Masakan - Kek

Share

Resepi yang diupdated dari rumah lama multiply, kek ni sedap sangat, macam makan kek aiskirm je, tekstur kek yang gebu dan lembut, cumanya nak perabis tu lama sikitlah, sebab rumah ni tak ramai rakyat jelatanya, lain kali kena buat separuh adunan je, ape pun terima kasih pada kak Yani kerana sumbangkan resepi choco mousse brownies yang maveles ni, izinkan ros copy dan kongsikan di JMC ya kak : )

Bahan-bahan ( 18cm ) - resepi asal dari Kak Yani Myresipi
Brownies
45g butter
65g gula halus
1 biji telur
50g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko

Chocolate Mousse
140g coklat masakan
1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream
40g gula halus

Cara-cara

1. Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.

2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.

3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.

4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.

5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.

6. Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.

7. Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).

8. Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.

9. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.

10. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.

11. Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.

12. Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.

13. TIPS: Dari K nor : kalau guna loyang 23cm, buat 1 1/2 resipi ni utk elak dr terlalu nipis.

masa ros buat ni mousse tu terlembik sikit, sbb tak cukup kuantiti gelatin

walaupun mousse tu agak lembik, tapi masih boleh dipotong

Nota: Ros simpan choco mousse brownies ni semalaman, lagi sedap dan sejuk je bila dimakan, nak potong pun senang.

Share

 

Comments  

 
0 #13 2011-03-24 14:56
salam ros..
nak tanya ni..mcmana nak kuarkan dr loyang ek? kan mousse tu lembut kan..
Quote
 
 
0 #12 2010-05-16 16:18
Quoting tiha:
ooo..sedap sedap sedap//3 kali cedap :lol:

sedap tu mmg sedap tiha, tp kalori ye aduhh..maun pengsan hahahahaa
Quote
 
 
0 #11 2010-05-16 09:50
ooo..sedap sedap sedap//3 kali cedap
Quote
 
 
0 #10 2010-05-15 20:05
Quoting yusrina:
kak ros..yummy...nak sepotong.. ngee~ xbley mkn byk2..nti bdn nek..pyh plak nk exercise tym2 cuti gini..

aah byk kalori kek ni,tu yang klu buat tu kakros sarankan separuh adunan je eheheeee
Quote
 
 
0 #9 2010-05-15 10:04
kak ros..yummy...nak sepotong.. ngee~ xbley mkn byk2..nti bdn nek..pyh plak nk exercise tym2 cuti gini..
Quote
 
 
0 #8 2010-05-15 09:09
Quoting ain:
nampak sedapnya ros... dpt makan lg la best nnt nak cuba jugakk

ke nak try masa kt nihon nnt hahahahah?
Quote
 
 
0 #7 2010-05-15 09:08
Quoting ain:
wah... sedapnya nampak... dpt mkn lg best ni. harus cuba gak ni

try ain jgn tak try...sedap woo kek ni heheee
Quote
 
 
0 #6 2010-05-15 09:07
Quoting Hanafi @ cik nap:
salam tuan rumah, 'mousse' tu nak sebut bunyinya macam mana? takut salah sebut bunyi musang .. apa khabar che abe? lama tak dengar berita.

heheh sebut jelah yang mane satu napi, janji ade bunyinye, kami semua sihatje, cik abe usop pun sihat je tu, alhamdulillah, wife n anak sihat?
Quote
 
 
0 #5 2010-05-15 09:07
Quoting smile@tonsulaim an:
salam ros..sedapnya, dah lama teringin nk buatni..tp almaklumla, skang takleh lagi, huhu, berat dah terlebih byk..kena kawal calories intake.bak sini sikitlah ros....seciputpun jadilah..hehe ;-)

aah lah ton, kek ni byk kalori, klu nak buat pun buat separuh adunan je ye, heehehe, kesian baby nnt terliur, berat dah over ye, kena jaga makan tu, gi jalan2 kaki sikit hehee
Quote
 
 
0 #4 2010-05-14 16:46
nampak sedapnya ros... dpt makan lg la best nnt nak cuba jugakk
Quote
 
 
0 #3 2010-05-14 16:42
wah... sedapnya nampak... dpt mkn lg best ni. harus cuba gak ni
Quote
 
 
0 #2 2010-05-14 16:07
salam tuan rumah, 'mousse' tu nak sebut bunyinya macam mana? takut salah sebut bunyi musang .. apa khabar che abe? lama tak dengar berita.
Quote
 
 
0 #1 2010-05-14 14:03
salam ros..sedapnya, dah lama teringin nk buatni..tp almaklumla, skang takleh lagi, huhu, berat dah terlebih byk..kena kawal calories intake.bak sini sikitlah ros....seciputpun jadilah..hehe
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh