Masakan - Kek

Share

Bahan-Bahanye
3 biji Telur
60 gram gula
50 ml susu segar
40 ml minyak masak
60 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking pawder
1 paket maxim matcha mix ( boleh ganti dengan pandan emulco)
sedikit pewarna hijau

Caranya
1. Ayak tepung gandum dan baking powder, kemudian asingkan putih dan kuning telur.

2. Pukul putih telur hingga betul-betul kembang, kemudian masukkan setengah kuantiti gula dan pukul lagi hingga menjadi kental ( meringue).

3. Selepas itu, pukul kuning telur dan baki gula hingga kembang (putih), kemudian tuang dalam adunan meringue tadi dan kacau perlahan menggunakan spatula, masukkan pula maxim matcha, sedikit pewarna hijau dan tepung sedikit demi sedikit, selepas itu masukkan pula susu, kacau sebati. ( kaedah kaup balik ye)

4. Akhir sekali masukkan pula minyak masak dan tuang adunan dalam acuan chiffon yang ade lubang tengah tu, bakar pada suhu 160 darjah selama 30-35 minit, setelah dibakar sejukkan dan terbalikkan di atas gelas kaca,  baru keluarkan pada acuan. Selamat Mencuba.

kena terbalikkan atas cawan dulu baru boleh di keluarkan dari acuan

baru siap dibakar

sedia untuk dihidangakan

maxim matcha yang ros gunakan

Nota: Ros guna acuan kek chiffon pakai buang je, senang keje, haruma tatcha membuatkan kek chiffon ni istimewa dan wangi je : ), kalau nak ganti dengan perasa coklat ke strawberry  atau pandan pun boleh.

Share

 

Comments  

 
0 #2 2010-05-04 20:47
Quoting sakura.emi:
nyum3..rosssss..anta umh sepotong dua..nmpk lembutnyer tu..mcm span bsuh pinggan yer tergelak emi bce td.. :D

heeheeehe, saje je buat gimik tadi tu emi, heehhe, mmg lembut kek ni tau, nnt emi try ya, miss u
Quote
 
 
0 #1 2010-05-04 09:57
nyum3..rosssss..anta umh sepotong dua..nmpk lembutnyer tu..mcm span bsuh pinggan yer tergelak emi bce td..
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh