lagi sedap kan
Quote
 
 
0 #35 2011-06-17 22:44
Quote:
1 lagi nak tanya hehe telur putih + gula saya tak kental sebab tu kot tak menjadi.punya la lama saya shake sampai lenguh tangan sebab guna manual jer..masa tu hanya terpikir try jer.rasa ok tp sdih jadi tempoyak. tempoyak lagi keras

mmg kena pukul meringue tu sampai kental, klu betul cara tak guna masa lama, kejap je, dan bila meringue dah kental,bowl tu terbalikkan pun meringue tak jatuh, step ni amat penting,utk menghasilkan cheese cake yang gebu, cuba lagi ya, good luck
Quote
 
 
0 #34 2011-06-17 22:41
Quote:
hi saya dah try buat rcpi ni tapi betul2 tak menjadi. macam masak telur stim @ buat agar2. dia tak jadi macam tepung.
saya nak tanya ni kalau susu segar ganti dengan susu cair F&N tak boleh ke sebab masa tiba2 nak buat ni smua bahan lain ada tinggal tak ada susu segar jer.so try and error jelah akhirnya error..:-x
memang kena guna gak ke susu segar dan apa yang boleh ganti.

kalau buleh mmg kena susu segar, sbb teksturnya lain kan, cuba buat lagi ya, good luck
Quote
 
 
0 #33 2011-06-16 03:48
Quote
 
 
0 #32 2011-06-16 03:47
apa maksud meringue?
Quote
 
 
0 #31 2011-03-12 19:25
salam..saya nak tanya skit, cara kaup balik tu macam mana ye? teringin sgt nak try resipi ni hehe.
Quote
 
 
0 #30 2011-02-17 16:37
salam kak,

saya dah cuba resipi ni.. success! hehehe

pasni boleh buat lagi.. cuma saya guna creamcheese 100gm ganti slice cheese tu.. yum3
Quote
 
 
0 #29 2010-08-12 00:57
1 lagi nak tanya hehe telur putih + gula saya tak kental sebab tu kot tak menjadi.punya la lama saya shake sampai lenguh tangan sebab guna manual jer..masa tu hanya terpikir try jer.rasa ok tp sdih jadi tempoyak. tempoyak lagi keras
Quote
 
 
0 #28 2010-08-12 00:54
hi saya dah try buat rcpi ni tapi betul2 tak menjadi. macam masak telur stim @ buat agar2. dia tak jadi macam tepung.
saya nak tanya ni kalau susu segar ganti dengan susu cair F&N tak boleh ke sebab masa tiba2 nak buat ni smua bahan lain ada tinggal tak ada susu segar jer.so try and error jelah akhirnya error..:-x
memang kena guna gak ke susu segar dan apa yang boleh ganti.
Quote
 
 
0 #27 2010-07-06 10:56
dah try..awesome... i add chocolate paste on top and marblelized them...
Quote
 
 
0 #26 2010-06-22 16:54
Quoting Mom_Zeyra:
?

saya kena approve dulu semua komen baru dipublish di jintanmanis.com, maaf ya jika ade sebarang kesulitan
Quote
 
 
0 #25 2010-06-22 16:53
Quoting Mom_Zeyra:
salam.. saya dah try resepi ni.. memang sedap tp ada sedara saya complaint coz dia kata sedap tapi tak macam kat kedai.. coz kalau kat kedai rasa dia macam heavy sikit.. mana nak dapat resepi tu yerk?

maybe dia guna cream cheese kot, saya pun kurang pasti
Quote
 
 
0 #24 2010-06-22 16:52
Quoting Mom_Zeyra:
dah try resepi nie...mang sedap.. tp ada sedara complaint coz x sama rasa dgn yg kat kedai tu.. camner ek... resepi cam kat kedai tu.. heavy sikit rasa dia.

saya tak tau resepi kt kedai tu ..resepi ni je saya tau, maaf ya tak leh bantu
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh