Blueberry Marble Cheese Cake
| Masakan - Kek |
| Share |

Bahan-bahanye
200 gram cream cheese
15 keping biskut ridz atau cream crackers
40 gram butter ( untuk dasar kek)
50 gram gula
1 sudu kecil lemon juice
150 ml whipping cream
10 gram gelatin
70 ml susu segar
50 gram sos blueberry atau jem blueberry
1. (Untuk dasar kek )Hancurkan biskut ridz hingga menjadi serbuk dan masukkan butter yang telah dicairkan. tekan di dasar acuan (18 cm) dan simpan di dalam peti ais selama lebih kurang dua jam. Kemudian pukul whipping cream hingga kental dan masukkan gula. Di dalam periuk lain panaskan susu dan masukkan gelatin tadi, kacau hingga gelatin betul-betul larut. Ketepikan.
2. Pukul cream cheese hingga lembut dan masukkan bancuhan gelatin dan susu tadi ( suam-suam) . kacau perlahan. Selepas itu masukkan whipping cream dan sos blueberry serta lemon juice, kacau sebati. Tuang di dalam acuan yang telah diletakkan dasar biskut dan simpan di dalam peti ais lebih kurang 3 jam atau lebih. Bila dah keras bulehlah dipotong dan dihidangkan. Selamat Mencuba.

ros guna jem blueberry yang ade hhirisan blueberry tu

sedia untuk dihidangkan
Nota: Untuk memudahkan kek keluar dari acuan ros gunakan acuan spring foam 18cm, kalau nak topping lagi cheese cake ni dengan sos blueberry pun boleh, dan boleh juga ditukar perasa, seperti coklat dan strawberry. : )
| Share |

















Comments
hehehehe, kadang2 tu tak sempat gak kak, lagi satu ros suke buat entry byk2, pastu set masa publish, nampak lah mcm diupdate hari2 heheeheheheh...kak watie, i miss u too kak, trima kasih ya sudi jgk jenguk blog ros wlupun akak bizi..
senang je kek tu fiza...nnt try ya...pastu bagi ros rasa sikit heheee
Rajin dan kepandaian Ros menguruskan masa dan rumah tangga memang sangat Akak kagumi...Akak ni tak sempat memanjang!!
Take care ya!
RSS feed for comments to this post.