Soy Bean Milk Rare Cake
| Masakan - Kek |
| Share |

Ros dapat resepi soyabean milk rare cake ni di belakang kotak air soya yang ros beli kat supermarket tempoh hari, bila balik rumah terus buat, kebetulan esoknya ade tetamu nak datang rumah, ros jadikan rare cake ni sebagai pencuci mulut, Alhamdulillah mendapat komen positif dari tetamu yang datang, semua kata sedap, di bawah ni ros kongsikan resepi nye ye. : )
- ros tambahkan base pada rare cake ni, ros blender biskut coklat dan campur dgn 1 sudu besar marjerin cair dan tekan pada dasar acuan spring foam dan simpan di dalam peti ais beberapa jam.
Bahan-bahanya
( beberapa keping biskut coklat sebagai dasar pada kek)
6gram serbuk gelatin
6 sudu besar gula ( nak kurangkan pun boleh)
300 ml susu kacang soya
1 sudu besar jus lemon
200 ml whipping cream
Cara-caranya
1. Masukkan serbuk gelatin, 4 sudu besar gula dan susu kacang soya di dalam periuk, panaskan sebentar dan pastikan serbuk gelatin serta gula larut baru tutup api, ketepikan.
2. Kemudian pukul whipping cream bersama baki 2 sudu besar gula sehingga berkrim, tetapi jangan terlalu kental, cukup sekadar berkirm teksturnya.
3. Selepas itu curahkan adunan susu kacang soya yang di dalam periuk tadi dan jus lemon ke dalam bekas adunan yang berisi whipping cream, kacau sebati menggunakan spatula.
4. Akhir sekali curahkan di dalam loyang spring foam yang telah di letakkan dasar biskut coklat, dan simpan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 3 jam atau semalaman baru dipotong, Selamat Mencuba.

Nota: Kalau tak mahu letak base pun takpe, dan letakkan soyabean milk rare cake ni di dalam acuan remekin yang comel tu dan sedap di makan bersama sos blueberry atau pun sos strawberry. rare cake yang murah bahanya, mudah dan rendah kalorinya. sesuai untuk sesiapa yang berdiet.
| Share |

















Comments
aah emi, rare kek ni, guna peti ais je hehehe, nnt emi try ya, pastu bagi ros rasa tau heeheee
salam kak yat, hehhe, nak ke? udah finish lah kak, nnt ros buat lagi ros hantar rumah akak ye, kak, cepat gi cari soya milk, nnt leh try buat kek ni heheee
aah letak dlm cup pun comel gak, ros sekali harung je letak dlm acuan spring foam 18cm tu, nak senang keje hee heeee
gelatin tu dari mesia kak lin, mmg sesuai lah tuk org yang berdiet, sedap tau kek ni, cam raa rare cheese cake tu hihihi
RSS feed for comments to this post.